LAPAN BELAS🌌

326 54 61
                                    


Flashback

Selepas Minjung keluar dari rumah, Changbin keluar dari biliknya lalu menelefon Minho untuk berjumpa.

"Hello" kedengaran suara Minho di dalam talian.

"Busy ke? Jom jumpa" ajak Changbin.

"Hmm boleh..dekat mana?" Soal Minho

"Kau sabar jap aku hantar lokasi" kata Changbin dan terus mematikan panggilan. Dengan segera dia menghantar lokasi kepada Minho.

Dalam 15 minit, Minho sampai di lokasi dan terus parking keretanya di sebelah kereta Changbin.

Dengan segera Changbin keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam kereta milik Minho.

"Annyeong" sapa seseorang di seat belakang.

"Eo? Chan hyung pahal ada?" Soal Changbin terkejut melihat Chan juga ada bersama Minho.

"Aku lepak dengan dia tadi" terang Minho dan Changbin hanya mengangguk.

"Habis tu kenapa duduk belakang?" Soal Changbin lagi.

"Dia nampak kau macam nak masuk dalam kereta aku je, terus dia lompat pergi belakang" terang Minho dan Chan hanya tersengih menayangkan lesung pipitnya.

"Buat apa kita duduk dalam kereta ni? Taknak masuk dalam tu ke?" Soal Chan sambil melihat restoran yang berada di hadapan mereka.

"Tak. Kita tunggu je sampai minah tu keluar dengan si bahenol tu" kata Changbin.

"Minah?bahenol? Siapa tu?" Soal Minho.

"Minjung dengan Yohan laa siapa lagi! Ey geram pulak aku" balas Changbin.

"Diorang keluar berdua?serius la!!" Soal Chan terkejut.

"Ohh kau risau ke?" Soal Minho. Soalan apa tu bang..mesti la risau sebab tu kan wife dia alamakkkkkk!

"Entah la aku rasa macam tak sedap hati pulak" kata Changbin sambil matanya menghadap restoran di hadapan mereka.

"Okay kalau macam tu kita tunggu la sampai diorang keluar" kata Chan dan mereka berdua mengangguk setuju.

1 jam kemudian

"Lambat betul aku dah bosan ni" rungut Chan sambil mengeliat.

"Sabar la" kata Changbin.

"Eo! Tu diorang tuuu eh tengok-tengok!!" Seperti beruk sedang gelabah mereka dibuatnya setelah melihat Minjung bersama Yohan keluar dari restoran tersebut.

"Okay!!" Dengan segera Changbin keluar dari kereta Minho dan masuk ke dalam keretanya semula. Enjin dihidupkan dan dengan segera dia mengekori kereta milik Yohan.

Kereta yang dibawa oleh Minho juga bergerak mengikut belakang kereta Changbin sehingga sampai ke destinasi mereka.

"Amboi jauh betul dia bawak kita pergi bersiar-siar kan? Sampai ke taman ni ha dia bawak kita" kata Chan selamba.

"Apa-apa je la" kereta diparking sedikit jauh dari kereta yang dibawa oleh Yohan agar mereka tidak terkantoi.

Pintu kereta dibuka dan Changbin masuk kembali ke dalam kereta Minho.

"Macam mana?" Soal Chan kepada Changbin.

"Macam mana apa?" Soalan dibalas soalan. Okay bagus.

"Pahal lama sangat dalam kereta tu? Taknak keluar ke?" Soal Minho.

"Haih macam mana nak tau apa yang diorang buat" keluh Changbin.

"Nah changbin..hyung bawak ni" Chan menghulurkan teropong kepada Changbin.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon