DUA PULUH DUA🌌

300 52 48
                                    


Setahun kemudian (kali ni kita pergi jauh sikit)

"Aduh penatnya" Minjung terus bersandar di  sofa setelah baru balik daripada temu duga.

Hari semakin berlalu dengan sangat pantas dan kini, mereka telah pun menamatkan pengajian mereka sebagai pelajar universiti beberapa bulan yang lepas.

"Eo? Chagiya awalnya balik?macam mana interview?" Soal Changbin dan mengambil tempat disebelah isterinya.

"Eung, okay je cuma penat sikit" jawab Minjung dan terus bersandar di dada bidang milik Changbin. Tangan tidak lupa juga untuk memeluk erat pinggang milik lelaki itu.

"Hmm kesiannya dia penat" Changbin membalas pelukan Minjung dan mengusap lembut kepala gadis itu.

"Ermm sikit je penat..tapi bila dah tengok muka awak terus hilang penat saya" Minjung mengeluarkan kata-kata manis kepada Changbin dan membuatkan lelaki itu tertawa kepadanya.

"Ish kenapa!!! Tak kelakar la" Minjung melepaskan pelukan dan memandang Changbin dengan wajah cemberut.

"Tak ada la..sejak bila awak jadi manusia semanis gula ni??" Soal Changbin dengan sisa tawanya.

"Eish tch entah la" Minjung kembali memeluk Changbin.

"Macam mana..dapat tak kerja?" Soal Changbin.

"Ermm entah la..diorang cakap nanti diorang call balik haihh..susah rupanya cari kerja ni" ujar Minjung dan melepaskan keluhannya.

"Itu la..orang suruh kerja dengan saya taknak..berlagak..menolak" kata Changbin dan membuatkan Minjung melepaskan pelukan lagi lalu mencebik.

"Bukan taknak, cuma tak takut ke nanti orang cakap apa?" Minjung membuat andaian sendiri.

Bukan untuk mencari alasan dia tidak mahu bekerja di bawah lelaki itu malah dia takut akan pekerja lain akan mengutuknya dan mula bergosip tentang halnya. Mungkin dari segi suka berkepit dengan suami atau takut mengongkong..itu sahaja.

"Kenapa cakap macam tu? Siapa nak kutuk awak?meh sini saya sepak dia laju-laju" Changbin acah ingin menyepak orang dan membuatkan gadis itu ketawa.

"Tak ada siapa yang berani kutuk awak sayang..sebab awak kan garang..awak ada hak untuk marah diorang..mesti diorang takut dengan awak" kata Changbin sambil memegang dagu milik Minjung.

"Tch! Apa-apa je la..dah la saya nak mandi" Minjung segera masuk ke dalam bilik untuk membersihkan dirinya.

___××___

"Seo Changbin!!!!!" Lantang suara Minjung memanggil lelaki itu.

"Haih mana manusia ni? YAHHH SEO CHABGBIN!!!"

1....2.....3

Lelaki itu langsung tidak memunculkan dirinya dan membuatkan Minjung sendiri perlu pergi melihat apa yang lelaki itu sedang buat di dalam bilik.

"Yah Seo Chang- aishh patut la pekak" Minjung melangkah masuk ke dalam bilik dan terus berdiri di sebelah Changbin yang sedang leka bermain telefonnya sambil mendengar lagu menggunakan airpodsnya.

Changbin yang sedar akan kehadiran gadis itu terus menanggalkan airpods dan memandang gadis itu.

"Apa?" Tanya Changbin apabila melihat gadis itu sedang mencekak pinggang di sebelahnya.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang