TUJUH🌌

373 88 73
                                    


"Yah yah jangan bagitau la yang dia tu suami kawan kau"

"Ish bodoh jugak pompuan ni"

Pagi-pagi lagi gadis itu sudah buat bising di hadapan televisyen. Tengok drama pon mulut masih bla bla bla bla.

Changbin yang baru masuk rumah itu menarik perhatiannya dan menegur jejaka itu.

"Pegi mana? pahal berpeluh?" Soal Minjung. Nampaknya dia terlupa dengan undang-undang sendiri.

"Jogging" jawab Changbin tanpa memandang Minjung dan terus pergi ke dapur untuk minum segelas air.

Setelah minum air dia kembali ke ruang tamu dan menegur gadis itu pula.

"Kau tak ada kelas harini?" Changbin bercekak pinggang. Acah macam model gitu.

"Kelas pagi dibatalkan, diorang pindah jadual buat petang" jawab Minjung tanpa mengalih pandangannya sedikit pon. Bak kata Minjung drama lebih penting ya.

"Kalau macam tu jom ah beli barang dapur " ajak Changbin.

"Ala lepas aku balik kelas la..aku nak tengok drama ni" Minjung memberi alasan. Dasar pemalas.

"Tak payah bagi alasan jom sekarang. Drama tu nanti tengok la balik nanti dia ulang jugak"kata Changbin dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Sempat lagi dia menjerit kepada Minjung suruh bersiap.

Minjung mencebik dan berjalan dengan malas pergi ke biliknya untuk bersiap.

Setelah 15 minit Minjung keluar dari bilik dan menapak ke arah Changbin.

"Jom"

Changbin memandang Minjung atas bawah. Hal itu membuatkan gadis itu juga turut memandang dirinya.

"Kenapa?" Soal Minjung

"Setahu aku kita nak pergi pasar je tau bukannya pergi shopping atau club" kata Changbin.

"Halah biar la aku nak pakai apa pon" Minjung menjeling Changbin.

"Pegi tukar" arah Changbin kedengaran tegas.

"Tapi-"

"Pegi tukar Lee Minjung sebelum aku yang tukarkan" ugut Changbin. Minjung menghentak kakinya tanda protes dan terpaksa masuk bilik semula untuk menukar pakaiannya.

Tak sampai 2 minit Minjung keluar kembali dengan hanya memakai hoodie dan juga seluar jeans. Changbin memandang minjung dengan sebuah senyuman.

"Cepat la" Minjung bersuara dengan sedikit geram dengan Changbin.

"Minjung cepat sikit ambil barang tu boleh tak?lembab la kau ni"

Changbin tersenyum sinis memandang Minjung yang tengah mencapai sepaket rumpai laut. Dah la rak dia tinggi mana sampai dengan ketinggian Minjung tu.

Sengaja Changbin mahu membuli si Minjung tu.

"Sabar la aku tengah nak ambik ni" balas Minjung yang masih berusaha mencapai rumpai laut itu.

Perbuatannya terhenti seketika dan memandang Changbin yang tengah rilek memandang dia.

"Tak sampai la! kau je la ambik ish" Minjung memasang wajah cemberut sambil memandang Changbin.

"Tu sebelah kau" Changbin menunjuk rak yang berada sama paras dengan pinggang Minjung.

Membulat mata Minjung apabila rumpai laut yang ingin dicapainya tadi ada je dekat rak bawah tu cuma dia je tak nampak.

Dia mengambil rumpai laut itu dan terus baling ke arah changbin. Nasib jejaka itu cepat tangkap.

"KENAPA KAU TAK BAGITAU AKU!!" marah Minjung.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now