DUA🌌

469 100 88
                                    


Minjung menunggu Yeji yang sedang mengikat tali kasutnya yang terbuka. Sudah la suruh orang tu pegang buku dengan beg dia, lepastu buat lambat lagi macam siput.

"Yeji lambat lagi ke? aku dah lapar ni. Kang aku mati dekat sini macam mana? kesian mak ayah aku tak dapat tengok aku kawin lagi " bebel Minjung kepada Yeji.

"Adumak kau ni sabar la! haishh bagi balik buku dengan beg aku" Yeji membuat muka menyampah sebab Minjung asyik membebel saja kepadanya. Barang yang berada di tangan Minjung diambilnya.

Minjung tersenyum lalu mengikut Yeji dari belakang pergi ke kafeteria untuk menikmati makanan tengah hari.

Setelah sampai di kafeteria, Yeji pergi mencari tempat duduk manakala aminjung pula beratur untuk membeli makanan untuk mereka berdua.

"Yow chagi! Beli makanan ke?" Tegur Changbin yang beratur di belakang Minjung untuk membeli makanan.

Minjung hanya menghiraukan Changbin yang tersengih di belakangnya.

"Minjung, beli makanan dekat aku sekali boleh? malas la nak beratur panjang" pinta Changbin dengan perasaan tak malunya.

"Kau dah beratur kan? Apa masalah pula kau nak suruh orang belikan?" Minjung membuatmuka tidak puas hati kepada Changbin.

"Hmm~ kenapa chagi taknak beli dekat binnie sedangkan binnie boleh je beli untuk chagi hmm hmm" Changbin membuat suara comel di hadapan Minjung. Hal itu membuatkan semua orang memandang mereka berdua. Aduh malu.

"Ishh yela! bagi duit kau" marah Minjung. Dia terpaksa beli untuk lelaki itu bukan kerana malu orang pandang tetapi takut kecomelan yang dibuatnya  semakin melarat. RISAU!!

Changbin tersenyum kemenangan lalu menghulurkan duitnya kepada Minjung dan berlalu pergi dari situ.

"Dasar gila" kata Minjung perlahan.

Setelah membeli, dia mencari kelibat Yeji. Nak bawak makanan satu hal, nak cari manusia pun satu hal.

"Minjung sini!!" Setelah nampak kelibat Yeji, dia terus berjalan ke arah rakannya.

'Haih kenapa la kau duduk sini Yeji oii' bisik Minjung perlahan.

"Mana makanan aku?" Soal Changbin yang baru duduk. Dia tercari-cari dimanakah makanan yang dibeli oleh Minjung tadi.

Tanpa berkata apa, Minjung memberi makanan yang dipesan tadi lalu terus duduk di sebelah Minho.

"Thanks" ucap Changbin dengan perasaan gembira.

"Kau buli Minjung lagi ke Changbin? Nak kena smackdown dengan aku?" Minho memandang Changbin.

"Eh mana ada..aku suruh dia beli je" jawabnya jujur.

Minho bukan tidak tahu perangai sebenar Changbin yang sengaja mahu mengacau hidup adiknya seorang itu.

"Jangan kacau dia sangat tau bang..bak kata orang sekeliling, kalau orang tu suka kacau kita ni maknanya jodoh" kata Chan selamba.

Minjung terus tersedak setelah chan berkata begitu. Dengan segera Yeji memberi air kepada Minjung.

"Chan oppa, apa niii haishh" Minjung memandang chan tak puas hati. Memang tak lah dia nak dekat Changbin tu. Perangai lelaki itu cukup menyakitkan hati dia.

"Ayat nenek mana pulak ni kau kutip chan hyung?" Soal Han.

"Ayat nenek Felix bagi aku" jawab Chan selamba.

Masing-masing ketawa saat Chan kata begitu. Mana tidaknya tiba-tiba petik nenek orang.

"Hyung apa ni main petik nenek orang pulak! kau dah pernah jumpa nenek aku ke?" Felix mencebik. Chan hanya menjelir lidah seperti budak kecik kepada Felix.

"Minjung, kejap lagi abang balik lewat boleh tak Minjung balik dengan......" Minho memandang satu persatu wajah rakannya untuk memilih siapa yang bakal Minjung tumpang.

"Changbin"

Changbin yang mahu menyuap makanan terhenti disaat Minho memetik namanya.

"Hah?" Changbin memandang Minho.

"Kau hantar Minjung balik kejap lagi boleh? aku ada hal" pinta Minho.

Dia hanya mengangguk setuju kemudian menyambung makan.

"Abang tak ada orang lain ke? Minjung boleh je balik dengan Yeji ke?" Minjung seakan membantah. Nampak sangat dia tak rela suruh changbin hantar dia.

"Eh tak boleh, aku kan naik dengan Hyunjin..kau tau la Hyunjin ni bawak lagi 3 beruk naik kereta japgi" kata Yeji memandang Hyunjin yang tengah selfie.

"Sape 3 beruk tu??" Soal Minho ingin tahu.

Yeji menunjuk jari ke arah Felix,Han dan juga Seungmin yang tengah gelak ketawa. Apa yang dibuat lawak pun tak tahu la.

"Habis tu Jeongin?" Soal Minjung.

"Jeongin naik bas tapi bas tu tak lalu dekat jalan rumah noona tu hehe maaf" jawab Jeongin.

"Hoho Bangchan oppa..Minjung balik dengan Bangchan oppa la..dia kan tak bawak orang" kata Minjung. Itulah harapan terakhir dia. Nak elak balik dengan Changbin punya pasal.
Benci sangat ni dekat changbin haihh..

"Boleh je Minjung nak tumpang" kata-kata Chan itu membuatkan Minjung tersenyum bahagia.

"Tapi kena tunggu la sebab oppa ada hal sampai pukul 6" sambung Chan.

"Lambatnya..tapi Minjung nak balik awal" keluh Minjung.

"Balik je la dengan Changbin tu..kalau dia buat apa-apa, kau ketuk je kepala dia confirm dia diam" sampuk Jisung.

Minjung hanya diam. Nak taknak terpaksa la dia balik jugak dengan Changbin. Kalau nak balik dengan Bangchan kena tunggu berjam-jam pulak. Kalau macam tu baik dia tunggu abangnya sekali. Hmm Memang tak lah dia nak tunggu orang sebab jenis dia tak suka tunggu orang.


Minjung berjalan ke tempat parking kereta dimana Changbin sedang menunggunya.

"Kau tahu, sipot pon boleh menang tahu kalau jalan dengan kau..dasar lembab" kutuk Changbin lalu masuk ke dalam keretanya.

Minjung hanya menghiraukan kata-kata lelaki itu tadi. Malas dia nak layan.

Kereta mula meluncur keluar dari kawasan universiti dan bergerak menghala ke rumah Minjung. Masing-masing hanya diam, langsung tak keluarkan suara. Mungkin tak ada topik untuk dibualkan?

Sampai sahaja dirumah, Minjung terus sahaja keluar dari kereta Changbin.

"Yah yah yah mana terima kasih kau hah?" Changbin bersuara.

Minjung patah balik ke kereta changbin.

"Thank you" ucap Minjung lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Perempuan memang macam ni ke?" Soal Changbin sorang diri lalu menggeleng kepalanya.

Handbrake di turun kebawah dan pedal minyak ditekannya lalu berjalan meninggalkan kawasan rumah Minjung.







Tbc

Aku tau citer ni makin tak best sebab time aku type ni pon tak best😂 sorry kurang idea :) dan sorry jugak pendek

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt