DUA BELAS🌌

336 72 85
                                    

Masuk hari ni , sudah genap sebulan Minjung bersama dengan Changbin. Langsung tidak ada tanda-tanda untuk mereka batalkan perjanjian itu.

"Okay Minjung, sekarang ni dah genap sebulan..kau sabar jap lagi 5 bulan je tinggal" kata Minjung seorang diri sambil membetulkan bajunya di hadapan cermin.

Setelah siap kesemuanya, Minjung keluar dari bilik dan ternampak Changbin yang sedang tidur lena di sofa.

"Dia ni taknak pergi kelas ke?" Soal Minjung sendirian dan melangkah kakinya ke arah Changbin.

Entah bagaimana, seperti magnet yang menarik Minjung mendekatkan dirinya dengan Changbin dan duduk di sebelah lelaki itu.

Minjung melihat setiap inci wajah lelaki itu satu persatu. Sungguh sempurna apabila dilihat secara dekat.

Tanpa sedar Minjung tersenyum kecil kerana terasa comel pula melihat Changbin yang tidur tidak ubah seperti bayi.

"Dah puas ke tenung aku?" Terus mati senyuman Minjung setelah mendapati Changbin terjaga dari tidur.

Changbin membuka matanya dan melihat Minjung yang masih dekat dengannya.

"Kau nak cium aku ke?" Soal Changbin dan Minjung terus cepat-cepat jauhkan dirinya dari lelaki itu.

"T-tak ada masa aku ish" Minjung memasang wajah cemberutnya.

"Kenapa kau tak kejut aku?" Changbin melihat jam di tangannya. Fuh nasib la awal lagi kalau tak mesti dah tergopoh-gapah dah keluar dari rumah.

"Erm dah la aku pergi dulu" kata Minjung.

Lain ditanya lain pulak di jawab. Apa la Minjung ni.

"Oi, taknak pergi sekali dengan aku ke?" Changbin bangun dari duduk dan mengambil begnya di atas meja kecil.

"T-tak aku eemm naik bas" Minjung menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Jom la naik dengan aku" Changbin memakai kasutnya, begitu jugak Minjung.

"Tak apa ke?" Soal Minjung.

Changbin memandang gadis itu pelik.

"Tak apa ke aku naik dengan kau?" Soal Minjung dan Changbin menepuk dahinya. Apa kena dengan Minjung ni?

"Habistu, sebelum ni kau naik dengan aku tak tanya aku pon 'tak apa ke naik dengan aku??' " Changbin berkata sambil membuat memek muka seakan mengejek percakapan Minjung.

"Oh okay" mereka berdua terus keluar dari rumah dan menuju ke lif.

___××___

"Minjung-ah!!!"

Minjung segera mengalih pandangannya ke arah suara yang memanggil namanya.

"Eo, Yohan sunbae" Minjung tersenyum lebar memandang Yohan yang datang mendekatinya.

"Pegi mana?" Soal Yohan

Kafeteria..kenapa?" Jawab Minjung.

"Nak ikut boleh?" Pinta Yohan sambil tersenyum ke arah Minjung.

Minjung memikirnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

'Kalau Changbin nampak lagi macam mana? eh, kenapa aku nak kena fikir pasal dia pulak? Minjung, stop thinking about him... buat je la apa yang kau nak' kata Minjung dalam hati sambil menggeleng kepala.

"Minjung? Boleh tak saya ikut?" Soal Yohan lagi.

"Ah ye boleh..jom" Yohan tersenyum gembira apabila dia dibenarkan mengikut Minjung ke kafeteria sekali.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now