SEPULUH🌌

385 84 157
                                    


Minjung membuka mata dan melihat sekeliling biliknya.

"Eik pahal aku dekat dalam bilik? Bukan semalam dekat ruang tamu ke?" Minjung menggaru kepalanya.

Minjung cuba ingat balik apa yang jadi semalam tapi yang dia ingat, lepas balik terus dia tidur atas sofa ruang tamu dan bukannya bilik.

"Takkan la- yaishhh Seo Changbin!!!!" Minjung menyerabutkan rambutnya sambil kakinya menendang selimut banyak kali.

Dah la rambut macam orang gila. Bila serabutkan lagi memang dah macam orang gila yang sebenar.

Selepas bersihkan diri, Minjung keluar dari bilik dan mencari kelibat Changbin.

"Yahh Seo Changbin!!!" Panggil Minjung. Changbin yang berada di dapur sambil minum air tersedak sebab terkejut Minjung jerit nama dia.

"Dah buang tebiat ke apa perempuan ni main jerit nama orang" kata Changbin sendirian sebelum  menyahut.

Minjung datang ke dapur sambil membuat wajah cemberut kepada Changbin.

"Kau buat apa dekat aku semalam?" Soal Minjung dengan suara yang dikawal. Marah ni! Marah!

"Mana ada buat apa-apa" sisa air di dalam gelas diteguk sehingga habis.

"Tipu!! Macam mana aku boleh ada dalam bilik sedangkan semalam aku dekat sofa!" Changbin menggulingkan bebola matanya. Apa masalah pula ni.

"Huh pasal tu je ke kau nak marah bagai?" Soal Changbin lalu pergi ke sinki untuk membasuh semula gelas yang digunanya tadi.

"Mesti la..kau dah langgar perjanjian kita..satu!! Kau dah sentuh aku!! Dua!!! Kau dah masuk bilik aku tanpa izin!!" Marah Minjung.

"Eh aku tak buat apa-apa semalam dekat kau..aku cuma angkat kau je masuk dalam bilik..yang pasal masuk dalm bilik tu okay aku minta maaf..aku tak berniat nak masuk tanpa izin..aku masuk ada sebab okay" kata Changbin.

Wajah yang di tunjukkan sangat tenang. Langsung tiada niat nak marah Minjung semula.

"Lain kali tak payah angkat aku ke apa biar je la dekat sofa tu..nanti pandai-pandai la aku jalan masuk bilik sendiri" kata Minjung.

Changbin diam seketika sebelum sambung bercakap.

"Boleh tak kita lupakan je pasal benda list bodoh yang kau buat tu?" Pinta Changbin lembut.

"Taknak! Aku tetap dengan pendirian aku" Minjung menyilangkan tangannya.

"Kenapa? Kita boleh je-"

Kata-kata changbin dipotong oleh Minjung.

"Taknak!" Minjung terus berlari masuk ke dalam biliknya.

Changbin meraup wajahnya dan menyelak rambutnya ke belakang.

'Susah sangat ke permintaan aku ni? Aku cuma nak kebahagiaan je kot' kata Changbin dalam hati.

Minjung seorang yang degil dan tersangat la keras kepala sehinggakan Changbin lagi bertekad untuk mengubah hati gadis itu.

Changbin mengambil begnya yang berada di sofa lalu keluar dari rumah dan bertolak pergi ke U.

Minjung? Katanya kelas tengah hari. Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi jadi changbin mengambil keputusan untuk gerak dulu sebab kelasnya akan bermula pukul 10:30 pagi.

___××___

"Kau pahal bro muram je" soal Jisung yang perasan akan Changbin dari tadi menongkat dagu sambil menguis makanan dalam pinggan.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now