LIMA BELAS🌌

309 60 68
                                    


Minjung keluar dari bangunan universiti dan terus menuju ke parking dimana keretanya berada..oops salah! Kereta Changbin!!!

"Minjung" Minho memanggil adiknya.

"Aish orang tua ni..ye nak apa?" Minjung menyelak rambutnya ke balakang.

"Kau naik apa? Nak tumpang aku tak?" Soal Minho prihatin.

"Aku naik kereta la!" Jawab Minjung.

"Jinjja?yahhh!!!" Jerit Minho dan segera gadis itu menutup telinganya akibat penangan suara Minho yang agak terlebih merdu.

"Sakit la bodoh telinga aku!!" Marah Minjung.

"Siapa hantar?" Soal Minho lagi dan membuatkan Minjung tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Err sendirian?ehe" jawab Minjung bersama dengan sengihannya.

"Yahhhh!!!Yang kau naik kereta sesuka hati tu kenapa!!!! Kau tau kan yang kau tak ada lesen!!! kalau polis buat roadblock tengah jalan lepastu kena saman hah siapa nak bayar????kau tu dah la bawak kereta pon macam nak masuk longkang!!!" Bebel Minho panjang lebar.

"Alah pagi tadi kau yang suruh aku pinjam kereta Changbin" kata Minjung dan menjuihkan bibirnya.

"MENJAWAB!!! Ni kalau kereta dia calar ke apa macam mana?" Soal Minho

"Halah jangan la mendoakan..tak baik tau tak" jawab Minjung dan menjeling Minho.

"Kalau eomma appa tau yang kau pandu tanpa lesen mampus kau" Minjung segera menggeleng kepalanya apabila Minho berkata begitu.

"Apa geleng-geleng!"

"Jangan bagitau eomma appa please!! Nanti mampus la aku diorang tak bagi aku beli kereta sendiri!" Rayu Minjung.

"Masalah betul la kau ni Minjung" Minho berpeluk tubuh.

Minjung menundukkan kepalanya.

"Haih dah la..cepat jom balik" ajak Minho.

"Habis tu Kereta?" Soal Minjung.

"Kau bawak la sampai balik..aku ikut belakang kau" arah Minho dan Minjung mengangguk lalu segera pergi ke arah kereta Changbin.

Masing-masing sudah menghidupkan ejin kereta lalu kereta yang dibawa oleh Minjung mula keluar dari perkarangan universiti dan diikuti kereta Minho dibelakang.

___××___

Setelah sampai di parking lot rumah, Minjung terus membuka telefonnya dan mendail no Minho lalu ditekapkan ditelinga.

"Hello"

"Dah sampai??dah parking?" Dua soalan ditanya sekali gus oleh Minho kepada Minjung.

"Dah dah dah dah..semua dah" jawab Minjung lalu menggulingkan matanya. Menyampah.

"Erm okay..dah bye"

Minjung terus mematikan panggilan dan terus membuka pintu kereta untuk keluar.

Setelah mengambil semua barangnya didalam..dia segera keluar dari kereta dan kunci kereta.

Minjung mula berjalan melepasi kereta dan tiba-tiba langkahnya terhenti saat dia ternampak kesan calar yang berada di pintu kereta itu.

"Omaigodddddd!!!!!! Minjung apa kau dah buat!!!!" Dia duduk mencangkung dan melihat kesan calar tersebut.

"Halah mlMinjung mati la kau kalau dia tau!" Dia menepuk dahinya banyak kali.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now