SATU🌌

745 106 99
                                    

Seorang gadis datang masuk ke kawasan universiti dengan perasaan marahnya. Orang di sekeliling diabaikannya, yang penting dia mahu mencari seorang lelaki yang telah membuatkan dirinya naik angin.

Setelah berjalan mencari dimana keberadaan jejaka itu akhirnya jumpa juga. Dari jauh gadis itu memerhati sang jejaka yang tengah berseronok rancak berborak dengan rakan-rakan yang lain.

"Lee Minho!!!" Jerit gadis itu lantang. Lantak la orang nak cakap apa pun, janji dia dapat apa yang dia nak.

Terkejut beruk lelaki yang bernama Lee Minho itu apabila seseorang menjerit memanggil namanya.

"Weh weh Minho hyung, tu kau punya mak tiri dah sampai" Minho memandang rakannya terlebih dahulu sebelum menoleh ke arah gadis yang sedang berjalan ke arahnya dengan muka yang marah.

"Ye nak apa wahai cik adik?" Soal Minho setelah gadis itu sampai di hadapannya.

"Kenapa abang tinggalkan Minjung? Abang tahu tak Min macam orang gila cari bas sebab takut lambat sampai!! Abang pon satu, tak payah la tinggalkan Min! nasib eomma suruh appa hantar tau eishh!" Marah Minjung kepada abangnya. Ini bukan kali pertama Minho kena marah dengan adik sendiri. Dah banyak kali sampai dia pon malas nak dengar bebelan yang sama dari Minjung.

"Siapa suruh kau lambat? kan dah kena tinggal..tu la lain kali bangun awal macam aku ni...faham?" Minho cuba memberi nasihat dan dalam masa yang sama, dia mengangkat bakul sendiri. Huh bangun awal konon.

"Ah, tak ada! lantak kau la..yang Min tau balik ni abang belanja Min aiskrim boba..siapa suruh tinggalkan Min seorang diri!! dah la, bye."

Minjung terus pergi dari situ. Dia perlu masuk kelas awal memandangkan kelasnya akan bermula tidak lama lagi.

"Aku tak tahu la sampai bila aku nk kena hadap drama yang sama diantara dua beradik ni haihh" Bangchan mengeluh. Yang lain hanya mengangguk setuju.

"Tu la tu..hyung cuba kau tunggu dia..lepastu pergi sama-sama..tak la kitorang semua ni hari- hari dengar bebelan yang sama..walaupon kitorang tak kena tapi kitorang penat tau" Han cuba menasihati rakannya. Minho hanya ketawa kecil apabila melihat rakan - rakannya itu. Orang lain yang kena bebel, diorang pulak yang sakit.

"Entah la tengok la dulu kalau aku rajin aku tunggu dia la kalau malas aku jalan." Kata Minho

"Apa-apa je la. Dah la Jeongin nak masuk kelas ni lagi lima minit kelas nak mula." Jeongin bangun dari duduk dan menggalas beg sandangnya.

"Okay, dah semua bersurai nanti balik jumpa bye!" Mereka semua bersurai dan mengambil haluan masing- masing masuk ke kelas.

___××___


Minjung  keluar dari kawasan dewan dan menuju ke bilik latiha  untuk kelas yang seterusnya. Well, Minjung ni suka menari jadi dia ambil kelas menari sama macam abang dia, Minho.

"Minjung" dari jauh dia melihat Yeji berlari datang ke arahnya sambil tersenyum lalu memeluk lengan minjung erat.

"Penat aku cari kau, nasib aku jumpa kau dekat sini ngeheh" ujar Yeji.

"Buat apa kau nak cari aku??" Soal Minjung dan membuatkan Yeji rasa mahu saja dia ketuk kepala si Minjung tu.

"Alahai kau ni..kita kan ambil kos yang sama? mesti la aku duduk dengan kau hari ni alamak! tu pon lupa ke? Itu la kau, makan semut banyak sangat..kan dah lupa" Minjung lupa yang Yeji pon ambil kos yang sama dengannya. Ish, Minjung ni cepat lupa la. Nasib la nanti kalau dia kawin takut lupa suami dengan anak je.

"Sorry la sis aku lupa pulak huhuu dah jom masuk" mereka berdua masuk ke dalam bilik latihan. Baru nak seronok sebab ingatkan tak ada orang lagi boleh la buat bising kejap tapi ada pulak mahkluk lain dalam ni.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now