DUA PULUH TIGA🌌 (ending 🌈)

383 62 46
                                    


Minjung mengemas segala barang yang perlu dibawanya esok kerana mereka akan bertolak awal pagi.

"Okay selesai" gadis itu tersenyum puas kerana telah selesai mengemas barang.

Beg bagasi diletakkan di tepi almari dengan kemas lalu dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu dimana Changbin berada.

"Dah habis kemas dah?" Soal Changbin apabila melihat Minjung yang muncul dan mengambil tempat di sebelahnya.

"Dah" jawab Minjung dan menyandarkan dirinya di bahu lelaki itu.

"Saya perhati je awak ni dari haritu..sejak bila pandai tengok anime ni? Tak bosan ke?" Soal Minjung dan memandang wajah Changbin yang fokus melihat telivisyen.

"Habis tu awak nak saya suruh tengok cerita apa lagi? Cerita kita ke?" Ujar Changbin dan membuatkan Minjung tersenyum malu.

"Elelele malu-malu pulak..gigit kang" Changbin memandang Minjung yang sedang tertawa sambil menekup mulutnya. Pipi Minjung yang gebu itu ditarik oleh Changbin akibat geram melihat isterinya.

"Yahh sakit la" Minjung mencebik sambil memegang pipinya yang kemerahan akibat ditarik oleh Changbin sebentar tadi.

"Sorry chagi..meh sini nak bagi ubat" Changbin mengusap lembut pipi minjung lalu mencium sekilas pipi gadis itu.

"Omoooo so sweet la awak ni hmm" puji Minjung dan membuatkan lelaki itu tertawa.

"Kenapa?" Soal Minjung

"Tak ada apa" Changbin menahan tawa lalu memandang ke arah lain. Minjung tersedar sesuatu dan dia juga turut ketawa kerana baru dia tahu kenapa Changbin ketawa.

"Atoto patut la...dia malu rupanyaaaa~" Minjung mengusik Changbin lalu menarik manja telinga lelaki itu yang sedang kemerahan.

"Aishh dah la saya nak tidur esok nak kena bangun awal kan" Changbin segera menutup telivisyen lalu berlari masuk ke dalam bilik.

"Alahhh malu cakap ah!" Usik Minjung. Kemudian dia juga turut mengekori Changbin masuk ke dalam bilik.

___××___

Changbin menutup bonet keretanya setelah selesai meletakkan barang di dalamnya.

"Dah?" Soal Minjung dan Changbin hanya mengangguk. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta dan bersiap sedia untuk bertolak ke destinasi yang telah ditetapkan.

"Saya dari haritu tanya..kita nak bercuti dekat mana ni?" Soal Minjung hairan. Ini sudah kali keberapa dia tanya tetapi lelaki itu asyik berdiam sahaja.

"Gyeongsangnam-do" jawab Changbin sepatah dan Minjung akhirnya tersenyum kerana dapat juga dia tahu kemana lelaki itu ingin membawanya.

Perjalanan untuk sampai ke destinasi memakan masa selama 2 jam lebih dan membuatkan Minjung sudah pun tertidur dibuai mimpi. Maka tinggal la Changbin seorang yang sedang memandu kereta.

"Minjung-ah..bangun, kita dah sampai" Changbin mengejut Minjung yang masih dibuai mimpi dan akhirnya gadis itu terjaga dari tidurnya.

"Hmm? Dah sampai? Sekejapnya" Minjung menggosok matanya dan membuka tali pinggang keselamatan.

"Memang ah sekejap..2 jam je kan sayang? Lagipon awak sedap tidur memang rasa sekejap..saya ni lenguh memandu" ujar Changbin dan membuatkan Minjung rasa serba salah.

"Sorry" Minjung memegang tangan Changbin erat.

"Aniya gwaenchana..dah-dah jom keluar" mereka berdua terus keluar dari kereta dan  mengangkat beg keluar dari bonet kereta lalu masuk ke dalam hotel yang telah disewa oleh Changbin tempoh hari.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now