ENAM BELAS🌌

334 55 103
                                    


"Arghh eomma!!!! Alamak alamak mana baju aku? Eh skirt aku hilang alamak alamak!"

Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Kelas akan bermula pada pukul 8:15 pagi jadi pagi tu Minjung agak kelam kabut untuk bersiap kerana sudah lambat untuk pergi ke kelasnya.

"Aduh aduh terlajak tidur la pulak..mampus kalau tak sempat" bebel Minjung seorang diri.

Dia berjalan keluar dari bilik lalu terus pergi mengetuk pintu bilik suaminya.

"Changbin!! Kau dah bangun ke? Oiii!!! Kau ada kelas tak ni? Oi cepat la!!" Banyak kali Minjung mengetuk pintu bilik jejaka itu. Namun tiada satu suara pun yang menyahut jadi dia terpaksa masuk ke dalam bilik jejaka itu.

'Ampunkan lah saya kerana memasuki bilik anda' katanya dalam hati sambil memejam mata.

"Yah chang- aigoo dia boleh buat kilang taik mata lagi" Minjung menggulingkan matanya dan melangkah ke arah katil lelaki itu.

"Changbin, kau ada kelas tak? Oi" panggil Minjung.

Matanya beralih ke arah jam yang tersusun elok di sebelah katil milik Changbin dan terus mulutnya terlopong.

"Yah yah bangun woi cepat-cepat aku dah lambat ni" Minjung menepuk kuat Changbin agar bangun dari tidur.

"Aku lambat lagi" balas Changbin sambil menarik lagi selimut menutupi tubuhnya.

"Weyh cepat la bangun dwaekki oii!! Aku dah lambat nak pergi kelas ni..cepat la bangun sebelum aku curi kereta kau!" Dengan sekuat hati Minjung menepuk changbin sehingga jejaka itu bangun dari tidur.

"Kau taknak hantar tak ala aku boleh pinjam kereta kau kan?" Kata Minjung dan segera Changbin membantah.

"Eh tak payah nak menggatal..aku hantar kau je senang..sabar jap" kata Changbin dan segera dia masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.

Minjung berjalan ke hulu ke hilir di hadapan bilik Changbin kerana risau dia akan terlepas kelas pertamanya.

Eh tak jangan risau dia sememangnya akan terlepas kelas pertamanya AHAHAHAHAHAH.

"Aduh mampus aku kena marah dengan prof sebab ganggu masa kelas dia japgi..dah la dia garang" bebel Minjung seorang diri.

"Pahal kau ni?" Soal Changbin yang baru keluar dari biliknya.

"Ani- cepat sikit" Minjung berlari memakai kasutnya dan terus keluar dari rumah bersama Changbin.

Setelah sampai di parking kereta, Minjung dengan segera membuka pintu kereta setelah Changbin menekan lock di kunci keretanya.

Belum sempat gadis itu ingin masuk Changbin terlebih dahulu memanggilnya.

"Minjung" panggil Changbin dan membuatkan Minjung membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam kereta.

"Apa? Alah time ni kau nak panggil..aku dah lambat la" Minjung menghentak-hentakkan kakinya.

"Kau buat apa dekat kereta aku? Sampai calar macam ni?" Soal Changbin sambil membelek-belek pintu keretanya yang ada kesan calar.

"A-aniya a-aku tak buat la ermm alah tu aku rasa orang lain buat dekat kereta kau..aku tak perasan pulak ada kesan calar" terang Minjung lalu menggaru kepalanya.

"Aishh macam mana tak perasan sedangkan kau yang bawak?" Changbin meninggikan suaranya sedikit.

"Alahh jangan la marah..tch! benda kecik nak di besarkan..eh dah la nanti la fikir pasal kereta kau ni..aku dah lambat tau tak!" Kata Minjung dan segera masuk ke dalam kereta manakala Changbin pula memandang Minjung tidak puas hati.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now