SEMBILAN BELAS🌌

346 53 69
                                    


"Yah Minjung, skirt tu ke bawah sikit" arah Changbin setelah melihat skirt Minjung yang agak begitu pendek.

"Mana boleh dah..dia memang macam ni la" balas Minjung sambil membetulkan skirtnya.

"Tu la orang suruh pakai seluar jeans taknak..degil..nak jugak pakai skirt tu..pastu japgi mula la orang lain pandang, tambah lelaki..bukan boleh percaya sangat" mulakan dengan bebelan Changbin di waktu pagi.

"Halah bising la kau..okay dah ni" ujar Minjung sambil melihat skirtnya.

"MINJUNGGG!!!!!!"

Gadis itu menoleh apabila mendengar namanya dipanggil dan dengan segera tubuhnya dipeluk oleh sahabatnya.

"Yah Yeji pahal tetiba-"

"Kau okay ke? Yohan gila tu ada buat kau terluka ke?sorry wey aku tak ada dengan kau..kalau aku ada dah lama aku sepak muka dia biar dia rasa tendangan seksi aku" Yeji mula merepek di telinga Minjung.

"Oi oi alah rimas la ish budak ni..kau pahal" Minjung menolak Yeji dari terus memeluknya.

"Aku risau la!" Kata Yeji sambil mencebik.

"Halah aku okay la..jangan risau..oh ya, siapa bagitau kau pasal ni?" Soal Minjung.

"Hyunjin bagitau..semalam baru dapat berita..kau tau aku punya tergopoh gapah tu lain macam siot..masa tu jugak aku nak pergi rumah kau..pastu nasib Hyunjin tahan aku..dia cakap aku tak payah pergi sebab dia pasti, kau akan okay" cerita Yeji panjang lebar sambil membuat gayanya tersendiri dan Minjung hanya ketawa melihat gelagat Yeji bercerita.

"Comel. Haih dah la..aku okay je..aku sepatutnya berterima kasih dekat kau..kalau kau tak bagi lokasi dekat Changbin, entah apa la jadi dekat aku" ujar Minjung sambil membuat muka sedih.

"Alolo hmmm entah kenapa jari aku ni pergi pandai sangat kongsi lokasi yang kau bagi tu..lagipon aku tak berapa sedap hati masa tu..sebab tu la aku bagi dekat Changbin" terang Yeji panjang lebar dan Minjung hanya mengangguk.

"Okay-okay..dah jom masuk" Minjung menarik Yeji.

"Oi oi ni fail memang nak tinggal sini ke acane? Nak tunggu perompak ambik baru gelabah nak cari?" Changbin bersuara. Hal itu, membuatkan langkah Minjung dan Yeji terhenti.

"Alamak terlupa sikit je pon" Minjung mengambil failnya sambil mencebik. Changbin pula hanya tertawa kecil melihat Minjung sebegitu.

"Wah bahagia semacam je tadi..aku ada ketinggalan apa-apa ke?ke aku salah tengok? Uish aku nak kena check mata aku esok" Yeji mengacah matanya seperti tidak betul dan sengaja dia berjalan seperti orang buta.

"Eish apa benda kau merepek ni? Tak ada apa la..biasa je" Minjung menampar lengan Yeji.

"Tak, bukannya apa..kau siap buat muka comel depan dia..aku tak tahu la kot salah sorang dari korang kena santau" Yeji mula memikir perkara yang bukan-bukan.

"Eh kau..tak ada la" terus sahaja Minjung berjalan ke depan meninggalkan Yeji.

"Oiii tungguh ah!" Yeji berlari mengejar Minjung setelah perasan yang sahabatnya itu sudah pergi meninggalkannya.

___××___


"Yow! Awal keluar" soal Jisung yang baru sahaja tiba di kafeteria bersama makanan yang dibelinya tadi.

"Habis awal keluar awal la" balas Bangchan lalu menyuap nasi putih ke dalam mulutnya.

"Mana yang lain?" Soal Changbin pula dan Jisung terus memuncungkan mulutnya ke arah Hyunjin yang sedang berjalan ke arah mereka.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now