LAPAN🌌

371 85 66
                                    


Setelah bersihkan diri, Minjung mengambil kalender yang tergantung cantik di dinding lalu duduk di birai katil.

Dia menanda pangkah kalender tersebut sebagai tanda hari penceraian mereka berbaki lagi 180 hari.

Minjung pangkahkan satu hari kini angkanya jadi 179 hari lagi.

Dia menyangkut semula kalender tersebut di tempat asal dan berlalu keluar dari bilik.

Minjung melihat keliling rumah langsung tiada kelibat changbin.

'Dalam bilik kot' bisik hati Minjung.

Kakinya melangkah ke dapur untuk minum segelas air. Terasa dahaga pulak diri ini. Jus oren yang berada di dalam peti dibawa keluarnya dan dituangnya di dalam gelas.

Niat ingin membawa air itu ke ruang tamu untuk minum di sana.

Bila pusing belakang saja ternampak Changbin yang berdiri tegak di belakang gadis itu.

"O-oh C-Changbin" gugup jantung Minjung apabila lelaki itu semakin dekat dengannya.

Dalam sekelip mata jejaka itu rapatkan dirinya dengan Minjung sehingga gadis itu tiada ruang untuk mengelak.

"K-kau kenapa bongok" kata Minjung sedikit gagap. Gelas yang dipegangnya diletakkan diantara dia dengan Changbin sambil memegang erat gelas itu.

Minjung menutup matanya rapat kerana Changbin semakin dekat dengan dia sehingga-

Minjung membuka matanya semula apabila dia merasakan badan changbin tidak lagi berada dekat dengannya.

"Kau fikir apa? aku nak ambik air oren ni je"  kata Changbin yang menunjukkan jus oren di tangannya lalu dituang di dalam gelas.

Minjung mengetap giginya kuat. Geram dengan perangai Changbin yang suka menyakat dia.

"Kau-!!!!haishh!!" Minjung keluar dari dapur dan pergi ke ruang tamu.

Changbin yang masih minum air tergelak sinis kerana berjaya mengenakan Minjung. Sungguh puas hati dia apabila mengenakan gadis itu.

Akibat terlampau geram Minjung memarahi tv kerana tiada siaran yang menarik.

"Ish pahal tak ada citer best-best ni!!" Alat kawalan itu ditekan dengan kasar menukar siaran lain.

"Rosak benda tu kau ganti" tegur Changbin dan mengambil tempat di sebelah Minjung tetapi agak jauh sedikit la. Kalau rapat memang kena smackdown dengan Minjung.

"Diam ah kau dah la bagi fake hope" kata minjung tanpa sedar dengan kata-kata yang dilontarkan kepada Changbin.

"Fake hope?" Changbin tersenyum sinis memandang Minjung.

"Ye la fake hope yang kau nak-" terus mati kata-kata Minjung. Baru dia sedar yang dia salah cakap.

"Kau nak cakap yang aku ni fake hope sebab tak bagi kiss aku dekat kau gitu?" Ada saja idea jahat Changbin nak kenakan Minjung.

"A-aniya!!! Kau salah faham!" Bentak Minjung dan membaling bantal kecil ke arah Changbin.

"Kenapa kau nak marah? oh mungkin sebab aku tak-" kata-kata Changbin dipotong.

"Tak tak tak tak tak tak!!! Aku salah cakap la..lagipon aku tak ingin la nak kiss dengan kau!!" marah Minjung.

"Eo? Orang cakap kalau orang tu terlepas cakap maknanya betul..ha betul la kau nak-" belum apa-apa lagi gadis itu berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"OII GELAS KAU TAK SIMPAN BALIK!!" jerit Changbin.

"SIMPAN LAH!!!" Balas Minjung dari dalam bilik.

Changbin ketawa keriangan. Bahagia sungguh hatinya apabila dapat menyakat Minjung lagi sekali.

"Haih Minjung~Minjung..macam mana aku nak lepaskan kau kalau perangai kau macam ni" kata Changbin sendirian. Diselit sedikit senyuman nipis dibibirnya.

___××___

Minjung bangun awal pagi dan memasak nasi goreng buat dia dengan Changbin.

"Mana la manusia tu? tak bangun lagi ke?" Kata Minjung sendirian.

Pinggan diletakkan di atas meja makan lalu pergi ke bilik Changbin untuk memanggil jejaka itu makan.

"Changbin-ah!!! bangun la oi dah pagi ni..kau tak ada kelas ke bongok"

Ini lah Minjung. Manusia yang tak pernah berlembut dengan orang. Ada je panggilan yang dia bagi. Bongok la bengong la bodoh la.

"Oi aku dekat sini la" Minjung memandang Changbin yang tengah rilek duduk dekat sofa ruang tamu.

"Sejak bila kau keluar bilik?" Soal Minjung.

"Sejak kau tak dapat-" Changbin belum habiskan ayat lagi Minjung cepat-cepat potong.

"Changbin berhenti! Jangan ungkit lagi tolong la" dia tau yang Changbin ingin mengungkit tentang hal semalam.

"Eo merah?" Changbin perasan yang pipi Minjung merah seperti tomato.

"M-mana ada merah ish kau ni" Minjung memegang pipinya yang memanas itu.

"Tch tapi-"

"Makan!! Seo Changbin!!!" Arah Minjung tegas.

"Okey okey" Changbin makan nasi goreng yang dimasak oleh Minjung. Aum sedap tak?

Minjung melihat Changbin yang makan dengan selera. Amboi sedap sangat tu huehue.

Dia teringat semalam yang lepas dia masuk bilik pipinya terus merona merah. Sungguh malu apabila terlepas cakap.

"Kau tak makan ke?" Tegur Changbin yang perasan Minjung tengah termenung.

"Eo?erm nak makan la ni" Minjung terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Kau tak ada kelas ke?" Soal Minjung.

"Ada kejap lagi nak pergi la..kau?" Kini giliran Changbin menyoal gadis itu.

"Sama" Changbin membalas dengan anggukan.

"Dah la jom gerak" Changbin bangun dari duduk dan pergi ke sinki untuk membasuh pinggan.

"Aku tumpang kau ke?" Soal Minjung yang turut bangun pergi ke sinki.

"Yela..takkan aku nak biarkan isteri aku naik bas sorang-sorang..dah cepat sikit tau"

Setelah selesai dia masuk ke dalam bilik semula untuk mengambil beg sandangnya.

"Minjung aku tunggu dekat parking lot" Minjung yang mendengarnya hanya membalas dengan gumaman.

Setelah selesai mengemas dapur yang sedikit berselerak dia mula melangkah ke ruang tamu dan mengambil begnya yang dah tersedia ada di sofa.

"Eh pahal aku pakai apron ni" Minjung menepuk dahi apabila baru dia sedar yang dirinya masih memakai apron.

Segera di membuka dan mencampak saja ke ruang tamu. Gadis itu mula bergegas keluar dari rumah menuju ke parking lot.

Selalunya kalau dengan Minho mesti si Minjung ni kena tinggal. Tapi lain bagi Cangbin..dia sanggup menunggu Minjung walaupon gadis itu lambat.

Maklum la suami kan..mesti lah jalankan tanggungjawab dia..tak macam Minjung! Tak jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri!

🌚🌚

Tbc

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now