CMYD!| 13

3.2K 115 7
                                    

End of flashback ~

Naufal memasuki rumahnya, salam diberi perlahan tapi tiada sahutan dari isterinya

Kemana isterinya pergi ? Pelik bin ajaib ni.

Biasanya time time macam ni isterinya sedang berperang kat dapur. Tapi kalini senyap sunyi pula.

Kakinya mula melangkah menaiki tangga, bilik tidur mereka dituju. Perlahan pintu dibuka, kelihatan Ell sedang tidur dalam keadaan berselubung dengan selimut. Dengan aircond terpasangnya, fuh sejuk baq hang!

Naufal duduk disebelah Ell, rambut isterinya diusap sayang, kelihatan muka Ell sedikit pucat, tak sihatkah isterinya ? Pagi tadi elok je ceria nau. Badan tak panas pon. Naufal mula mengejutkan isteri kesayangannya.

"Assalamualaikum sayang, bangun la, suami kesayangan kau dah balik ni" Bahu Ell ditepuk lembut.

"Hey sayang, bangun" Pipi Ell dicium. Apa liat sangat nak bangun ni sayang oi!

Ell membuka matanya perlahan, mukanya berkerut menahan tangis, makhluk mana la yang kacau dia tidur ni.
Kepalanya didongak kan sedikit, terpapar la wajah kacaks suaminya.

"Bila awak balik biy, sorry saya tak sedar" Kepalanya disembamkan di dada Naufal. Tangannya mula memeluk pinggang Naufal. Matanya dipejamkan kembali. Dia suka bau Naufal, wangi sangat!

"Aku baru je sampai. Kau kenapa ni tengahari pon nak tidur, muka pun pucat. Okey tak sayang ?" Kepala Ell diusap sayang, sebelah tangannya pula menepuk bahu Ell lembut.

Ell mula mencebik manja.

"Penat, nak tidur. Tak nak buat apa apa" Tangisannya mula berlagu, pelukannya diketatkan lagi. Entahla, hari ni memang dia rasa penat, penat sangat! Rasa macam nak tidur je. Pening kepala satu hal.

Naufal menunduk memandang Ell hairan, tak penah penah Ell macam ni.

"Kau kenapa ni hm ? Sakit ? Meh bagitau aku" Naufal menghadapkan kepala Ell memandang mukanya. Ibu jarinya mengusap airmata Ell.

Mata Ell memandang mata Naufal, tangisannya semakin berlagu.

"Kepala Ell ni rasa pening, Ell nak tidur. Dodoikan Ell abang, please. Ell penat" Kepalanya kembali disembamkan ke dada Naufal. Tangisannya mula berhenti. Mata dia pon dah mula memberat.

"Siapa bagi keizinan untuk kau tidur balik ? Jom pergi klinik dulu. Baru aku dodoikan kau. Bangun" Naufal menolak lembut bahu Ell supaya bangun dari katil.

Ell mengeraskan badannya, kepalanya digeleng "Tak nak la abang, Ell nak tidur, bagi la Ell tidur" tangan Ell memaut leher Naufal, kepalanya disembamkan di bahu Naufal, tangisannya kembali berlagu.

Tak suka Naufal! Asyik nak memaksa je!

Naufal menggeleng pasrah dengan perangai Ell, kalau dah datang perangai mengada plus manja Ell ni memang tak boleh buat apa dah.

"Okey okey aku dodoikan kau, dah jangan nangis, meh baring." Badannya dan badan Ell dibaringkan, perlahan dia mengalunkan selawat, tangannya menepuk belakang badan Ell.

Ell mula terbuai dengan alunan selawat suaminya, merdu! Dia mula masuk ke alam mimpi.

Naufal mengintai sedikit melihat isterinya, dia tersenyum kecil, tidur pon comel. Sisa airmata Ell diusap. Dahi Ell pula dikucup sayang.

Naufal menelefon PA nya bahawa dia tak masuk pejabat semula. Baik dia teman isteri manja dia ni. Kang Ell bangun tengok Naufal takde kat sebelah, lagi meraung dakcik ni.

Matanya mula dipejam. Haih tak sempat nak tukar baju, Ell dah ajak bermanja. Isteri sape la ni ?

_______________________________

Hi guys. Sorry Nad dah lama tak update😭🙇🏻‍♀️. And sorry chapter ni pendek gila, itu je idea yang keluar😆. Esok Nad akan update lagi, and insya allah chapter esok mungkin panjang sikit💃🏻😆.

Selamat Hari Raya semua🥰❤️. Jumpa esok ye sayang sayang semua <3

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now