CMYD!| 12

3.4K 102 5
                                    

"Awak, bangun" Dengan perlahan Ell menepuk lengan suaminya.

Selesai sahaja majlis resepsi tadi, mereka terus pulang ke rumah Puan Raihana. Memang sampai sampai terus naik ke bilik, mandi, solat zohor dengan encik suami, lepastu barulah terbongkang atas katil. Dapatlah lepaskan penat yang tak tertanggung dari semalam.

Tak yang sekarang ni kenapa liat sangat Naufal ni nak bangun.

"Naufal Mikhael bangun la! Asar dah masuk ni, awak kata nak pergi lawat kubur ayah kan ? Bangun cepat" Sekali lagi lengan suaminya ditepuk perlahan. Suaranya dikuatkan sedikit.

Ni kalau tak dengar jugak memang aku jerit kat telinga dia biar medulla oblongata dia pecah!

Naufal bergerak sedikit tanda dia sudah bangun, matanya dibuka kecil melihat sang isteri. Nampak muka geram isterinya itu. Naufal tersenyum memandang Ell.

"Kau dah ambik wudhu belum ?" Dengan suara yang serak basah Naufal bertanya.

Ell menggelengkan kepalanya perlahan, matanya tak berkelip memandang muka suaminya yang baru bangun tidur. Muka bangun tidur pon hensem! Dengar pulak suara serak basah Naufal lagi la bertambah terpukau dia.

"Pergilah ambik wudhu dulu, aku tunggu sini"

Ell masih tak bergerak dari tempatnya.

Naufal memandang pelik, dah kenapa pulak dengan Ell ni ?

"Sayang!" Naufal memetik jarinya didepan muka Ell.

Terus Ell tersedar dari lamunannya.

"H-ha awak cakap apa tadi ?" Ell tersengih.

"Aku cakap pergi ambik wudhuk dulu, aku tunggu sini, kau menungkan apa ?"

"Err takde pape, okeylah saya ambik wudhuk dulu ye, hehe bye!"

Dengan sepantas kilat Ell lari menuju ke bilik air. Naufal tergelak kecil dengan perangai isterinya. Pergi ambik wudhuk pon nak kena 'bye' ke ? Ell Ell...
__________________________

Selesai Ell dan Naufal membaca surah yassin dan berdoa untuk ayahnya. Ell merenung sayu kubur ayahnya. Tangisannya cuba ditahan.

"Assalamualaikum ayah, Ell datang ni." Tangannya naik mengusap batu nisan ayahnya seolah olah itulah wajah ayah yang dirinduinya.

"Tapi kalini Ell tak datang sorang, Ell datang dengan menantu ayah, suami Ell." Ell memandang wajah suaminya disebelah. Senyuman kecil terukir dibibirnya.

"Naufal baik sangat yah, ibu cakap perangai Naufal sama macam ayah. Ell bersyukur sangat dapat suami macam Naufal. Ayah jangan risaukan pasal Ell, Ell bahagia kat sini. Tapi Ell rindu ayah, rindu sangat sangat. Rindu yang tiada pengakhirannya. Setiap saat Ell akan ingat kat ayah, walaupun Ell tak sempat rasa kasih sayang seorang ayah, tapi Ell tau, ayah sayang kat Ell."

Tangisan yang cuba ditahan terlepas jua, melepaskan apa yang terbuku di hati.

Naufal yang disisi Ell setia mendengar luahan Ell. Tangannya mengusap bahu Ell.

"Ayah jaga diri baik baik kat sana ye, tunggu Ell dengan ibu. Ell doakan ayah bahagia kat sana. Ell akan jaga ibu dengan baik. Ell dengan ibu sayang ayah, sayang sangat sangat. Ell balik dulu ye ayah, insya allah nanti Ell datang lawat ayah lagi. Assalamualaikum ayah." Batu nisan ayahnya dicium syahdu. Air yang telah disediakan oleh ibunya tadi disiram di atas kubur ayahnya bersama dengan daun pandan yang dipotong kecil.

Airmata disapu perlahan, dia mula bangun. Tikar mengkuang digulung oleh Naufal.

Mereka mula melangkah keluar dari tanah perkuburan tersebut.
__________________________________

Selesai sahaja makan malam bersama keluarga mereka, Ell menuju ke gazebo.

Kepalanya ligat memikirkan arah tuju perkahwinan dia dan Naufal.

Naufal yang selesai bersembang dengan daddynya keluar mencari Ell, nampak sahaja kelibat isterinya yang termenung itu terus kakinya mendekati Ell.

"Kau termenungkan apa ?" Naufal duduk di sebelah Ell, sebelah tangan nya diletak kan di atas bahu Ell dan ditarik rapat.

Ell tersedar dari lamunannya, kepalanya memandang encik suami.

"Tak ada apa la. Em awak bila start keje ?" Ell menyandar kepalanya di bahu Naufal.

"Next month, kenapa ? kau nak honeymoon kat mana mana ke ?"

"Honeymoon ? Em nanti la saya fikir, sekarang ni kita honeymoon kat rumah je ye. Em awak, saya boleh keje lagi tak ?" Ell mendongak kepalanya memandang wajah kacak suaminya.

"No dear, kau dah tak boleh keje. Aku nak kau duduk rumah je. Jaga anak anak kat rumah" Naufal mengucup sekilas dahi Ell.

Ell mengangkat kepalanya, kini wajahnya berhadapan dengan Naufal.

"Anak ? Ish lambat lagi la, saya nak hidup berdua dengan awak dulu. Saya bukan tolak rezeki tau, tapi saya nak kita berdua dulu, nanti bila kita dah betul betul ready nak jadi seorang ibu dan ayah. Baru la ada yang ketiga keempat dan seterusnya. Awak okey je kan ?" Ell menggenggam lembut tangan Naufal.

"Kalau itu yang kau nak, aku okey je. Jom masuk dalam, tak elok duduk luar ni lama lama" Naufal mula berdiri.

"Hehe nak dukung" Ell mendepakan tangannya.

Tanpa banyak soal, terus Naufal mendukung isterinya seperti mendukung bayi. Isteri siapalah mengada sangat ni.

End Of Flashback~
_________________________________

Hello, sorry dah lama tak update, lately ni mmg busy gila💆🏼‍♀️. And sorry bab ni pendek sikit😆💖

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now