CMYD!| 18

3K 95 2
                                    

Ell tersenyum sambil menyediakan makan malam untuk suaminya.

Jam di dinding menunjukan pukul 7:48pm. Naufal biasanya balik pukul 8:30, sempat lagi ni nak mandi.

Selesai Ell membersihkan dirinya, dia melabuh duduknya di ruang tamu. Tangannya menyentuh perut, 'semoga sayang mama ni membesar dengan sihat' Ell tersenyum sambil mengusap perutnya.

Segala barang untuk mengsurprise kan Naufal sudah tersedia. Tinggal nak tunggu Encik Suami balik je.

Selang beberapa minit, Ell terdengar enjin kereta milik encik suaminya, laju kakinya menuju ke pintu untuk menyambut suami tercinta.

"Assala-" Langkah Naufal terhenti, terkejut melihat isterinya di depan pintu, dengan muka excited dia. Belum pape lagi dah buat aku geram budak kecik ni.

"Sayang kenapa ni ? Tetiba je tercongok depan pintu ni ?" Naufal melangkah masuk kedalam rumah.

"Hehe takde pape. Em abang pergi naik atas dulu, mandi mandi dulu. Pastu kita makan, okay ?" Tangan Ell membuka ikatan tali leher Naufal. Beg di tangan suaminya diambil.

"Okay, abang naik dulu" Naufal mengucup dahi Ell perlahan. Kakinya terus menaiki anak tangga.

Naik sahaja Naufal, Ell cepat cepat mengeluarkan hadiah untuk suaminya. Tak sabar nak tengok reaksi Naufal!

Selesai Naufal membersihkan dirinya, dia terus turun untuk makan malam bersama Ell.

"Muka tu dari tadi happy semacam je, ada pape jadi ke hari ni ?" Naufal melabuhkan duduknya dihapan Ell.

"Ada, tapi sebelum tu kita makan dulu ye. Saya lapar" Doa makan dibaca perlahan.

Seusai mereka makan, Ell menarik tangan suaminya duduk di ruang tamu. Sebuah kotak diletak kan di hadapan suaminya.

"Nah, bukak lah" Ell tersenyum lebar.

Naufal mengerutkan dahinya.

"Apa ni yang ? Birthday abang kan dah lepas"

"Ee jangan la banyak tanya, awak bukak je. Cepat la bukak" Geram betul dengan si Naufal ni, banyak tanya pulak dia.

Cepat cepat Naufal membuka balutan kotak tersebut.

Sungguh dia terkejut dengan isi dalamnya, dia tak mimpikan ?

"Yang, abang tak mimpi kan ?" Naufal memandang Ell dengan penuh rasa teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yang, abang tak mimpi kan ?" Naufal memandang Ell dengan penuh rasa teruja.

Ell tergelak kecil melihat reaksi Naufal.

"Tak abang, awak tak mimpi"

Ell mencapai tangan Naufal dan dilekapkan di perutnya.

"Dalam ni ada anak abang, anak kita"

Terus Naufal memeluk erat tubuh ramping isterinya

"Ya Allah sayang, terima kasih. Terima kasih sebab sudi kandungkan anak abang, Alhamdulillah Ya Allah" Naufal meleraikan pelukan tersebut, tangan mengusap lembut perut isterinya.

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now