CMYD! | 2

6.1K 177 4
                                    

"Tak pernah ku sesali, hadirmu di hatiku, walau hariku aku jalani tanpa di-"

"Ehem"

Terhenti nyanyian Ell apabila dia terdengar suara sumbang yang mengacau dia menyanyi. Kepalanya ditoleh kan kebelakang, terlihat Naufal yang sedang bersandar di kabinet dapur sambil tangannya di masukkan kedalam poket, Ell merenung wajah handsome suaminya, dia punya hensem ni masya allah tak boleh bawak bincang betul, tambah pulak dengan messy hair Naufal. 'Haih Encik Suami, kenapa awak ni suka menggugat iman saya ?'

Naufal tersenyum sinis melihat gelagat isterinya

"Dah puas tenung, tak nak ambik gambar ke ?."

"Hehe awak tu hensem sangat la, tergugat iman saya tau. Dah habis buat kerja ke ?" Ell menghadiahkan senyuman yang manis pada suaminya. Kemudian dia meneruskan mengacau masakannya.

"Dah" Naufal terus pergi ke arah Ell.

Tangannya mula melingkarkan pada pinggang Ell.

"Kau masak apa ni ?" Kepalanya mula didekatkan ditepi kepala Ell, sesekali dia mencium kepala isterinya. Wangian dari rambut Ell sangat menenangkan hatinya.

"Saya masak ayam masak merah, ni kan makanan favourite awak. So saya masakan la. Sweet tak saya ?" Ell memusingkan badannya, matanya memandang Naufal sambil keningnya diangkat berulang kali.

"Hm boleh la, dah pandang depan. Kang hangit lauk kau tu aku tak nak makan"

Ell mencebik.

"Dah nak siap dah pon, awak pegi duduk depan. Saya nak hidangkan lauk, ni tangan ni sila lepaskan dulu ye."

Sekali lagi Naufal mencium kepala Ell, kemudian dia bergerak ke meja makan di depan.

Ell mengacau sedikit lauknya untuk kali yang terakhir. Kemudian, dia menutup api, pinggan ditepinya diambil ingin mengisi lauk tersebut.

Mereka mula menjamah makanan tersebut, Ell memandang suaminya yang makan dengan penuh berselera.

"Makan sayang!" Satu arahan tegas diberikan oleh Naufal.

Cepat cepat Ell memakan makanannya,'ish kedekut betul, nak tengok suami sendiri pon tak boleh.'

___________________________

"Amin..." Selesai menunaikan solat isyak, Naufal mengaminkan doanya. Kemudian dia memusingkan badannya menghadap isterinya. Tangannya dihulur pada Ell.

Ell menyalam tangan suaminya kemudian dikucup. Tangan Naufal memegang kepala Ell.

"Semoga menjadi isteri yang baik dan ikut cakap suami, jangan derhaka dengan aku okey. Dah janjikan nak masuk syurga sama sama." Kemudian Naufal mencium lembut dahi isteri tersayangnya. Ell tersenyum, lantas meanggukan kepalanya.

Naufal membalas senyuman Ell. Kemudian dia bangun dan menggantungkan sejadahnya.

"Awak, jom kita throwback zaman dulu nak ? Macam mana awak dan saya boleh berjumpa, bercinta dan berkahwin" Ell berjalan menuju ke katil, dia menyandarkan kepalanya di dada Naufal.

"Ikut suka kaulah" Naufal mengusap lembut kepala Ell.

Setahun yang lepas...

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now