CMYD!| 17

3.5K 122 24
                                    

Ell bangkit dari katilnya dengan perlahan. Naufal disebelah dikerling, nampak lena sangat dah tu. Perlahan kakinya melangkah ke arah pintu bilik mereka. Dia betul betul memastikan tiada satu bunyi pon yang terhasil. Karang Naufal terjaga, sia sia je usaha dia ni.

Keluar sahaja dari bilik tidur mereka, cepat cepat kakinya melangkah ke bawah dan menuju ke dapur.

Peti ais dibuka, satu aiskrim coklat diambil dengan perasaan gembira. Nasib suaminya ada belikan, kalau tidak, memang dia merajuk setahun dengan Naufal.

Dia melabuhkan duduk di table island yang berada di dapur, perlahan aiskrim coklat tersebut dimasukan ke dalam mulut.

Ell menjerit teruja, 'aaa sedapnyaa!' Tersenyum senyum dia makan aiskrim tersebut. Setelah sekian lama dia teringinkan aiskrim, akhirnya dapat jugak masuk ke tekak, ah lega.

Sedang sedap dia menikmati aiskrim, dirinya terkaku saat terdengar deheman seseorang. Kepalanya dipusingkan memandang belakang, kelihatan Naufal sedang berjalan menuju ke arah dia. Habis lah kau Ell.

"Sayang buat apa tu ?" Naufal melabuhkan duduk disebelah Ell. Tangan Ell dipandang.

"Seriously sayang ?, lewat malam macam ni makan aiskrim. Tak elok la yang" Tisu di atas meja itu diambil, dan dikoyak kan sehelai dua. Tangannya mengelap mulut dan tangan Ell yang comot.

Naufal memandang Ell. Melihat kebisuan isterinya, tahu la dia bahawa isterinya sedang menahan tangis.

"Tak, abang tak marah pon. Cuma tak elok makan aiskrim lewat malam macam ni, dah makan cepat, aiskrim tu dah nak cair dah. Abang tunggu sayang" Naufal berkata lembut. Tak boleh nak marah, sayang~

"Sorry abang" Ell bersuara perlahan, kepalanya ditundukan. Aiskrim tersebut tetap disuapkan ke dalam mulut.

"Sorry for what dear ?" Soal Naufal hairan. Kepala Ell diusap lembut.

"Sorry, sebab buat abang terjaga lewat malam macam ni" Ujar Ell perlahan.

"Takde apa la sayang, abang terjaga pon sebab isteri manja abang ni takde kat sebelah" Naufal menghadiahkan senyuman kecil.

Fuh lega Ell mendengar jawapan Naufal, dan lagi dia bertambah lega bila Naufal tak marahkan dirinya sebab makan aiskrim lewat malam macam ni. Janji tak buat lagi.

"Abang dah habis" Plastik aiskrim dihulurkan kepada Naufal, tangannya yang comot juga dihulurkan.

Naufal menahan senyum, perlahan dia membawa Ell ke singki. Mulut dan tangan Ell dibasuhnya. Plastik aiskrim tadi dibuang ke dalam tong sampah berhampiran singki tersebut.

"Dah jom sambung tidur, sayang tu tak sihat lagi" Tangan isterinya dipimpin perlahan menuju ke anak tangga.

"Abang..." Ell menahan langkah Naufal.

Naufal memandang Ell hairan, kening sebelah diangkat.

"Kenapa ni ? Pening lagi ?" Soal Naufal risau. Gila tak risau, dah la isterinya tengah demam, pulak tu isterinya baru bantai makan aiskrim lewat malam macam ni. Haih la isteri abang.

Ell menggelengkan kepalanya perlahan.

"Abang tolong cabutkan coolfever kat dahi Ell ni, Ell dah sihat dah. Rimas la pakai coolfever ni" Adu Ell perlahan. Memangla dah sihat, dah pekena aiskrim coklat malam malam buta macam ni.

"Yeke dah sihat ni ? Sini abang rasa" Tengkuk Ell disentuh dibelakang tapak tangannya. Pipi isterinya pula dipegang. Betul la dah sihat, demam isterinya dah kebah.

Perlahan lahan dia mencabut coolfever di dahi isterinya.

Mata Ell terpejam, auww sakit.

Cabut sahaja coolfever tersebut, dahi isterinya diusap perlahan. Tahu isteri dia tengah tahan sakit. Naufal tergelak kecil melihat kelakuan Ell.

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now