CMYD!| 5

3.9K 171 11
                                    

Masuk hari ini, sudah seminggu lebih Ell bekerja dengan Naufal, dan sudah seminggu lebih jugak sesi menggoda Naufal berjalan, kadang menjadi, kadang tak menjadi.

Macam kes hari tu, dia tak jadi nak goda Naufal sebab Naufal dah goda dia dulu.

Hari ini dia akan menuntut janjinya dengan Naufal sebab dia bertahan bekerja dengan Naufal. Walaupun kadang kadang selama seminggu ni Naufal asyik nak marah je, tapi dia cekal kan hati demi nak duduk satu office dengan Naufal. Hehe lagi senang dia nak goda Naufal nanti. Dalam kepala otaknya sudah ligat buat rancangan.

 Hari ini pakaian dia simple sahaja, malas nak pakai skirt, rimas jugak asyik pakai skirt je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini pakaian dia simple sahaja, malas nak pakai skirt, rimas jugak asyik pakai skirt je.

Sementara menunggu Naufal sampai di officenya. Dia buat awal awal dulu milo ice untuk bosnya, dan kakinya melangkah masuk ke dalam office Naufal. Air tersebut di letakkan di atas meja, dan punggungnya melabuhkan di kerusi kerja Naufal, hm empuk.

Tangannya mencapai bingkai gambar di atas meja Naufal, 'hensemnya buah hati saya ni, hot pulak tu. Haih bila lah awak nak jatuh hati kat saya ni Naufal ?' Sedang sedap dia berpusing pusing di kerusi itu sambil tersenyum senyum memegang gambar Naufal , terdengar suara seseorang berdehem di belakang. Kepalanya menoleh.

Terkejut dia melihat Encik bos dah berdiri di belakangnya dengan mata tajam bosnya menikam mata dia. Dengan gelabahnya dia bangun dari kerusi tersebut.

"Eh bos, b-bila bos s-sampai ? Tak dengar bunyi pintu terbukak pon" Stupidnya kau Ell, pintu Naufal tu memang tak berbunyi pon, kau nak dengar bunyi apanya. Ell mengetuk kepalanya sendiri sambil menyumpah dalam hati.

Naufal tersenyum sinis melihat tingkah laku Ell. Matanya menilik pakaian yang dipakai Ell harini. 'Cantik' desis Naufal dalam hati.

"A few minutes ago, sempat jugak aku tengok kau tersenyum macam orang gila sambil pegang gambar aku tu. Memang tak nak letak ke gambar tu ? Nak bawak balik letak bawah bantal ?, ke nak tunjuk kat mak ayah kau yang tu bakal menantu dorang ?"

"Eh awak bagi greenlight kat saya ke untuk bawak balik gambar ni ? Boleh lah saya tatap hari hari sementara nak tunggu awak lafaz akad nikah kita kan ? Tak gitu ke Encik Naufal Mikhael ?" Mata Ell melirik pada Naufal sambil melakarkan senyuman menggodanya.

"Tak payah mengada, letak balik gambar tu. Kat mana kau ambik tadi, kat situ la kau patut letak. Now!"

"Tak nak!" Ell menyorokkan gambar tersebut di belakang badannya. Tadi dah bagi greenlight ni suruh letak balik pulak, dasar buruk siku!

"Letak Ell" Naufal menahan geram dalam hati. Perlahan lahan kakinya mendekati Ell.

"Ah tak boleh!" Ell mencebik. Kakinya ke belakang perlahan lahan kerana Naufal hampir mendekatinya.

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now