CMYD!| 14

3.1K 107 13
                                    

Ell terbangun dari tidurnya, dia memerhatikan sekeliling, kelibat suaminya tidak kelihatan

'Eh, yang tadi tu mimpi ke?, tapi tadi dia ada balik kan ? Ke dia pegi pejabat balik ?, ah pening la'

Jam di dinding di perhatikannya, '5:25pm, Allah terlajak asar aku' cepat cepat Ell bangun membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu nya.

Selesai menunaikan solat asar, Ell menuruni tangga untuk menuju ke dapur, sementara nak menunggu Naufal balik, baik dia masak.

Langkahnya terhenti apabila kelibat suaminya ada di dapur,

'oh tak mimpi rupanya, ee rindunya kat encik suami ni'

Perlahan kakinya melangkah ke arah Naufal. Belakang badan Naufal dipeluk, "Abang, I miss you" kepalanya disandarkan di belakang Naufal.

Naufal tersenyum dengan gelagat isterinya, badannya dipusingkan menghadap Ell. Pinggang Ell dipaut.

"Kau nak rindu apa, aku ada kan kat depan ni" tangannya mengusap kepala Ell lembut

Ell mendongak memandang Naufal, tangannya mula berpaut pada leher suaminya,

"Rindu la, tadikan abang pergi kerja, tak dapat nak tengok muka abang, tapi saya lagi rindu bau abang"

Ell mendekatkan hidungnya di leher Naufal, pautan di leher Naufal diketatkan lagi

'Wanginya shuben saya ni'

Naufal mengerutkan dahinya, tak penah penah Ell buat perangai macam ni, pelik.

Naufal merelakan sahaja dengan perbuatan Ell, tak boleh nak halang, kalau di halang kang lagi bermacam ragam Naufal kena hadap, haih la isteri.

"Eh dah la sayang, jom makan dulu. Kejap lagi dalam bilik kau sambung bau aku ye, lebih dari bau pon boleh, aku rela, skarang ni makan dulu"

Belakang badan Ell diusap lembut, dengan Ell ni, memang tak boleh ganas ganas, kena sentiasa berlembut.

"Hm, nak dukung biy. Malas la nak jalan" Ell tetap tidak beralih dari leher Naufal. Sesekali hidungnya digesek di leher Naufal, tak boleh nak berkalih, wangi sangat!

Naufal mengdukung Ell bawa ke meja makan, badannya ditundukan sedikit untuk meletak kan Ell di kerusi makan. Tangan Ell yang berpaut pada lehernya cuba dileraikan, Ell tetap mengeraskan tangannya.

"Yang, lepaskan la leher aku ni, kejap lagi aku bagi kau sambung, sekarang ni lepaskan dulu"

"Kejap, ni last" Ell menyedut sedalam yang mungkin di leher Naufal. "Abang ni wangi sangat! Ell suka! Hehe" dia mula melepaskan pautan di leher Naufal, sengihan kecil diberikan.

Naufal menggosok lembut kepala isterinya, ada sajalah isterinya ni. Naufal duduk berhadapan Ell.

"Esok aku cuti, bolehla bawak kau pegi klinik. Lepastu kita beli barang dapur sikit"

"Alaaa, nak pegi klinik buat apa, Ell dah okey la, Ell dah tak pening dah, kita tak payah pegi klinik, kita tukar pegi shopping, ye biy ? Boleh la biy ? Please"

Ell mengerdipkan matanya beberapa kali, dia tau Naufal akan mengalah, pandang sahaja mata bulat dia ni, confirm Naufal jatuh.

Naufal menahan senyum dengan perangai Ell, haih comel betul isteri dia ni, geram tau! Paling dia lemah  bila Ell panggil dia biy, time nak bermanja, nak mengada je Ell panggil dia macam tu.

"Boleh sayang, dah makan cepat"

Ell tersenyum suka.

"Hehe yeay, lebiuu biy!"

Tengoklah tu, time makan pon nak mengada.

___________________________________

Hi there!

Nad mintak maaf sangat sangat tak update time raya haritu. Sorry semua!😭 So this time, Nad janji esok Nad update lagi! Lagipun cite ni dah nak sampai ke penghujungnya hehe😘💞

Ha untuk bab ni okey tak ? Kalau ada typo ke salah penggunaan tatabahasa ke, maafkan saya ye, almaklumlah saya ini insan yang lemah, hanya mampu berserah. Ha! Baca je, jangan kau menyanyi pulak😹.

Soooooo see you tomorrow, ni Nad betul betul promise tau yang Nad akan update esok, so stay tuned okey!😘❤️

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now