CMYD!|19

3.5K 110 9
                                    

Sejak Ell dimasuk kan ke hospital haritu, keadaanya semakin membaik. Morning sickness nya pula mula hilang.

Sekarang ini hanya menghitung minggu sahaja untuk menunggu kelahiran cahaya mata mereka.

Segala keperluan baby sudah disediakan oleh Naufal. Ell ? Ell hanya melihat sahaja apa yang dibeli oleh Naufal. Dia pon dah tak berapa larat dah nak kesana kesini. Kat rumah pon hanya duduk saja.

__________________________________

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

__________________________________

Naufal mula bangun dari tempatnya untuk menuju ke tempat kerja. Ell di belakang mengambil beg kerja Naufal.

Tali leher dibetulkan di kolar baju suaminya.

"Abang, harini saya nak aiskrim boleh ?" Tangannya mula memintal mintal tali leher suaminya.

"Tak boleh sayang, awak tu tunggu masa je nak meletup. Nanti lepas habis pantang abang belikan aiskrim satu lori untuk awak. Ye ?" Tangan Naufal mengusap lembut kepala Ell.

Ell sudah menarik muncung. Baby yang nak, bukan nya Ell. Ish benci!

"Boleh la bang, baby ni teringin sangat nak makan aiskrim. Kesian kat baby tau" Perlahan perutnya diusap.

Sabar ye baby, kita guna plan A dulu, kalau tak menjadi jugak baru kita guna plan B. Baby rilek je kat dalam tu okay. Biar mama settlekan dengan papa yang degil ni.

"No sayang, alasan baby dah tak valid dah dekat abang. Jawapan dia tetap tak boleh. Abang pergi kerja dulu. Duduk kat rumah diam diam" Dahi Ell dicium lembut.

Naufal mula memakai kasut diluar. Baru sahaja mahu menapak ke kereta. Jeritan Ell mula menyapa di gegendang telinganya.

"Arghh abang!!"

Melihatkan Ell yang mula tertunduk sambil memegang perutnya, Naufal mula panik.

"Sayang! Sayang okay tak ni ?" Naufal memaut erat bahu Ell. Tak kan nak bersalin dah ? Ada lagi beberapa minggu je lagi ni.

"Sa...sakit. Erghh" Ell mengadu lemah.

"Jom kita pergi hospital, sayang boleh jalan tak ni ? Abang dukung ye ?" Melihatkan wajah Ell yang menahan kesakitan, hatinya meruntum sayu.

"Sakit la abang baby kick, dia marah sebab papa dia tak nak belikan dia aiskrim. Marah kat papa, mama pulak yang kena. Tak aci betul" Ell kembali menegak kan badannya. Sakit di perutnya mula berkurangan. Nafas dihembus perlahan. Senak bak hang.

Naufal memandang Ell seakan tak percaya, mati mati dia ingat Ell dah nak bersalin. Naufal mula ber istighfar dalam hati. Mengumpul segala kesabaran.

"Ell nak aiskrim apa ?" Naufal bertanya senada.

"Yeay, papa bagi kita makan aiskrim la ba..."

"Cepat Ell, abang dah lambat ni. Kejap lagi ada meeting" Kata kata Ell dipotong oleh Naufal.

Dada Ell mula berdebar. Naufal marah ke ?

"Err nak mcflurry oreo satu, pastu dengan mcflurry din..."

"Tak payah nak banyak banyak, satu je cukup" Naufal mula menuju ke kereta nya. Sengaja dia menutup kuat pintu keretanya itu. Tercabut pon lantak la. Hati dia panas sekarang ni.

Erk, Ell terkaku ditempatnya. Naufal betul betul marahkan dirinya. Kasar sangatkah gurauan nya tadi ?

Ye Ell, kasar sangat. Kau tak nampak ke bertapa paniknya dia tadi. Bertapa risaunya di dengan isteri dia ni. Alih alih kau pegi prank dia. Haih Ell Ell.

Ada suara halus yang berbisik ditelinganya.

Ell memandang perutnya. Perlahan tangannya mengusap disitu.

Baby, papa marahkan mama. Hik nak nangis! Setitik setitik air mata Ell jatuh. Maafkan Ell abang.

Kakinya melangkah lemah menuju ke ruang tamu, badanya dibaringkan di sofa tersebut. Ell memejamkan matanya. Tangisannya semakin menjadi jadi.

Terasa ada tangan yang menyapu air matanya. Ell membuka matanya perlahan. Terlihat Naufal yang sedang berlutut tersenyum memandangnya.

"Come" Naufal mendepakan tangannya. Cepat cepat Ell bangun dan terus memeluk suaminya.

"Abang, Ell mintak maaf. Ell...jan... janji tak gurau kasar lagi. Ell...Ell tak nak pon aiskrim tu" Ell mula tersedu dalam tangisannya.

Bahu Naufal mula basah dengan tangisan Ell. Perlahan tangannya mengusap lembut di belakang Ell. Isteri siapa yang cengeng sangat ni. Tolong ambik cepat.

"Shh, dah sayang. Stop crying" Naufal mengusap air mata Ell. Alahai, sedih sangat la tu. Wajah Ell dipandang lama. Sisa sedu isterinya masih lagi terasa.

"Abang marah Ell lagi ke ? Ell mintak maaf. Ell janji tak buat lagi." Ell mengangkat tangannya tanda bersumpah. Kepalanya ditunduk kan, takut nak tengok muka Encik Suami. Jantungnya usah cakap la, berdebar teruk.

Naufal menahan senyum. Comel betul isteri dia ni, mintak maaf pon macam budak budak.

"Tak sayang, abang tak marah. Dah, jangan nangis lagi" Airmata Ell diusap perlahan.

"Kenapa abang patah balik ? Bukan abang ada meeting ke ?" Ell bermain dengan tangan Naufal. Mood nak bermanja dah on.

"Abang suruh daddy hold sekejap meeting tu, sebab menantu kesayangan dia ni mengada ngada nak aiskrim"

Tangan Ell laju memukul bahu suaminya. Ada ke patut dia cakap macam tu dekat daddy.

"Eee abang ni, mana ada. Tak nak, Ell tak nak aiskrim dah. Ell tak nak kena marah dah." Ell bersuara perlahan.

Naufal tergelak kecil mendengar jawapan isterinya.

Rambut Ell diusap perlahan.

"Yelah sayang. Dah, sayang rehat. Tidur ye. Nanti tengah hari abang balik. Abang pergi kerja dulu." Dahi dan perut isterinya dikucup perlahan.

Ell menahan tangan suaminya daripada berdiri.

"Dodoikan la Ell dulu, Ell nak dengar suara abang"

"Yelah, meh abang dodoikan sayang" Naufal duduk bersila di tepi isterinya.

"Eh tapi sebelum tu"

Ell mengucup lembut tangan suaminya. Pipi Naufal juga dia mengucup lembut.

"Abang hati hati tau, ingat Ell selalu" Bibir suaminya dicium sekilas.

Naufal tersenyum kecil mendengar kata kata Ell.

"Ye sayang, baring cepat. Abang dodoikan."

Perlahan Ell merebahkan badannya di sofa empuk itu, perutnya diusap perlahan. Matanya memandang wajah Naufal.

"Close your eyes, my dear"

Ell menggelengkan kepalanya.

"Ell nak tengok handsome boy depan Ell ni"

Naufal mengeluh pasrah.

Perlahan suara Naufal mengalunkan zikir, tangannya menepuk perlahan bahu isterinya. Tangannya lagi sebelah mengusap lembut rambut Ell.

Mata Ell tak lepas memandang wajah kacak suaminya. Tambah pula dengan alunan zikir Naufal, lagi berat mata dia nak bukak.

Beberapa minit kemudian, mata Ell mula kuyu, perlahan lahan matanya mula menutup.

Naufal menghabiskan zikirnya, sesekali tangannya mengusap lembut perut Ell. Selesai sahaja mendodoikan Ell. Naufal menarik selimut hingga ke paras bahu, aircond diperlahankan. Dahi isterinya dikucup lembut, Naufal mula bergerak ke tempat kerja.

_________________________________

Call Me Your Darling!Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz