CMYD! | 20 [ The End ]

3.3K 102 9
                                    

Ell terjaga dari lenanya, akibat kesakitan di perut. Matanya melihat jam di dinding.

'2:30am'

Perlahan kakinya turun dari katil, dia tidak mahu mengejutkan Naufal disebelah.

Dia tau, waktu untuk dia bersalin dah tiba.

Kakinya menuju ke bilik air.

'Sempat lagi ni kalau nak mandi' Getus Ell dalam hati. Perutnya diusap lembut, nafas dihembus perlahan, menahan sakit di perut yang sekejap sekejap datang.

Selesai menyiapkan dirinya, Ell menuju ke katil untuk mengejutkan suaminya.

"Abang~"

Bahu Naufal ditepuk lembut.

" Abang bangun la, Ell nak bersalin dah ni" Rambut Naufal diusap.

Naufal terbangun mengejut, wajah isterinya dipandang dengan mata yang kuyu.

"Sayang, kenapa ni ?" Mata nya mengerling jam di atas meja. Baru pukul 2:45am.

"Abang pergi mandi ye, kita pergi hospital. Ni anak abang ni dah tak sabar nak  tengok papa dengan mama dia"

Ell mengusap perutnya, 'sekejap ye baby, kejap lagi awak keluar ye. Jangan buat mama sakit sayang'

Naufal bangun dari baringnya.

"Sayang, dah nak bersalin ke ?!" Terkejut dengar kata kata Ell sebentar tadi.

Ell tersenyum kecil, anggukan diberikan kepada suaminya.

"Abang pergi mandi dulu ye, sayang nak siapkan beg untuk baby. Abang jangan rushing okay. Ell boleh tahan lagi, baby baik je ni tak buat mama dia sakit pon" Selagi air ketubannya tak pecah, dia boleh tahan.

Tangan Ell mengusap lembut muka Naufal, tengok muka Naufal pon dia tau yang Naufal akan gelabah. Sebab tu la dia kata tak sakit.

Cepat cepat Naufal masuk ke bilik air.

Sekejap sekejap Ell memejam matanya, menahan sakit yang makin terasa. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Bibirnya mengalunkan zikir.

Ell sudah selesai menyiapkan beg untuk dibawa ke hospital. Perlahan kakinya menurun tangga.

Sofa di ruang tamu dituju.

Ell bersandar di sofa untuk menenangkan dirinya, matanya dipejam. Seketika dia mengusap lembut perutnya. Sekejap lagi dia akan bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Naufal. Jujur dia takut, dia takut andai dia tak sempat untuk melihat anaknya membesar.

"Sayang, jom masuk kereta. Come, pegang tangan abang"

Ell membuka matanya, tangannya menyambut huluran tangan Naufal. Kakinya melangkah perlahan menuju ke kereta.

Naufal meletak kan bantal di belakang badan Ell, seat ditolak kebelakang sedikit untuk keselesaan Ell.

"Selesa tak ?"

Ell tersenyum melihat kesungguhan Naufal, anggukan diberi.

"Terima kasih abang"

Naufal senyum kecil, dahi isterinya dikucup.

Dia berlalu ke seat pemandu. Doa dibaca perlahan sebelum bergerak ke hospital.

Naufal memandang Ell disebelah, nampak isterinya sedang menahan sakit, perut Ell yang memboyot itu diusap perlahan.

"Sayang okay tak ? Nak air ?"

Ell menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Ell okay, abang drive leklok tau. Ell pejam mata je ni, tak tidur pon. Abang jangan risau okay"

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now