𝟏𝟎-𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐋𝐨𝐭𝐮𝐬

453 83 39
                                    


Para pembaca dinasihatkan agar menukar theme kepada 'black' . Supaya dapat lebih menghayati bab ini⟨⟨

‼️𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍‼️

Bab ini mengandungi unsur pembulian dan keganasan.

Bab ini mengandungi unsur pembulian dan keganasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PANGG!!!

Tamparan itu menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

"Sedap kena penangan aku?"

Tanya sebuah suara yang gemersik merdu namun kedengaran sangat sinis.

Clara Odett  terkedu. Pipi gebu yang dicemburui ramai itu telah dinodai dengan kesan tapak tangan.

Tangannya terketar-ketar memegang pipinya tanpa sebarang kata.

Air mata bertakungan di tubir mata berwarna coklat keperangan  yang bersinar gemerlapan.

Veronica Irven berdecit kegeraman. Jijik sungguh dia dengan gadis yang tiada taraf seperti dirinya. Hanya sekadar anak angkat yang dikutip oleh  Baron Odett.

Entah celah tong sampah mana Baron Odett mengutip perempuan jalang seperti Clara ini, Veronica tidak mahu ambil tahu.

Apa yang pasti telapak tangan terasa kebas. Namun kesakitan yang dirasai tidak sesakit hatinya.

Siapa sanggup melihat tunang yang dicintai bermesra-mesraan bersama perempuan lain?

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now