𝟏𝟔- 𝐍𝐞𝐰 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐥𝐞𝐝𝐠𝐞

176 29 2
                                    


KAD UNDANGAN yang telah ditinggalkan atas meja oleh si Charles langsung dibiarkan.

Jelak sekali mahu memandang apatah lagi membuka isi kandungannya.

Veronica menghempaskan tubuh genitnya ke atas katil empuk yang telah dia regangkan cadarnya. Dalam pada itu, fikirkannya sedang ligat memikirkan rancangan yang telah terbantut sebentar tadi.

Huh,kacau daunlah si Charles tu!

"Acane eh nak buat...?" Veronica menggumam perlahan. Kepala didongak ke atas. Mata biru lautnya setia merenung siling putih.

Seakan mencari-cari jawapan yang mungkin terselindung di sebalik batu-bata konkrit.

Untuk seketika dia terasa seperti menemui jalan buntu. Tiada suatu pun idea yang dapat diguna pakai. Kepala dipegang kejap.

"Argh, I hate being confined inside this spacious room! Kena hirup udara segar baru otak boleh berjalan lancar" bicaranya kesorangan.

Tubuhnya yang terbaring malas di atas katil empuk itu segera bangkit.

Kaki menapak keluar dari bilik tidur serba mewah lagi seluas alam, namun mampu membuatkannya berasa sesak nafas.

" Cik muda?" Tegur seseorang.

Langkah Veronica terhenti. Dalam hati  tak sudah-sudah mengomel kegeraman. Ada sahajalah halangan yang mendatang!

"Iya?" Dengan nada yang penuh tanda tanya Veronica menyahut kembali. Tubuh di balikkan memandang empunya suara.

Oh?Puan Marcia rupanya.

Wajah yang dimamah umur itu dipandang penuh hormat." Ada apa Puan Marcia?" Soal Veronica sambil melemparkan senyuman manis.

Puan Marcia membalas bersama senyuman kecil,

" Cik muda lapar ke?Maaf, baru sekarang saya bawakkan makanan tengah hari cik muda" dulang yang berada di tangannya di angkat sedikit.

"Oh?sudah melepasi waktu makan tengah hari ke?Sungguh saya tidak perasan. Cepat benar waktu berlalu pergi"

"Iya cik muda. Jadi...cik muda nak pergi mana sebenarnya?"

Pertanyaan cepu emas yang dilemparkan oleh Ketua maid itu membuatkan seluruh badan Veronica basah lencun dengan bermandikan peluh dingin.

'Aduhai, boleh tak jangan rajin sangat bertanya? Aku palinglah lemau kalau melibatkan sesi soal jawab macam gini...' getus Veronica dalam hati.

Riak wajah segera dibetulkkan. Dia tersengih bak kerang busuk."Takdelah puan. Saya cuma nak pergi habiskan masa lapang saya dekat library. Tu je"

"Library?" riak wajah wanita berusia itu jelas terpampang betapa dia sukar mempercayai apa yang dikatakan oleh cik mudanya.

Selama dia berkhidmat sebagai maid sejak dulu lagi, dia yang memerhatikan perkembangan cik muda dengan kedua-dua belah matanya. Tidak pernah walau sekalipun cik mudanya menunjukkan minat dengan bidang berkaitan akademik mahupun magis.

Masa lapangnya selalu dihabiskan dengan bermain dan meghiaskan diri.

Sungguh, dia hairan dengan perubahan mendadak yang ditunjukkan oleh cik muda Veronica.

Veronica berdeham perlahan. Cuba mengembalikan tumpuan Puan Marcia yang sepertinya sudah terbang jauh.

"Jadi, saya minta diri dulu lah puan. Yang makanan tu, nanti sahajalah saya makan"

Sejurus berkata demikian, cepat-cepat Veronica mengorak langkah pergi meninggalkan wanita itu . Tidak mampu lagi dia berhadapan dengan pelbagai soalan yang bakal diajukan.

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now