𝟏𝟖- ' 𝐂𝐨𝐢𝐧𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞'?

160 26 3
                                    

"APA yang gadis itu buat di tempat sebegini?" Freud menderam marah.

Matanya tidak lekang memandang susuk tubuh kecil milik puteri kesayangan dari keluarga bangsawan Marquis Irven. Enak sekali gadis itu berlegar-legar di setiap kedai tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang mungkin terdedah kepada bahaya luar.

Bukankah gadis itu tidak pernah menjejakkan kakinya ke luar kawasan selain dari rumahnya sendiri? Jadi bagaimana dia boleh tersesat ke sini? Di tempat yang dipenuhi rakyat biasa? Bahkan situ juga jarang sekali untuk melihat bangsawan bergaul dengan persekitaran tiada kelas.

Ah,tidak boleh jadi ini!Dia mahu mengekori gadis itu  secara senyap-senyap namun tindakannya dihalang oleh orang bawahannya yang mengikut dalam misi rahsia mereka.

Dia baharu sahaja memberkas sebilangan besar menteri kabinet yang telah  berkhidmat dibawah kuasa ayahandanya di sebuah casino berdekatan kerana melakukan aktiviti perjudian dengan menggunakan wang hasil pengutipan cukai rakyat.

Dia sebagai Putera Makhota tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan orang-orang tua bedebah lagikan tamak haloba itu menggunakan kuasa mereka sesuka hati!

Setelah mengumpul hasil siasatan selama hampir dua bulan, akhirnya pada malam itu keadilan dapat ditegakkan.

Dia berpaling seketika untuk memandang ke arah orang bawahnya.

"Patik mintak ampun tuanku,benarkan patik bertanya siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh tuanku?" Soal remaja lelaki berambut coklat.

Matanya memandang Putera Freud dengan pandangan keliru. Jelas sekali dia bingung melihat boss besar merangkap Putera Makhota Kerajaan Gelrore menunjukkan sebarang perasaan selain wajah default bekunya.

"It's none of your concern,Luke . Kau pergi dulu tanpa aku. Nanti aku menyusul dari belakang" jawab Frued dengan dingin.

"Ah? Tapi..."

"Didn't I made myself clear? Or, did you think you can disobey me?" Mata hijau zamrud itu bersinar garang. Mood dia makin merudum jatuh saat  masa berharganya dibuang dengan berbicara bersama orang bawahannya.

Tidak faham bahasa ibunda lagi ke? Putera Freud berdecit kegeraman. Hatinya sedikit gelisah mengenakan yang dia mungkin akan terlepas mengejar kelibat gadis kecil tadi.

'please, please be somewhere I can spots you...' rayunya dalam hati.

"I didn't dare to do so,your highness" dia menundukkan tubuhnya lalu lesap seperti kehadirannya tidak pernah wujud disitu. Sudah semestinya kemahiran itu amat  dia perlukan sebagai assassin upahan yang ditugaskan menjadi Shadow knight pilihan Putera Freud untuk menjalankan misi bersama.

Dia menghela nafas berat. Akhirnya kurang satu beban di atas bahunya. Nasib dia mempunyai orang bahawan yang mendengar kata dan bukan jenis menyibuk akan perihal dirinya.

Putera Freud kemudian mengatur langkah mengelak dari bertembung dengan orang sekeliling yang lalu lalang sambil matanya mengimbas setiap satu pejalan kaki. Kain kerudung itu ditarik sehingga hanya menampakkan matanya sahaja.

Akhirnya dia menemui sesosok tubuh kecil yang sedikit terselindung dari pandangan mata. Target dikenal pasti. Bibirnya mengukir senyuman lega.  Disitu rupanya si gadis berada.

Dengan penuh yakinnya dia melangkah mendekati tubuh itu. Demi mengejutkan gadis itu, dia hanya diam memerhati sahaja perbualan yang berlangsung antara Veronica dengan penjual roti.

"Pakcik, satu ni berapa?" Soal Veronica dengan ceria. Jari telunjuk di hala ke arah roti berbentuk beruang. Sedapnya. Perut sudah bekeroncong. Air liur diteguk perlahan.

Disebabkan terperap dekat perpustakaan dari ke petang sehingga dia terpaksa mendengar Charles membebel, akhirnya baru Veronica sedar yang dia tidak menjamah apa-apa pun selain sarapan yang dimakannya pada waktu siang tadi.Huh, semua salah Charles!

"  1 Opel,cik adik manis. Kami sekarang ada promosi buy 1 free 1" balas penjual roti itu berasa senyuman business nya.

Sistem pertukaran mata wang  di dunia otome game yang Veronica hidup sekarang ini sangat berbeza dengan apa yang dia ketahui ketika hidup di bumi. 1 Opel bersamaan 2 keping syiling gangsa, 1 Lopez bersamaan 1 keping syiling perak dan 1 Oregon bersamaan 1 keping syiling emas.

Agak complicated, tetapi mujurlah Veronica ada baca tentang itu ketika dia menghabiskan masanya di perpustakaan. Takdelah dia macam rusa masuk kampung.

"Oh? bungkuskan satu roti pakcik,saya nak" ujarnya.Veronica sedikit terkial-kial untuk mengeluarkan syiling dari uncang yang dibawa bersama sekali.

Belum sempat dia menghulurkan wang , sudah ada tangan yang lagi pantas menghulurkan wang berupa 1 Oregon kepada penjual roti tersebut.

"Bungkuskan dua.As for the money, Keep the changes" ujar suara beku di sebelahnya.

Huh, dari celah mana pulak manusia terlebih kaya ni datang? Sesuka hati dia  aje.

"Nah, terima kasih kerana membeli.Sila datang lagi"

Wang dan bungkusan roti bertukar tangan.

Roti yang masih lagi panas itu ditekap ke muka Veronica.Dek tindakan tanpa amaran itu telah menghalang pandangannya dari melihat si pemberi.

"Kau asal merayap dekat sini? Kebulur sangat ke sampaikan kena mengemis dekat tempat orang-orang biasa?"perli seseorang.

Mata biru laut Veronica membutang besar. Sekejap, dia kenal yang amat suara itu serta gaya percakapan serupa macam malaun takde adab!

"K-kau??"

"Aku apa? Cakap tu boleh tak jangan macam OKU. Tergagap-gagap. Nanti kurang hantaran kahwin kau" bidas Putera Freud selamba. Roti berbentuk beruang dimasukkan ke dalam mulut lalu dikunyah sambil memandang tepat ke arah Veronica tanpa perasaan.

Veronica mengetap giginya sambil melemparkan pandangan tajam yang serupa bilah pedang. Kalaulah pandangan boleh membunuh, sudah lama putera lanun itu dibunuh olehnya banyak kali.

Tangan yang memegang roti berbentuk beruang comel digengam sekuat hatinya. Membayangkan Putera itu dilumat-lumat macam roti tidak bersalah.

"Kau asal pandang aku macam tu? Yelah aku tau aku kacak tahap boleh buat orang lain angau, so aku paham kenapa kau boleh jatuh cinta dekat aku ni" dia menyengih sinis sambil menguak rambut hitam arangnya ke belakang.

Ya ampun, narcissist bangat ini orang! Teriak Veronica dalam hati. Tidak sudah-sudah dia memaki budak itu dalam hati.

"Pleaselah, jatuh cinta? Wey, usus aku ni yang dah jatuh sampaikan nak muntah aku tengok kau" bentak Veronica. Dia tidak boleh fikirkan ayat yang lebih bagus kerana masih lagi terkejut.

"Pergi! Kenapa kau perlu kacau hidup aku sampai ke tahap ini?" Sambungnya. Veronica kemudian melangkah pergi dari  gerai yang menjual roti itu bersama hati yang sebal.

"Suka hati akulah, kan aku ni tunang kau? Salah ke aku nak ambik berat pasal tunang aku sendiri?" Ujarnya sambil mengangkat kening.

"Sejak bila aku ni tunang kau? Kita takde apa-apa kaitanlah!" Marah Veronica. Matanya menjeling tajam me arah Frued yang entah bagaimana boleh menyamai langkahnya.

"Bila aku kata kau tu tunang aku,maknanya kau tu tunang aku.Titik.Noktah.The End,bebal lah kau ni"

Yup, she definitely can commit the treason right here, right now.

Yup, she definitely can commit the treason right here, right now

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now