𝟏𝟕- 𝐒𝐧𝐞𝐚𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐎𝐮𝐭

153 24 1
                                    


VERONICA membenamkan wajahnya jauh ke dasar bantal empuk supaya dia dapat lari.

Iya, lari dari bebelan berpanjangan tanpa noktah si Charles.

"Cik muda tahu tak hampir merata saya mencari cik muda?nasiblah saya muda lagi kalau tak dah laman saya kena strok jantung! Oh tolonglah cik muda, janganlah menghilang tanpa berita macam harini. At least cuba informkan keberadaan cik muda supaya saya tak risau separuh mati? Hmm?"

Gadis bersurai emas bernama Veronica hanya mampu mengerang kebosanan. Mata biru laut itu berputar untuk keberapa kalinya.Kalaulah ada butang 'silent mode' supaya dia boleh mute kan Charles, alangkah bahagianya hidup ini?

"....dengar tak cik muda?ish,mengelamun pulak dia ni"

Dia menarik nafas sedalam yang mungkin,"Ya Charles saya dengar. Lepasni saya janji saya tak buat lagi ,ok?" Jari kelingking disua ke arah Charles dengan harapan dapat menutup kuliah motivasi diri.

Charles memuncungkan bibirnya. Namun jari tetap bertaut dengan cik muda Veronica,"janji?"

"Iya,janji. Kalau nak saya tambah lagi...saya akan buat nota memo tampal dekat meja belajar saya. Tarikh,tempat dan masa sekali" usik Veronica,cuba untuk menceriakan kembali suasana.

"Cik muda ni memain lah.Nasiblah Tuan dan Puan besar telah berangkat pergi ke Whicnesur atas sebab urusan penting. Ni kalau diaorang tau cik muda buat hal...?" Seloroh Charles.

Wajah Veronica memucat. Dia segera menggelengkan kepalanya," tidak,jangan bagitau mereka fasal hal ini! Please? Betul saya dah insaf. Takkan mengulangi kesilapan yang sama"

Kalau ayah dan ibunya juga masuk campur,memang dia takkan lari dari sesi bebelan tiga hari tiga malam bersama mereka.

Mungkin sahaja dia memiliki tubuh Veronica namun bukan skill 'masuk telinga Kiri,keluar telinga kanan' milik Veronica sejati.

Tidak dia masih lagi Melissa yang tidak suka mendengar bebelan orang!

"Good. Now that we're clear, it's time for you to go sleep, milady" ujar Charles dengan lembut.

Salah dia jugak kerana memberikan kata-kata berupa 'nasihat' sehingga tengah larut malam. Kesian cik mudanya.

"Saya undurkan diri. Tidur dengan nyenyak cik muda Veronica" sejuru selepas berkata sedemikian Charles terus menutup pintu bilik Veronica serapat yang mungkin dengan penuh berhemah.

Akhirny,tiada lagi dendangan bebelan dari si butler annoying! Hooray! Veronica menjerit kegirangan.

Setelah memastikan dia tidak lagi mendengar bunyi telapak kaki berlegar-legar di korridor biliknya, Veronica membuka semula mata yang tadinya terkatup rapat.

Dia sengaja berpura-pura terlelap selepas membuat akad janji dengan Charles.

Keadaan bilik luas itu mulai sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.

Mata dikerling memandang jarum jam yang baru menginjak angkat 10 malam. Ah, awal lagi ni.

Veronica tidak merasa mengantuk mahupun penat. Tenaga yang dikeluarkan tidak melebihi satu per empat jumlah keseluruhan kapisiti tenaga yang ada dalam tubuhnya.

"Should I do it tonight?" Katanya sendirian.

Rasanya, malam itu dia perlu juga buat!

Ia, dia sudah bertekad untuk keluar dari rumah agam itu secara senyap-senyap atas tujuan membuat 'tinjauan' lebih lanjut tentang pekan yang terletak berdekatan Rumah Agam Marquis Irven. Lagi pula, dia sudah memastikan bahawa malam itu jugak,mengikut jadual untuk pengawal membuat rondaan kelilingi bangunan,jumlahnya tidaklah ramai seperti malam-malam sebelum ini.

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now