𝟒- 𝐀𝐥𝐫𝐞𝐚𝐝𝐲 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧

577 110 21
                                    

"Abang... patut ke kita panggil doktor semula untuk memeriksa keadaan Veronica?"

SEDANG asyik membelek wajahnya, Veroinca tidak menyedari bahawa ada mata yang memandang perilakunya yang semestinya kelihatan sangat lucu dan aneh dari pintu biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEDANG asyik membelek wajahnya, Veroinca tidak menyedari bahawa ada mata yang memandang perilakunya yang semestinya kelihatan sangat lucu dan aneh dari pintu biliknya.

Mata-mata tersebut dimiliki oleh tidak lain tak bukan Marchioness Vanessa dan Marquis Irven sendiri.

Mereka berasa ada yang tidak kena dengan perilaku anak kesayangan mereka sejak Veroinca sudah terjaga semula dari koma. Agak-agak skru dalam otak kesayangan anak mereka dah tercabut ke?

Vanessa mendekatkan dirinya sambil berbisik di telinga suami tercinta,

"Abang, patut ke kita memanggil doktor semula untuk memeriksa keadaan Veronica? Jangan-jangan anak kita sudah disampuk dengan syaitan agaknya. Sebab itulah perangainya lain-"

belum sempat Vanessa menghabiskan ayatnya Irven memotong.

"Sayang, tak baik awak kata macam tu. Entah-entah Veronica tu cuma membelek-belek wajahnya sebab nak cari jika ada parut atau luka yang berada di wajahnya. Macamlah awak tak tahu perangai anak kita tu, sayang oi! Si Veronica tu kan mementingkan kecantikan dan kesempurnaan dirinya "

dengan penuh panjang lebar Marquis Irven mentarbiahkan isteri kesayangannya tentang keadaan anak mereka.

Namun, jauh di dalam lautan fikiran Irven, dia memikirkan kata-kata isterinya. Ada benarnya juga.

Kemusykilan tentang perubahan mendadak Veroncia seakan-akan sebuah kes yang perlu diselesaikan.

Maka, tidak semena-mena, fail imaginasi yang bertajuk 'Keanehan perangai Veronica' diwujudkan.

Manakala, Vanessa terus terdiam. Jika difikirkan kembali, memang ada logiknya apa yang diperkatakan oleh suaminya.

Mereka sudah masak benar dengan perangai mengada-ada atau lebih spesifik lagi, 'Princess Syndrome' yang dihidapi oleh anak perempuan kesayangan mereka.

Pernah suatu ketika dahulu, Veronica bermain di Taman Rose Indah lalu tak semena-mena lengannya tertoreh dengan duri bunga ros.

Alah, luka sedikit je pun namun kerana luka itulah yang mengegarkan seluruh kawasan rumah agam mereka dengan raungan Veronica.

Ada sahaja yang tidak kena dimatanya sepanjang luka tersebut beransur pulih.

"Betul juga kan, bang. Perasaan saya je kot"

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now