𝟐𝟎- 𝐎𝐧𝐞-𝐬𝐢𝐝𝐞𝐝 𝐃𝐞𝐚𝐥

163 23 0
                                    

A few weeks ago...


"Kau telah malukan aku, Putera Freud Wesler III daripada keturunan kerabat diraja,jadi kau perlu bertaggungjawab!"

Dahi Veronica berkerut seribu.

'apa masalah Putera ni? Tak habis-habis nak bagi aku masalah. Serabutlah,' keluh Veronica.

Namun persoalan terbesar sekarang
ini adalah, apa dia yang perlu bertaggungjawab?

"What did I  do to you that's makes  me had to take  the responsibility?"

"For assaulting me"

"Hah?"

"Kura-kura dalam perahu,buat-buat tak tahu pulak kau? Ini apa?" Dia menunjukkan lebam yang mulai membiru di bahagian lengan. Kulit cerahnya membuatkan lagi kesan itu kelihatan agak teruk.

"So?" Kening Veronica diangkat penuh musykil. Lah, lemahnya antibodi. Kata putera tapi nampak gayanya macam puteri aje. Kutuk Veronica dalam hati.

Ni kalau diketahui dek si putera cilik dihadapnnya sudah tentu pengakhiran hidupnya sama disini sahaja. Jangan kata nak survive, nak menanti esok tiba pun belum tentu lepas.

Sudahnya Veronica hanya mengunci mulut. Menanti jawapan dari Putera Frued dengan sabar.

Putera Freud mengetap giginya dengan geram." Tidakkah kau mengetahui bahawa jika didapati mencederakan seseorang dari kaum kerabat diraja pesalah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati? Kau bebal ke?"

"Tapi saya cuma melakukan self-defense kerana Putera itu sendiri menyakitkan hati?" Kepala dilentok ke tepi.

"Ah, takde! Pokoknya kau akan bertanggungjawab kalau taknak hal ini dibesarkan! Keluarga Marquis Irven sekadar bangawsan kelas kedua. Cukupkah kuasa keluarga kau menentang kuasa yang dipegang oleh keluarga Diraja Wesler? We didn't lost anything if we're against you, pheasant" angkuh sekali bicaranya.

Veronica terpaku. Kenapa alur plot ini seperti dia pernah nampak?tapi kenapa situasi nya berlainan sekali dengan yang orginal?

Kalau dalam game seingat Veronica ketika bermain sebagai Melissa, agenda ini pernah terlayar sebagai flashback ketika saat-saat terakhir hidup Veronica. Katanya dia amat menyesali memaksa Putera supaya mengambilnya sebagai tunang .

Namun lihatlah situasi sekarang! Kenapa si sewel ini mahukan pertunangan dengannya? Walaupun susur galur plot ini hampir sama dengan original namun ia tetap berbeda!

"Kenapa tuanku begitu terdesak sangat?"

Wajah putih bersih milik Putera memerah. Jari telunjuknya ditunding ke arah Veronica," M-mana ada! Shut up and take the responsibility!"

Dia menyuruh pembantunya yang entah muncul entah dari mana menyediakan pen dan kertas magis.

Jika sesuatu perjanjian itu termenterai dengan menggunakan dakwat serta kertas magis itu maka, secara sah nya perjanjian itu termakbul dan jika terdapat pihak yang melanggar perjanjian itu, akan menerima hukuman maha dahsyat.

Jika sesuatu perjanjian itu termenterai dengan menggunakan dakwat serta kertas magis itu maka, secara sah nya perjanjian itu termakbul dan jika terdapat pihak yang melanggar perjanjian itu, akan menerima hukuman maha dahsyat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now