𝟐𝟐- 𝐍𝐞𝐠𝐥𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐃𝐮𝐭𝐲

196 22 3
                                    


TOK! TOK!TOK!

Pintu kamar milik anak mereka, Veronica di ketuk buat kesekian kalinya. Namun, masih tidak  lagi kedengaran sahutan seperti kebiasaan.

"Abang, kenapa dia tak buka pintu lagi. Dia tak sudi ke nak jumpa kita ni? " Sayu sekali Marquess Vanessa bersuara.

Serasa mahu meraung disitu juga bila pemikiran sudah overthinking banyak benda negatif.

Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan satu-satunya anak kesayangan  mereka,pasangan suami isteri itu akan menjadi auto sensitif.

"lah Ayang ni pun. Cubalah berfikiran positif sikit. manalah tau budak tu tak dengar ke, tidur ke...macam manalah dia nak dengar" tegur Marquis Irven.

Kain napkin yang setia dalam gengganmannya digigit tanpa sedar oleh Marquess Vanessa. Antara tabiat  buruk dia lakukan acap kali dia dirundung panik atau overthinking.

"Daripada kita berdiri dekat luar ni macam statue bernyawa,apa kata kita masuk je,bang?" Vanessa melontarkan cadangan.

Marquis Irven mengangguk perlahan.

Pintu yang disangka kunci dari dalam dipulas dengan penuh berhati-hati. Tanpa disangka oleh mereka berdua,pintu tersebut telah terbuka.

Pasangan suami isteri itu menapak perlahan-lahan menuju ke arah  tempat beradu puteri kesayangan mereka.

Terlihat figura anak kecil yang asyik sekali berselubung dengan selimut menutupi seluruh tubuh badannya.

Wajah anak kecil itu sailing tidak tumpah seperti ibunya, Marquess Vanessa yang kini merenungnya dengan penuh kasih sayang.

" Dia tertidur rupanya... Kesian anak ibu" bisik Marquess Vanessa perlahan.

Kepala Veronica diusap perlahan. Sebuah senyuman mekar di hujung bibir melihat anak kecil itu memberikan respond untuk mendekati sentuhannya.

Tak semena-mena,

"Tidak...ibu... jangan tinggalkan saya,ibu..." Veronica teresak-esak dalam tidurnya. Mata yang terkatup rapat itu mulai berlinangan air mata.

"Sayang? Veronica? Hey, kenapa ni?" Bertubi-tubi Vanessa menyoal.

Dia panik.

Bahu anak gadisnya digoncang perlahan. Pipi segebu pau itu sesekali ditepuk.

"Nessa, jangan buat macam tu.Kan budak tu tidur lagi...sampai ke hati awak nak kejutkan dia?"

Marquess Vanessa menggigit bibirnya. Perasaan sudah berperang sesama sendiri sama ada mahu mengejutkan Veronica yang sepertinya mengalami mimpi ngeri atau membiarkan sahaja perkara itu berlaku tanpa berbuat apa-apa.

Oh, sesungguhnya dia tidak sanggup membiarkan sahaja kesakitan yang ditanggung oleh anak gadisnya itu!

Biarlah dia ringankan beban Veronica walau sebesar zarah.

"Ibu...tolong...panas" Veronica mengerang kesakitan. Dahinya mulai dibanjiri peluh dingin. Seluas bibir itu sudah bertukar warna kebiruan.

Tangan si kecil itu terawang-awang di udara untuk menggapai sesuatu.

Vanessa tidak mampu menahan dirinya lagi. Dia terus mendakap tubuh kecil milik Veronica serapatnya ke dada dia.

Sambil-sambil itu tangannya tidak sudah-sudah mengusap suraian emas Veronica dengan harapan kesakitan dialami oleh si kecil dapat berkurangan.

"Sushhh, iya ibu ada ni dengan kamu..." Pujuk Vanessa.

"Abang dah panggilkan puan Marcia supaya bawakkan mangkuk dengan kain untuk dilap"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now