𝟏 - 𝐔𝐧𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐅𝐚𝐭𝐞

837 130 79
                                    

Bagaimana caranya untuk menukar takdir hidupnya yang telah ditetapkan dalam permainan?

Bagaimana caranya untuk menukar takdir hidupnya yang telah ditetapkan dalam permainan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA berdiri di tengah-tengah alam yang dihiasi langit biru . kabus tebal mengelilingi tempat misteri tersebut.

Dia memandang ke bawah dan melihat,  pantulan imej langit biru. Double side mirror?

Dia membelek-belek tapak tangannya yang kelihatan seperti lutsinar. pucat tak berdarah.

Melissa terasa badannya terapung-apung di udara. Tak semena-mena memori dia semasa dia hidup di dunia menerjah masuk.

Ya, sebenarnya dia sudah pun mati.Dia tahu akan kematiannya. Selama dia hidup dia puluh lapan tahun,dia hanya bermain permainan video pada waktu lapang dan memperhambakan dirinya dalam dunia penyelidikan.

Dia mendapat kelulusan peringkat Doktor falsafah atau Ph.D dalam jurusan Scientific Research dikala umurnya mencecah usia sembilan belas tahun.

Melissa memulakan kerjayanya sebagai profesor di salah sebuah universiti terkenal antarabangsa dan menjalankan penyelidikan nya secara privasi.

Kejayaannya dalam menempah nama dalam dunia penyelidikan menggemparkan seluruh dunia.

Siapa yang tidak mengenali dirinya? Profesor paling muda,genius segenius Albert Einstein, cantik lagi begaya macam Miss Universe . Sayangnya, selepas umurnya memasuki angka dua puluh tiga tahun, Melissa bercadang untuk bersara.

Hanya satu sebab dan satu matlamat.

Untuk bermain permainan video game kegemarannya atau lebih tepat lagi Otome Game. Wang simpanannya yang sudah menggunung dan tidak dicuit sedikit pun itu sudah dia gunakan untuk membeli dan melanggan pelbagai jenis Otome Game yang menjadi idaman hati.

Huh, setelah membeli hampir seluruh stok edisi terhad mahupun yang terkini, wang simpanannya di dalam bank masih lagi tidak susut-susut, malah makin bertambah.

Well, bukan nak berlagak tapi, dia juga mengusahakan kilang keluaran makanan organik yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Melissa tersengih-sengih sendirian mengenangkan kejayaan dirinya di kehidupan yang lama, sehinggalah di saat-saat nafasnya yang terakhir. Teringatkan kembali cara dia mati boleh dijadikan bahan jenaka atau pun, lebih tepat lagi... masuk Berita Harian.

Dia mati kerana serangan jantung yang tiba-tiba menyerang ketika dia baru sahaja menghabiskan bermain permainan Otome Game yang baru dilanggan beberapa hari lepas, diakhiri nafasnya dia sempat menekan butang 'save' selepas bermain permainan video buat kali yang terakhir.

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now