𝟏𝟑-𝐒𝐪𝐮𝐚𝐛𝐛𝐥𝐞

241 38 7
                                    

SUASANA hening seketika.

Soalan yang diajukan oleh Melissa, tidak terjawab.

Veronica menekur memandang lantai marble bersama mata yang berkaca-kaca.

"So? Takkan soalan kacang macam ni pun kau takleh jawab?," dengan sinis Melissa membidas.

"Mane perginya confident kau? Bukan tadi kemain ke intro diri dekat aku. Siap tak bagi salam lagi tu"

Veronica mengigit hujung bibir penuh rasa kekesalan. Iya,dia mengaku kehadirannya tidak berundang itu memang kelihatan sangat tidak beradab.

Namun, dia mengenepikan perasaan bersalah itu jauh sejauhnya dari sudut hati.Dia tidak punya banyak masa lagi!

"look, the point is ...kau seorang je yang aku boleh harapkan Mel"

Sedaya-upaya Veronica menutur kata dengan lemah lembut. Memang bukan gayanya untuk bercakap sopan macam gadis ayu. Eww.

Namun untuk membuatkan Melissa bersetuju untuk berkerjasama, dia perlu bertahan! Yup!

Melissa mengangkat keningnya. Agak terkejut melihat perubahan drastik Veronica yang lagikan aneh dihadapan mata.

Dia mengeluh perlahan. Imej 'kaki buli' yang ditonjolkan sudah berakhir. Melissa sedar dia tak layak nak menghukum Veronica tanpa mendengar penjelasan daripada pihak yang lagi satu.

Api kemarahan sudah lama terpadam sejak melihat sekujur tubuh yang suatu ketika dahulu gah berdiri penuh bongkak dibalik screen phone  kini meringkuk ketakutan. Hati milik seorang gadis itu tidak tegar untuk terus berasa marah terhadap Veronica.

"Baiklah, apa yang boleh aku tolong?"

Kepala Veronica terangkat naik. Iris kebiruan warna laut itu bersinar gemerlapan. Bibir semerah delima terbentuk indah merekah dengan senyuman. Namun seketika wajah indah milik Veronica berkerut.

Dengan penuh berhati-hati seperti seekor kucing yang telah membuat onar dan mahu menagih simpati tuannya, dia bertanya,

"Kau...dah tak marahkan aku? Kau sudi nak tolong aku?"

Melissa menggulingkan bebola mata dengan rasa bosan. Aduhai, dah kata dia ok aje lagi mau tanya?

"Just straight to the point. Kau tau kan sekarang ni dah pukul berapa? Memang mental aku ni setara orang dewasa tapi tubuh kau yang aku tengah diami ini masih lagi kanak-kanak. Mata ni dah berat semacam. Kang aku halau kau keluar baru tau"

Ugutan Melissa berjaya membuatkan antagonis bersurai emas itu panik.

"Macam ni,aku kan ada cerita dekat kau pasal kuasa misteri yang kawal segala pergerakan aku ..."

Melissa mengangguk perlahan. Cuba mencantumkan kepingan-kepingan infomasi yang berselerak.

" Aku rasa kuasa misteri tu memerlukan perasaan negatif untuk terus mendominasi"

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now