nikah

574 22 14
                                    



Perkahwinan yang ringkas itu selesai dilaksanakan dalam beberapa jam sahaja. Tetamu-tetamu yang diundang mula beredar pulang setelah menikmati juadah mewah yang disediakan.

Si pengantin perempuan duduk termenung diatas katil yang dihias dengan bunga lily putih, scented candle berbau lavender menaikkan aura bilik pengantin baru.

Dia tidak inginkan perkahwinan ini.
Meskipun mengahwini seorang lelaki rupawan idaman seluruh pelusuk dunia, harta kekayaan setanding menteri-menteri ternama, dan dikurniakan mertua yang peramah dan menerimanya seadanya..

Dia benci untuk digelar isteri kepada lelaki itu. Choi Yeonjun ataupun lebih dikenali dengan panggilan Darwan.

Seorang lelaki bermata iblis. Berbatin durjana. Dilahirkan dengan satu kekurangan. Dia tiada sifat kasih sayang.

Perkahwinan ini berlaku kerana mereka disumpah. Setelah mereka diikat, tiada apa boleh memisahkan mereka lagi. Mereka tidak boleh bercerai langsung, walau apapun berlaku dalam alam perkahwinan itu.

Begitulah perjanjian yang sudah termeterai. Jika perceraian berlaku sekalipun, tiada satupun dikalangan mereka boleh hidup.

Mereka bakal hilang bagai debu berterbangan.



















Mampukah Naayla memulakan episode pertama hidupnya sebagai isteri manusia separuh iblis itu?

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now