syarat

287 17 12
                                    

/flashback/




"Perempuan itu.. akan menjadi isteri kau", hujung tongkat Bomoh Mak Tok Sihir itu dituju kearah seorang wanita sedang khusyuk membaca dibawah suatu pohon rendang. Mata Darwan turut sama melirik kearah dimana tongkat itu ditunjuk.

"Orang lain tak boleh ke Mak Tok? Perempuan tu nampak innocent sangat", yeonjun tidak berkenan. Matanya yang boleh scan tahap innocent seseorang itu sedang ralik melihat ke dalam jasad wanita itu.

"Tak boleh cu, kau tu dah separuh iblis. Kalau nak dengan gadis sama iblis dengan kau, Mak Tok bimbang huru-hara perkahwinan kau nanti".

"Lah, bukannya memang akan huru hara jugak ke?", yeonjun mengibas jacket hitamnya kerana terasa panas dengan cuaca yang agak cerah pada hari itu.

"Ada satu perkara kau harus tahu tentang sumpahan ini.."




1. Api harus dengan air. Jika yeonjun api maka bakal isterinya harus air.

2. Perasaan cinta boleh dipupuk tetapi itu bergantung kepada yeonjun sebagai ketua keluarga. Jika dia tidak mahu, maka pengantin perempuan tiada hak apa-apa berkenaan hak batin.

3. Tidak boleh ada anak dalam masa setahun selepas perkahwinan.


"Kenapa tak boleh?", yeonjun segera bertanya tidak berpuas hati.

"Ada risiko besar dia. Tapi Mak Tok tak boleh beritahu lagi. Kau cuma harus ikut peraturan ini buat masa sekarang...".

"Baiklah Mak Tok. Saya cuma nak hidup lama. Saya rela kahwin dengan wanita saya tidak pernah kenal asal usul dia. Yang penting saya boleh hidup lama, lebih lama dari semua manusia didalam dunia ini".

Darwan bangkit dari kerusi itu lalu berjalan menghampiri Naayla yang masih sedang khusyuk membaca buku itu. Rambutnya lembut dibelai bayu siang hampir menutup separuh mukanya. Dia menyelit rambutnya kebelakang telinganya lalu membelek halaman baru.

Dia berhenti membaca tatkala dia berasa seseorang berdiri dihadapannya. Dia mendongak keatas dan melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam, rambutnya juga hitam dan beberapa utas rantai besi terkalung dilehernya.

Matanya yang monolid merenung tajam kearah Naayla. Si gadis kaku di tempat duduknya.

"Iya? Kenapa encik?"

"Jadi isteri saya. Dan kau tak boleh tolak lamaran ini"

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now