jenayah pertama

212 16 16
                                    

Warning ⚠️ : abusive and blood content













Jenayah pertama •

"Kau ni tak pandai main ah! Dah ah pergi keluar dari team kitorang!", satu tolakan kasar dan kuat menyinggah di tubuh yeonjun. Dia jatuh terduduk di atas tanah berdebu itu. Dia tidak memberi reaksi sedih mahupun sakit.

Kanak-kanak yang baru membesar di usia 8 tahun itu duduk terkebil-kebil melihat si gendut tersengih jahat dari pandangan atas.

"Kesianlah mak ayah kau lahirkan anak tak reti sepak bola! Aku yang gemuk ni pun boleh main tau! Kau boleh buat apa je? Aku dengar kau pun suka ponteng kelas cikgu Lee,patut ah tak bijak2 hahahahahaha", tidak henti-henti maki hamun dilontar kearah yeonjun.

Yeonjun bangkit dari tanah. Dia menyapu sisa kotoran debu melekat di seluarnya. Sepatah kata pun tidak keluar darinya. Dia mengangkat dagunya, melihat tepat kearah si gemuk itu yang sama paras tinggi dengannya.

"Aku boleh.. hancurkan hidup kau", satu smirk diberikan, penuh maksud.

"HAHAHAHAHAAH", hamburan tawa dari si gendut bersama rakan-rakannya tatkala mendengar yeonjun cuba pertahankan diri.

"Buktikan lah", si gendut menyilang kedua tangannya. Membuat mimik muka minta kaki.

Entah dari mana, satu pisau lipat dikeluarkan dan dalam sekelip mata,

Percikan darah merata-rata. Teriakan dari kanak-kanak itu memecahkan suasana padang bola itu.

Bukan perut. Bukan leher. Bukan juga lengan yang dikelar.

Tetapi alat kelamin.

Putus separuh.

Si gendut itu pengsan. Darah masih memancut-mancut dari jutaan arteri yang terputus.

Rakan-rakannya melarikan diri, untuk mendapatkan ibu bapa masing-masing. Meninggalkan si mangsa bersama si pelaku yang bertindak kejam secara tiba-tiba..

Darwan menyeringai ngeri. Matanya mampat dengan aura kejahatan dan kepuasan. Tangannya erat memegang pisau lipat yang setia di dalam koceknya sentiasa.

"TOLONGGG ADA ORANG GILAAA!!", jeritan kanak-kanak sebayanya itu berlari mendapatkan perhatian orang awam.

Tetapi Darwan berjaya melarikan diri, pulang kerumahnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu, kedua ibu bapanya kebetulan berada di ruang tamu, terkejut melihat si anak berlumuran darah di tangan, serta beberapa kesan percikan di baju.

"Darwan... ? Apa yang terjadi nak??" ,si ibu segera mendapatkan satu-satunya anak teruna kesayangannya. Ditangkup kedua pipi yang kecil itu, anak matanya masih hitam membesar.

"Darwan potong bebird orang.. Ibu", jawab si anak, diikuti dengan tawa yang menakutkan.

Tuan Darwin menepuk bahu Puan Nuran, membisikkan sesuatu,

"Bawa dia ke bilik bawah tanah. Sembunyikan buat sementara waktu. Biar saya selesaikan kacau bilau ni".







Tokk tokk tokk

Ketukan pintu kedengaran. Tuan Darwin membuka pintu. Tiga lelaki berpakaian seragam polis dihadapannya.

"Kami dapat laporan bahawa anak encik mencederakan rakan sebayanya dengan serius. Mangsa dikhabarkan masih tidak sedarkan di hospital, maafkan kami tapi kami harus tangkap dia untuk direman", bicara salah seorang daripada anggota polis itu.

"Encik.. Sila masuk dulu. Saya sebagai bapanya ada sesuatu untuk bincangkan", Tuan Darwin mempelawa mereka untuk masuk.












Yeonjun dilepaskan daripada siasatan polis. Bapanya meyakinkan polis-polis itu bahawa yeonjun bukan bersikap begitu kerana masalah mental, tetapi masalah batin dalamannya yang disumpah. Beberapa suapan terpaksa diberi kepada polis-polis itu. Tuan Darwin juga menziarahi kanak-kanak malang itu dan memohon maaf bagi pihak Darwan. Segala pembiayaan perubatannya ditanggung 100% oleh Tuan Darwin.

Sejak peristiwa jenayah pertama yang yeonjun lakukan, dia terpaksa diawasi sepenuhnya oleh ibu-bapanya. Dia harus berada dirumah sentiasa dan segala permintaannya harus ditunaikan bagi mengelakkan dia menjadi marah dan bersikap tidak waras.




Namun itu bukanlah jenayah pertama dan terakhir.

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now