perubahan

246 15 24
                                    

"Siap-siap. Kita pergi keluar harini", Darwan berkata seraya menyarung jaket hitamnya dan topi hitam.

"Pergi mana?", soal aku kehairanan. Pelik tiba-tiba nak ajak keluar.

"Pantai"

"Huh? Pantai? Why so sudden?", aku betul2 tak percaya apa yang aku dengar. Ini bukanlah suami yang aku kenal sudah dekat sebulan ini.

Sebelum ini tak pernah sekali dia bawa aku keluar kemana-mana. Keluar ke mana mana lah senang cerita. Kalau aku nak keluar aku cuma bertemankan dengan ibu mertua aku sahaja.

Membeli-belah, beli barang dapur, keluar ambil angin, semua dengan mak mertua aku je.

Kami geng.

"Kau ikut je boleh tak? Banyak tanya la", yeonjun mendengus geram. Perfume di spray beberapa kali ditubuhnya.

Aku menyarung blaus merah jambu gelap tidak perlu gosok dan pleated skirt putih. Aku mengikat rambutku kemas menjadi ponytail. Beberapa oles lipbalm coral pink juga diletakkan diatas bibirku memberi sedikit kelembapan dan warna natural.

Sedang aku masih asyik bersiap di hadapan cermin solek itu, sepasang mata sedang ralit memerhatikan aku.

"Tak payah nak melawa sangat. Takde sapa hingin nak tengok kau jugak".

Aku senyum sinis sambil menutup penutup lipbalm aku. "Sape tengah tenung sekarang? Hm?" , aku memandang kearahnya yang masih melihat aku tanpa berkedip.

Yeonjun menggigit pipi dalam, memutuskan pandangan kearahku. "Perasan nak mati. Aku tengah cakap ngn kau, memanglah aku pandang"

"Kau tak pandang. Kau tenung. Ingat aku tak nampak reflection dari cermin ni ke?", aku mengusik jahat.

Yeonjun mendengus kasar segera keluar dari bilik. Aku tersenyum nakal. Puas hati aku boleh diamkan dia.



▫️▫️▫️▫️


"Kau tunggu sini. Aku nak pergi beli air", yeonjun mengarah aku duduk di sebuah bangku ditepi pantai itu.

"Nak coconut shake", aku order selamba.

"Aku tak cakap nak beli kat kau", yeonjun menjeling tajam lalu meninggalkan aku mencebik masam.

"Apelah nasib kawin ngn dia ni, nak apepun tak oleh, biasalah!", bebel aku perlahan.

Aku memerhati suasana pada petang itu. Matahari hampir saja terbenam ditelan garisan lautan. Burung-burung mula terbang berjemaah pulang ke tempat perlindungan masing-masing. Cuma manusia sahaja yang tak reti-reti nak balik. Ada yang baru tiba, ada juga yang sudah mahu pulang. Semuanya bergantung pilihan masing2 bagaimana mereka mahu menikmati suasana pantai.

Aku melihat beberapa pasangan berjalan beriringan berpegangan tangan di gigi pantai. Si perempuan riang ketawa tatkala si lelaki mengejar dengan tawa yang sama girang.

Kelihatan sangat bahagia. Aku sedikit cemburu.

Aku melihat pula ke bahagian kiri. Satu pasangan bersama dua anak yang masih kecil. Si adik memimpin tangan dengan si ibu, manakala si kakak digendong diatas bahu si ayah.

Aku tersenyum sendirian. Namun jauh disudut hati aku tersakiti.

Aku takkan pernah dapat keluarga seperti itu.

Kenapalah takdir memilih aku? Aku sangkakan hidup aku akan bahagia dengan lelaki pilihan aku, ataupun lepak bersama kawan-kawan sebaya di saat masih single, namun.. Aku dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tiada sifat manusia kerana dia dilahirkan.. separa syaitan.

Yeonjun harus bernikah supaya sumpahan keatas dia kekal selamanya. Dia ingin hidup lama. Dengan bernikah, dia tak akan jatuh sakit, tidak akan jatuh miskin, kekal awet muda. Kerana itulah , dia mahu bernikah. Bukan kerana atas dasar cinta.

Tapi aku pula yang tidak bahagia. Sadis bukan?

Lamunan aku terpotong apabila sebekas air minuman dihulurkan betul-betul dihadapan muka aku. Terbeliak aku dibuatnya.

"Kata taknak belikan", aku menjeling tajam.

"Tak beli pun ni. Buy one free one",jawab Darwan aka Yeonjun.

"Yeke? Hmm okay", aku mengambil coconut shake itu lalu menghirup beberapa teguk. Manis, lemak berkrim. Fuh nikmat.

Yeonjun duduk disamping aku lalu menghirup airnya juga. Aku memerhati dalam diam.

"Jangan tengoklah aku minum air".

"Eh, macam mana kau tahu aku tengok kau?", aku rasa aku tak pandang terlalu obvious. Pusing kepala satu darjah pun tak. Camne lelaki ni perasan?

"Ade dua perkara kau kena tahu pasal aku", yeonjun meletakkan airnya di tanah.

"Pertama, aku boleh baca fikiran manusia. Kedua, aku boleh sense niat jahat seseorang. Tu kelebihan aku".

Aku ternganga perlahan. -jadi selama ni niat aku nak pukul kepala dia masa dia tengah tidur.. Dia boleh sense jugak ke?

"Buktikan, aku nak tengok", aku masih tidak percaya.

"Baik, kau tengok dua ketul manusia kat sana tu", yeonjun menuding kearah pasangan yang berlari ditepi pantai,yang aku nampak tadi.

"Laki tu, dia ada perempuan simpanan. Aku tak kenal dia tapi aku tahu dia curang dengan girlfriend dia".

"Masih. belum. kukuh", jawabku sambil menyilang tanganku.

"Fine, cuba kau fikirkan sesuatu yang kotor"

"Kotor???", aku mengangkat kedua kening aku.

"Kotor.. Macam.. Scene???", yeonjun tidak menghabiskan ayatnya. Tapi aku sudah faham apa yang dia maksudkan.

"GILA!", aku menarik cuping telinganya kuat. Dah ah taknak buat anak suruh pulak aku fikir kotor.

"Eyy apa ni?! Sakittt ahhh", yeonjun menepis tangan aku kuat.

"Kejap, meh sini aku fikir kotor. Ha meh ah baca fikiran aku!"

Aku mula membayangkan sesuatu.

Yeonjun membuat mimik muka annoyed secara tiba-tiba.

"Kucing berak cair? Seriously-"

"hahahahahahhahahaha wehh betulllah! Warna apa taik dia" ,aku tergelak kuat. padan muka kau cik suami.

"mint choco??? Geli bodo dah ah favorite aku buat jadi taik pulak eyy"


Terhibur pulak aku dengan dia. Ini kali pertama aku gelak apabila bersama dengan lelaki ni. Selama ni kami macam awkward.

Setakat ni.

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now