jenayah ketiga

175 15 19
                                    






jenayah ketiga

[ Kolej ]

"

Darwan.. Janji dengan ibu. Sayang tak buat lagi ye? Ibu dan abah perasan ada perubahan kat Darwan, Darwan dah lama tak berkelakuan macam tu, betul kan nak?", bahunya ditepuk pelan sambil kepalanya diusap oleh si ayah.

"Betul ibu. Darwan dah makin baik. Bagi Darwan pergi kolej ya?", kelihatan sinar harapan dari suaranya mulai jinak, tidak seperti dahulu kala di zaman sekolah, seakan singa yang mahu menerkam mangsanya.

Sudah 5 tahun berlalu. Sejak kes dia membutakan mata seorang pelajar dan beberapa kes langgar lari dengan sengaja menggunakan motosikal, dia sudah tidak berkelakuan 'tidak masuk akal' itu. Ibu bapanya bertekad untuk mengurung anaknya, dan menjalankan pembelajaran bersama guru homeschool.

Tetapi nasib malang terhadap guru itu, yeonjun tiba-tiba mengamuk kerana dia tidak dapat selesaikan soalan matematik yang diberinya.

Akibatnya guru itu kehilangan dua batang giginya, dicabut segar bugar dari tangan yeonjun yang kuat.

Tiada siapa lagi sanggup untuk mendekatinya. Kecuali ibu bapanya sahaja.

Akhirnya, yeonjun sekarang berumur 22 tahun, sepanjang itu dia mula berkelakuan natural, seperti seorang manusia seadanya. Ini membuatkan ibu bapanya mulai percaya bahawa sumpahan terhadap anak mereka semakin lama semakin pudar.. Walaupun dia belum lagi berkahwin.

Makanya, dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke universiti. Bapanya menggunakan segala kabel yang ada demi anaknya berjaya masuk ke universiti pilihannya.




[Pada hari pertama pendaftaran]

"Bilik 139.. Bilik 139 ha ni dia!", akhirnya yeonjun berdiri dihadapan bilik bernombor 139, tertera sama dengan kunci bilik di tangannya.

Dia membuka pintu dan masuk kedalam. Dia meletakkan beg pakaian dan beberapa barangan lain ke atas katil yang sudah tersedia. Nampaknya dia cuma menghuni bilik ini bersama lagi seorang saja. Kerana cuma ada dua katil.

Yeonjun merebahkan badannya keatas katil. Disikat rambutnya yang semakin panjang itu menggunakan jari sambil melihat ke arah syiling. Seukir senyuman yang payah ditafsir muncul di bibirnya.

"Akhirnya.. Aku boleh buat kerja lama", senyumannya bertukar menjadi tawa yang jahat.

Knock knock!!

Yeonjun bangkit dari katilnya apabila mendengar seseorang mengetuk pintu biliknya dari luar. Tidak lama selepas itu, seorang jejaka masuk kedalam bilik itu bersama beg pakaiannya juga. Tahulah dia bahawa itu adalah ahli dormnya.

Jejaka itu melemparkan senyuman manis dan menyapa yeonjun, "hai, nama aku soobin, kita roommate nampaknya", katanya sambil melambaikan tangannya yang besar.

Yeonjun cuma senyum kelat dan mengangkat tangannya sebagai tanda "hi juga". Si lelaki tinggi lampai itu segera mengemas barang-barangnya sedangkan katil milik yeonjun masih bersepah tidak dikemas.

"Apa nama kau?", soobin cuba memulakan perbualan.

"Panggil je darwan".

"Oh, umur?", tanyanya lagi.

"22"

"Oh tua setahun aku la ni. Aku 21", soobin masih cuba memanjangkan perbualan. Walaupun dia seorang introvert.

Yeonjun bangun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Dia menekan lock lalu kembali ke katilnya.

"Ada rokok?", tanya si lelaki itu.

"Hah?" , terkejut soobin dibuatnya.

"Please lah ade. Aku lama tak hisap. Last aku hisap 2 bulan lepas".

"A-aku.. Tak hisap", soobin tergagap-gagap.

"SEMAKLAH!", tiba-tiba satu beg berisi baju dilontar tepat-tepat mengenai kepala soobin. Si lelaki itu mengaduh tetapi dia lagi terkejut dengan aksi tiba-tiba oleh ahli biliknya.

"Argghh!", sebilah pisau lipat dikeluarkan dari poket seluar yeonjun. Soobin terbeliak melihat pisau yang masih berkesan darah yang sudah kering itu.

"W-wehh.. Kau.. Kenapa.."

Yeonjun meluru keluar dari bilik, anak matanya bulat menghitam, nafasnya turun naik, matanya memandang kekiri dan kekanan lorong di asrama lelaki itu.

"Aku nak.. BURUNG GAGAK".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Soobin mencari ahli biliknya yang berkelakuan aneh itu di sekitar bangunan asrama.

Dia mahu saja laporkan kepada warden, tapi dia tangguh dahulu. Matanya ligat mencari jejaka memakai turtleneck bersama jacket denim blue itu.

Soobin cuba mencari sehingga ke gelanggang badminton. Namun masih tidak dijumpai roommate yang baru dia kenal 10 minit itu.

Akhirnya, dia nampak sebatang tubuh, duduk bercangkung di atas atap rendah ampaian asrama, soobin menyepetkan matanya, cuba melihat dengan lebih jelas.

Mulutnya ternganga luas. Tidak mempercayai apa yang sedang disaksikannya.

Yeonjun. makan. burung gagak. hidup hidup.






The evil soul inside him is starving. So that's why yeonjun is eating crow. ( ̄∀ ̄)

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now