bertarung sendirian

157 13 11
                                    



Your heartbeat is my favorite music

But what if one day I couldn't listen to it anymore?











Akibat terlalu terkejut dan trauma, air ketuban Naayla pecah dan dia mula berdarah. Jangkaan dia bersalin sepatutnya lagi 2 minggu, tetapi setelah apa yang terjadi, dia segera dimasukkan kedalam wad bersalin.

"S-suami saya.. Suami saya..", dua perkataan yang hanya keluar dari mulutnya dari tadi.

Doktor bidan memutuskan untuk Naayla bersalin secara normal. Dia bersama jururawat yang lain bersedia sedia untuk menyambut kelahiran tiga kembar itu.

"Puan, tolong bertenang. Banyakkan bersabar. Suami puan sedang dirawat ye, banyakkan berdoa. Fikirkan tentang anak-anak puan sekarang ni, nyawa mereka sangat penting, nyawa puan juga ye.."

Naayla masih tidak dapat melupakan tragedi yang baru sahaja berlaku 30 minit tadi,






























"ANAK KAU AKAN MATIII!!", pisau itu dilibas pantas kearah Naayla.

Yeonjun turut bertindak pantas dengan menghalang tangan si lelaki kurus itu. Lengannya terhiris, luka yang agak panjang. Tapi dia tidak hiraukan rasa pedih dan titisan darah yang mengalir.

Si kurus tidak berpuas hati. Dihunusnya sekali lagi pisau lipat itu. Malangnya yeonjun tidak sempat mengelak. Perutnya ditusuk dalam.

Masih tidak berpuas hati, si kurus itu menarik kembali pisau itu lalu menikam yeonjun lagi sekali.

Tarik keluar, dan lagi sekali.

Tiga kali semuanya.

Darah keluar membuak-buak membasahi lantai. Yeonjun mulai lemah dan baring tersungkur ke lantai.

Pengawal keselamatan segera memegang si lelaki gila itu untuk menghalangnya untuk bertindak lebih tidak siuman.

Para medik segera bergegas ke tempat kejadian untuk memberi rawatan kepada Darwan sebelum segalanya terlambat.


























Dan pada hari itu, Naayla terpaksa 'berperang' sendirian tanpa suaminya menemani memberi semangat disisi.

Kedua-duanya harus bertarung nyawa, pada waktu yang sama, di dewan rawatan yang berbeza.

                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now