lamaran kedua

171 15 10
                                    

"Siappp satu untuk Dudu. Rehat la kejap pastu sambung kait untuk Dede pulak", Naayla meletakkan hasil kaitan topi anak-anaknya keatas meja.

Tiba-tiba penglihatannya gelap dihalang oleh sepasang tangan yang menutup matanya dari belakang.

"Tutup mata...kira sampai 10. Saya ada something untuk awak", suara yang amat dikenalinya itu mengarah.

Tangannya dilepaskan. Naayla masih memejam matanya rapat sambil mengira sampai angka 10.

"...8..9..10.. Saya bukak ye?"

"Ha bukaklah", yeonjun memberi izin.

Naayla perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat diatas ribanya ada sebuah kotak berbalut cantik warna merah dengan reben hitam. Kelihatan agak eksklusif.

"Apa ni?", tanyanya.

"Bukak je dulu".

Naayla membuka kotak itu dengan berhati-hati. Di dalam kotak itu ada pula kotak yang lain tetapi kotak cincin..

Naayla menarik keluar kotak cincin itu lalu membukanya. Sebentuk cincin emas putih dengan permata berlian yang rapi tersusun indah menggoda mata Naayla.

"C-cincin?",soal Naayla hairan.

"Naayla Sofea...", Darwan duduk melutut satu kaki lalu diraih tangan isterinya itu.

"Perkahwinan kita dulu tak bahagia kan? Saya lamar awak pun lebih kurang. Majlis kita mewah tapi awak dan saya tak bahagia. Dua-dua takde perasaan apa-apa lagi...

...Jadi hari ni.. Saya nak.. Lamar awak dengan sebetulnya.."

Naayla tergamam. Matanya berkaca.

Darwan menarik nafas dalam seketika, mengumpul kekuatan. Terasa seperti ini kali pertama dia meluahkan rasa cinta. Terasa seperti inilah permulaannya. Dia mengambil kotak cincin itu lalu menghalakan kearah isterinya.

"Naayla Sofea...."

"Isteriku yang sanggup mendampingiku , disaat ku tidak seperti yang lain, disaat ku tidak pernah melayani isterinya dengan sebetulnya..

...tidak pernah sekali isteriku ini menyatakan hasrat untuk diputuskan. Kerana dia bersabar dengan diriku ini, sanggup bersengkang mata menungguku pulang ke rumah. Walaupun aku tidak pernah berterima kasih untuk itu...

...wanita paling cantik pernah aku jumpa, wanita pertama yang buat aku jatuh cinta, wanita pertama yang menjadikan aku seorang manusia, berkat kehadiran mu Naayla, aku dapat merasai erti kasih sayang dan cinta..."

Suara yeonjun serak-serak menahan sebak. Dia dipenuhi dengan rasa gemuruh dan gementar untuk meneruskan. Tapi tetap dia kuatkan diri untuk ayat terakhirnya.

"..bersaksikan zuriat-zuriat kita dalam rahim awak.. Saya mahu lamar awak jadi isteri saya selamanya. Cinta saya selamanya. Bidadari dunia akhirat saya.. Sudikah?"

Pipi Naayla basah dengan derasan air mata. Dia mengelap pipinya sambil senyum terharu dan gembira.

"Ya.. Saya terima lamaran awak. Terima kasih jadi suami saya. Terima kasih kerana memilih saya. Terima kasih jadikan saya terasa wanita paling bahagia dan beruntung di dunia.."

Yeonjun tersenyum gembira. Air matanya turut jatuh. Dia menyarung cincin itu perlahan-lahan pada jari manis Naayla. Kemudian dikucup tangan isterinya itu dengan penuh kasih sayang.













//Author is kerayingg in cringeyy//

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now