kelahiran aneh

230 16 5
                                    

23 tahun yang lalu


"Tahniah puan, puan selamat lahirkan bayi lelaki", bidan berumur 50-an itu memangku bayi yang masih merah itu didalam pangkuannya.

Mak bidan itu perasan sesuatu. Dia menekup telinganya ke dada si bayi, cuba mencari degupan jantung.

"Kenapa dia tak menangis??", aneh kerana bayi itu bernafas sahaja.

Puan Nuran cuma mendiamkan diri. Dia tahu kenapa anaknya tidak menangis.

"Takpelah.. dia tak nangis pun. Saya nak pegang anak saya boleh?", Puan Nuran menghulurkan kedua tangannya lemah kearah bayi pertamanya itu.

Mak bidan itu hanya menurut. Bayi itu memejamkan matanya rapat namun pernafasan normal sahaja.

Puan Nuran mengambil anaknya lalu dekatkan si anak pada dadanya. Dia menguncup lembut ubun-ubun si kecil. Wajah si bayi tidak memberi apa-apa reaksi.

"Panggilkan suami saya kat luar. Saya nak cakap dengan dia secara persendirian", pinta si ibu.

Mak bidan itu keluar dari bilik lalu memanggil Tuan Darwin yang sedang kehulur kehilir di luar bilik.

"Anak saya dah selamat dilahirkan?", bapa kepada si bayi itu menunggu jawapan dengan penuh resah.

Mak bidan hanya tersenyum dan mengangguk. "Isteri Tuan sedang menunggu di dalam. Rasanya tugas saya dah selesai. Saya minta diri dulu ya?", mak bidan mengambil barang-barangnya lalu pulang ke rumahnya.

Tuan Darwin masuk kedalam dan melihat isterinya sedang menyusu anak mereka yang baru sahaja dilahirkan.

"Dia tak menangis bang, betullah apa Mak Tok tu cakap", rintih si ibu.

"Awak dah sediakan nama?", Tuan Darwin bertanya seraya duduk di samping isterinya di sisi katil.

"Darwan.. Yeonjun Darwan"

"Cantik nama. Macam nama saya je", Tuan Darwin mengusik isterinya.

"Mestilah. Nama awak kan handsome. Macam orangnya"

Kedua pasangan itu ketawa keriangan sambil melihat anak mereka sedang enak menjamah susu. Keduanya terdiam sebaik sahaja mereka terfikirkan sesuatu serentak.

"Awak bersedia ke bang? Anak kita akan jadi seperti itu nanti.."

"Kita lalui saja. Tiba masa dia boleh bernikah, mimpi ngeri kita berdua dan juga anak kita akan tamat".


Maka bermulalah episod durjana seorang manusia bernama Darwan. Akibat sumpahan dari seorang ahli sihir yang iri hati terhadap moyang daripada Tuan Darwin. Sumpahan keatas anak mereka iaitu Darwan, menjadi separa syaitan separa manusia. Tiada belas kasihan, tiada kasih sayang, tiada simpati, tiada gelak tawa mahupun secalit senyuman. Dia bakal merosakkan manusia yang akan dia temui.

Mereka harus sabar menunggu sehingga Darwan dewasa, mampu untuk bernikah..

-untuk menghapuskan sumpahan itu.
Tapi tidak diketahui oleh Yeonjun. Dia menyangka dengan bernikah segala kuasa yang dia tamak haloba bakal diraih.

Mereka harus tamatkan sumpahan itu dari anak mereka.

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now