special chapter

152 12 4
                                    






"Hnnnnnngghhhhhhh!!!!", berpeluh lencun Naayla menggunakan segala kudratnya. Tangan kirinya meramas tangan ibu mertuanya, manakala tangan kanannya mencengkam lengan suaminya.

"Sayang boleh, sikit lagi sayang.."

Pada hari itu Naayla melahirkan anak mereka yang keempat, iaitu daripada kehamilannya yang kedua kalinya.

"Naayla jangan lupa teknik pernafasan dan teran ibu ajar tu"







CARA MENERAN YANG  BETUL SEMASA BERSALIN

Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.

Mata memandang ke arah perut.

Tangan pegang pergelangan kaki.

Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran

Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.

Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.

Pastikan  tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).

Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.

Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.

Dengar arahan jururawat dan doktor

Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.


1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)

Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)

Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan. Lakukan pernafasan  secara panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting– hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze

Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran

Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh  doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi  di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.

(Sumber: Pa&Ma)





Naayla telah belajar dari pengalaman. Kelahiran pertamanya sungguhlah menyakitkan untuk melahirkan Dani, Daniel,  dan Dania. Dia mengambil masa yang agak lama untuk lukanya sembuh.

Untuk kehamilan keduanya, dia belajar pelbagai teknik sebagai persediaan untuk melahirkan anak keempatnya.

Kali ini seorang sahaja ya. Tiada kembar.

Darwan mengerut mukanya menahan sakit disaat Naayla mencengkam dalam pada kulit lengannya, dia relakan asalkan isterinya dapat meneran dengan baik.

"S-sayang.. B-Boleh.. Argh!  Aduhh pedihnya..", nak tertimbus rasanya dagingnya.

Naayla masih cuba semahunya. Dia sudah tidak menghiraukan suaminya hampir menangis menahan sakit. Yang dia pentingkas sekarang adalah bayinya yang bakal melihat dunia sebentar lagi.

"Kepala dah nampak!", laung bidan itu.

Naayla menarik nafas terlebih dahulu, mengumpul kekuatan baru. Buat kali terakhirnya, dia menolak sekuatnya dan akhirnya,

"Uweekkkkk!!!  Uwekkk!!" , bayi yang segar masih merah, suara tangisannya akhirnya menggantikan kekecohan yang dibuat oleh ibunya.

Yeonjun terjatuh terduduk di samping katil,merenung lengannya yang berbekas kesan daripada kuku isterinya.

"Ade dalam 2 minggu jugak nak hilang ni..." , bisik yeonjun.

"Tahniah tuan, puan.. Baby girl kali ni", kata bidan tersebut.

"YEAYYYYY BABY GIRLLLLL!!!", teruja si yeonjun setelah dapat tahu jantina anaknya.











Akhirnya Dania ada kawan baru.





Yeonjun bangkit dari duduknya lalu mengeluarkan kain sapu dari beg nya untuk mengelap peluh di dahi dan leher Naayla. Dia menghadiahkan secalit senyumannya yang indah kepada isterinya.

"Thank you isteriku...you've done the best!"



















Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now