NICU

160 13 2
                                    

Secara lazim dan kebiasaannya bayi kembar akan dilahirkan pramatang. Dan semestinya mereka perlukan pemantauan rapi dari pihak hospital. Makanya, ketiga-tiga kembar itu ditempatkan di wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit) buat jangka masa yang agak lama.

Untuk permulaan, mereka belum dapat menyusu dengan normal. Wayar tiub akan disambung pada vein mereka untuk disalurkan glucose dan special nutrition dan juga susu badan si ibu yang sudah dipam.

Mereka juga ditempatkan didalam incubator untuk memastikan mereka mendapatkan haba yang mencukupi.

Sentuhan fisik juga harus diterhadkan oleh si ibu kepada bayi, memadai sahaja setakat membelai kepala, menyentuh tangan dan berbicara ataupun menyanyi untuk mereka.

Sekali sekala, sama ada bapa ataupun ibu, boleh melakukan 'kangaroo care' untuk anak. Dengan cara meletakkan mereka keatas dada, dan belakang badan mereka harus diselimuti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Puan Naayla, tiba masa untuk pam susu ya?", seorang nurse yang ditugaskan in charge untuk naayla memasuki bilik wadnya sambil membawa mesin pam susu.

Naayla bangkit dari pembaringannya untuk sit up diatas katil, bersedia untuk memerah susu.

"Saya bimbang nurse, takut susu tak cukup untuk mereka.. Makan pun saya tak berapa selera sekarang", adu Naayla dengan wajah suram.

Sudah dua hari dia ditempatkan di wad, dan dia masih belum bertemu dengan Yeonjun kerana yeonjun masih tidak dibenarkan melawat mahupun dilawati.

Itulah sebab dia agak murung sedikit sejak kebelakangan ini.

"Jangan risau puan. Susu puan banyak je. Kami akan supply dengan supplement tambah susu. Think positive je puan. Semua akan baik-baik sahaja", nurse yang baik hati memberi kata-kata semangat buat Naayla.

"Baik doc..."

"By the way...puan dah ada nama untuk mereka?"

"Ada.. Saya dah pilih dengan suami saya. Tapi kami nak sebut nama mereka sama-sama nanti"

"Tabah ye puan. Nanti puan boleh jumpa suami puan", kata nurse itu sambil menepuk bahu Naayla.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


5 hari selepas itu..







"Apa perasaan abang harini?", tanya hueningkai sambil menolak kerusi roda untuk yeonjun.

"Gembira, tak sabar..", yeonjun tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya. Dia tidak berhenti-henti senyum dari tadi.

"Abang dah tahu kan?  Anak-anak abang premature...?"

"Ya, saya tahu. Asalnya sedih jugak. Tapi lepas tahu mereka baik-baik sahaja dekat NICU tu, saya dah boleh terima hakikat"

Akhirnya mereka tiba di hadapan bilik wad dimana Naayla ditempatkan. Hueningkai mengetuk pintu sebelum membukanya.

Naayla sudahpun sedia menunggu kehadiran suaminya dari dalam. Dia sengaja ingin berdandan sedikit, daripada kusut masai, apa salahnya kan?  Untuk tatapan suami dah lama tak jumpa.

Yeonjun dan hueningkai mula memasuki bilik itu bersama-sama. Akhirnya mata mereka bertembung.

Terasa seperti sudah setahun tidak berjumpa. Rindu yang tidak dapat dirungkaikan.

Mata mereka berdua berkaca. Perasaan bercampur baur. Bila-bila sahaja akan jatuh air mata itu.

Naayla turun dari katil untuk mendapatkan suaminya. Dia memeluk erat suaminya tapi dengan lemah-lembut, bimbang akan sakiti tempat luka yeonjun.

Yeonjun membalas pelukan Naayla dan menangis diatas bahunya. Dikucup dahi naayla berkali-kali dan lama.

"Rindu awak sangat-sangat..", kata yeonjun teresak-esak.

"Saya pun.. Awak dah okay?"

"Makin sihat. Saya nak sihat untuk jumpa awak, anak-anak kita..."

Naayla tidak tahu yeonjun sebenarnya telah meninggal dunia sebelum jantungya tiba-tiba berdetak.  Tiada siapa menceritakan tentang hal itu kepada Naayla.

Yeonjun juga memutuskan untuk rahsiakan sahaja. Jika diceritakan sekarang, tidak elok untuk emosi isterinya.

"Hmm.. Kita dah boleh jumpa DuDiDe  ke?", tanya yeonjun.

"Memang dah boleh. Saya nak tunggu awak. Nak kita tengok sama-sama, jomlah", mereka berdua pergi ke NICU sambil ditemani hueningkai dan nurse yang sentiasa menemani naayla.

Setibanya mereka di NICU, staff disana membawa mereka ke incubator dimana anak-anak mereka ditempatkan.

"Mereka kat sini..Yang ini anak pertama, itu kedua dan yang hujung sekali tu keluar last sekali", terang staff itu kepada yeonjun dan naayla.

Yeonjun menghampiri anak yang pertama dahulu. Tertera di kotak incubator itu "gender: male".

"Hero papa ni..", kata yeonjun tersenyum melihat anaknya sedang lena tidur dibaluti selimut.

Kemudian dia pergi kearah anak keduanya pula, juga tertera 'male'.

"Abang long ade geng ya?"

Akhir sekali mereka pergi kearah anak last pula. Tertera pula 'gender: female'

"Naayla! Kita ada jugak puteri sorang, ada kawanlah awak pergi shopping nanti"

"Shopping tu bukannya kerja awak ke?", balaa Naayla sambil menahan gelak.

"Dah boleh dah kut.. Kita panggil nama mereka, jom sayang", ajak yeonjun.

"Jom"


























"Abang long.. Dani Naayla"

"Abang ngah.. Daniel Naaylin"

"Adik.. Dania Naaylun"

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now