korban

154 13 24
                                    

"Amboiii.. Menikmati detik-detik berdua sebelum berlima ke??", usik Tuan Darwin menyaksikan karenah anak dan menantunya bersuap-suap makanan di meja makan.

Makin lama macam belangkas dah dua orang ni. Berpisah sehari tak boleh.

"Kenapa abah ingatkan kami nanti bukan bertiga huwaaaaaa", yeonjun berpura-pura menangis. "Saya gendong sorang, Naayla gendong sorang, lagi sorang biar Mak Bu dengan Tok Abah handle.. Haa senang", sambungnya lagi sambil menyuap nasi kedalam mulutnya setelah menyuapi Naayla.

"Harap-harap, tak banyak ragam laa bertiga ni nanti. Happy memang happy tapi kalau semua.. hm paham-paham lah. Awak, kalau saya tiba-tiba mengamuk tu cepat ambil alih tugas tau. Ingat senang ke jadi ibu usia muda, kembar pulak tu", Naayla menghala sudu ke wajah Darwan memberi amaran.

Darwab cuma tersengih-sengih macam kambing wangi sambil mengangguk. "Jangan risau, DuDiDe tentu ikut cakap Papa dorang. Kalau Papa cakap 'jangan nangisssss' ha konfirm, semua duduk senyap. Kalau Papa cakap 'squadddd! Geletak mamaaaa pusing!', ha konfirm,  tak cukup nafas Mama dorang kena geletek".

"Tak dengar tak dengarrr. DuDiDe tak dengarrrr kan sayang??", Naayla menekup perut bulatnya. Suaminya itu semakin lama semakin banyak mulut dan suka mengusik.

"Hahahahahaha dahlah makan cepat-cepat. Tapi jangan gelojoh. Harini Naayla ada check-up appointment kan? Ibu doakan anak-anak kamu sihat sampailah melahirkan.."




Setibanya pasangan itu ke hospital, mereka menunggu di ruang menunggu .Naayla sedang membaca buku panduan untuk ibu manakala yeonjun sedang menonton video random video di youtube.

Tiba-tiba, telefon yeonjun dirampas oleh seseorang lalu telefon itu dihempas ke lantai sehingga berkecai. Terkejut kedua pasangan itu dibuatnya.

Yeonjun mendongak keatas dan melihat seorang lelaki kurus sedang memandangnya tajam.

Yeonjun cuba untuk bertindak tenang kerana dia sedar dia berada di hospital dan disampingnya ada isterinya yang sedang hamil.

"Jumpa balik kita ye..", lelaki kurus itu bersuara.

"S-siapa ya encik ni?", yeonjun cuba bertanya baik-baik.

"Aku budak gemuk.. Yang kau potong batang aku dulu!!!"

Yeonjun tersentak. Dia cuba melindungi isterinya dengan menyuruhnya untuk tetap berada di belakangnya.

"Berdiri belakang saya.. Jangan risau, takda apa buruk akan berlaku", dia mengarah dengan suara lembut.

"HEI SETAN!  KAU TAHU TAK PUNCA KAUUUUU,  AKU PUNYA BATANG NI TAKDE FUNGSI KAU TAHU TAK?? AKU TAK BOLEH ADA ANAK AKU SENDIRI ISTERI AKU TINGGALKAN AKU SEMUA TAKNAK KAWAN DENGAN AKU!!!", suara lelaki itu yang menggerunkan dan kasar itu mengejutkan semua orang yang berada disitu.

Kelihatan pengawal keselamatan cuba datang menghampiri untuk mendamaikan keadaan.

Dari yeonjun, lelaki kurang waras itu melihat ke arah Naayla pula. Perutnya yang sarat itu ditenungnya penuh rasa marah.

Yeonjun dapat merasai sesuatu kurang enak.

Dia mungkin seorang manusia tetapi kelebihannya untuk merasai niat jahat seseorang itu masih dimilikinya.

"KAU.. AKAN TERIMA AKIBATNYA.."

Lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan pisau lipat dari kocek seluarnya. Tujuannya cuma satu,

Kandungan Naayla.

"ANAK KAU AKAN MATIIII!!!"

"AAAAAAAAAA"





SPLASH!





























































































"ARHHH LEPASKAN AKUUU!", lelaki itu meronta-ronta didalam handcuffs polis yang datang untuk menangkapnya.

Darah masih berantakan. Semua orang menggerumuni tempat kejadian. Doktor-doktor bergegas untuk menyelamatkan mangsa yang sedang kesakitan, menggelupur bertarung nyawa.





























"DARWAN BANGUNNN!!"


Darwan // Choi Yeonjun √Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora