perubahan (2)

235 15 26
                                    

"LEPASLAH!", aku memberontak cuba melepaskan diri.

"Diam! Kau ni memang degil en? Menyesal aku lamar kau kat bawah pokok haritu. Huh, tak romantik langsung!"

"Aku taknak, taknak aaaaaahhh!!", aku menarik-narik lengan halus aku dari cengkaman dia.

"Aku tak kira Naayla, harini kau kene jugak. Kau tahu tak aku takut nak panjat tangga ambik buah mangga tu sorang diri? Aku nak mintak pegangkan tangga tu je pun! Tu pun nak merengek macam budak kecik", Darwan menjelir.

"SAPE SURUH GAYAT?! aku nak main game pun tak senang! Sayang sangat kat pokok mangga abah kau tu. Panggillah tukang kebun tolong jagakan".

Aku menyambung bermain game kegemaran aku, counter strike. Aku memasang headphone putih aku lalu kembali bermain.

Yeonjun hanya menjeling tajam. Dia meninggalkan aku keluar dari bilik. Aku langsung malas nak pedulikan dia.

"Ha cepat2 tembakkkkk! Eish dia ni serang hendap pulak- HA AMBIK NI SHOTGUN AKU HAHAHAHAHHA", aku tergelak jahat apabila berjaya menjatuhkan pihak lawan.

Akhirnya team aku menang 5-3. Aku menggeliat sepuas-puas lalu menanggalkan headphone. "Wah 2 jam aku main harini. Oklah pergi basuh baju pulak", monologku sendirian.

Aku menapak keluar dari bilik. Tiada sedikitpun kelibat manusia-syaitan bernama Yeonjun tu.

"Ah, kesah ape aku".

Aku turun ke tingkat bawah dan mendapati bapa mertua aku yang aku panggil 'abah' sedang menonton tv rancangan kegemarannya. Aku menegurnya sopan,

"Abah, nampak Darwan tak?", aku pun tak tahu kenapa aku pergi tanya pasal dia. Tapi entahlah aku rasa nak tanya jugak.

"Tadi nampak dia keluar pergi halaman belakang. Katanya nak pergi petik buah mangga. Tapi tu dah 2 jam lepas. Sampai sekarang dia takde masuk rumah", abah membalas sambil membetulkan cermin matanya.

Ah sudah.

"Ah yeke abah..? Oklah Naayla pergi tengokkan dia", aku mempercepatkan langkah aku ke halaman belakang.

Haih kenapa aku rasa cemas? Aku bukan cinta atau suka dia pun. Dia pun dua kali lima je!

Mataku liar melihat disekitar halaman belakang. Ada 5 pokok mangga dan aku tidak tahu pokok mana satu yang lelaki tu pergi panjat.

Akhirnya aku nampak seseorang duduk dibawah pokok mangga.

"Yeonjun!", aku memanggilnya.

Aku menghampirinya. Namun aku terkejut apabila menyedari kakinya ada lebam biru dibahagian buku lalinya.

"Jangan cakap kau jatuh.."

"Ya, aku jatuh tadi", yeonjun mengaku. Mukanya masih mengerut menahan kesakitan.

"Kenapa tak panggil sapa-sapa? Abah ade je kat dalam tu tengah tengok tv", aku meneliti lebam itu dengan lebih dekat. Teruk juga ni. Macam manelah dia jatuh.

"Tadi sakit sangat. Aku nak jerit pun tak larat"

Aku melihat wajahnya pula. Matanya sedikit merah seperti baru lepas menangis. "Kau nangis ke???"

Yeonjun membesarkan matanya lalu segera mengelap sisa-sisa air mata di pipi. "T-tak... Habuk je"

"M-macam mana kau boleh nangis..? Kau kan takde perasaan tu..", aku terlalu tertanya-tanya.

"Senyap Naayla. Sekarang tolong aku ni. Nampak tak kaki aku sakit?", yeonjun segera menukar topik.

Aku mengalah. Aku segera masuk kedalam untuk mengambil kit peti kecemasan. Kepala aku masih ligat berfikir.

Setahu aku, yeonjun tak pernah menangis..

Ibu dan abah pernah bercerita, yeonjun dilahirkan dengan sangat berbeza. Dia tidak seperti bayi normal yang lain. Dia lahir dengan mulut yang diam. Tiada satu tangisan pun.

Dia juga membesar tanpa pernah merengek. Dia jarang senyum. Dia sentiasa dengan muka batu dan masam dia.

Dia kan separa syaitan?

Tapi tadi tu aku tak rasa aku silap. Mata dia memang merah dan berair macam menangis! Itu yang aku pelik.

Aku kembali pada lelaki itu dengan ubat-ubatan yang sedang dibawa.

Nasib baik dulu aku mengikuti kursus pertolongan cemas. Tahulah aku macam mana nak ubatkan seliuh ni.

"Kenapa kau yang kene panjat pokok ni? Kau kan kaya, boleh upah orang", tanya aku sambil menyapu ubat pada lebam itu.

"Aku nak cuba panjat. Aku nak overcome phobia aku", balas Darwan.

Ya, acrophobia. Ketakutan pada ketinggian. Yeonjun ada acrophobia.

"Tapi tak sampai 10 saat aku kat atas puncak tangga, tiba-tiba aku loya. Tu sebab aku jatuh sebab pening".

Aku cuma diam sahaja mendengarkan ceritanya. Serba salah pula aku tolak permintaan dia untuk pegangkan tangga tadi.

"Kenapa kau tak suruh aku je panjat? Aku tak gayat", tanyaku lagi sambil membalut kakinya dengan kain elastik.

"Taknak kau pulak yang jatuh"-


Balutan di kakinya terhenti tatkala aku mendengar jawapan itu. Aku mengangkat kepalaku memandang si lelaki tampan hidung mancung itu.



Dah 6 bulan kita kahwin yeonjun, tapi kenapa kau nampak lain macam sekarang? Mana sifat tak guna kau masa awal2 kita kahwin dulu?

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now