BAB 55

792 24 0
                                    

"Dif."

"Apa?" jawab Hadif bagi panggilan Zadz. Matanya masih melekat pada skrin laptopnya. Dan Zadz duduk dihujung mejanya tidak dihiraukan. Hari ini, kerja dia penuh satu meja. Satu demi satu kes yang perlu mereka  selesaikan. Malam ni hanya mereka berdua yang masih di dalam pejabat.

"Woi, aku sekarang tengah bercakap dengan siapa sekarang ni? Laptop tu ke kau?" geram dia dengan kawan dia ini.  Hadif kalau sudah fokus dengan kerja, dia ni dilayan seperti ikan tongkol... Opssy! Salah! Tunggul. Hah, itu baru betul! Kalau boleh nak je dia lepuk komputer riba tu dekat Hadif sekarang ni.

Hadif mengeluh. Dia pandang Zadz dengan acah tak acah je. "Hm, kau nak apa wahai tapir?"

"Tapir kau kata dekat aku tenuk?! Hei, muka aku punya kacak. Kau samakan aku dengan tapir pula?" hai... Ini yang dia geram dengan Hadif ni. Muka dia tampan disamakan dengan rupa tapir pula. Teruk betul penglihatan kawan dia.

"Dude, i'm seriously deadly busy right now." malas dia nak layan Zadz sekarang ini. Apa lebih penting sekarang ini, kerja mereka.  Nak diharapkan Zadz Ezaykal ni buat semua benda ni? Haram jadah jawapan dia!

Zadz menjeling geram. Deadly... Deadly... Baru kerja macam ni dah kata nak mati. "Aku pun tengah serius  sekarang ni. Aku ada soalan nak tanya kau."

"Hm, apa dia." tanya Hadif macam nak tak nak aje. Matanya kembali fokus pada skrin laptopnya. 

"Kau nak tahu ke tak?" mamat ni... Dia tembak kang Si Hadif ni kang.

Hadif mendengus kasar. Dia menyandar tubuhnya pada kerusi. Tubuhnya dipeluk pandangannya dihala ke arah Zadz. "Cepatlah, apa kau nak tanya aku?"

Zadz tersenyum menyenget. "Kenapa roti Gardenia enak dimakan begitu saja?"

"ZADZ EZAYKAL!!! KALAU AKU DAPAT KAU, MATI KAU!"

Zadz yang sudah pecut lari daripada diterkam serigala. Sempat lagi dia tergelak berdekah-dekah dihujung sana. Puas hati dia dapat kenakan kawannya itu.

⚜️❣️⚜️

Qashaff memotong bawang terakhir itu dipandang oleh ku. Tidak dinafikan yang suami dia berkebolehan memasak. Malah gayanya seperti Master chef lagi. Segala bawang dan cili yang siap di tumisnya itu dimasukan ke dalam kuali. 

Kali ini suami ku terlebih hot. Hot and spicy in his red apron! Ternyata lelaki memasak terserla kekacakan dia. Lagi-lagi dari back view. Ni kalau hari-hari dia macam ni, caik hati honey mu ini, woi!

Manakala masakan aku pula sudah siap iaitu sambal belacan udang dan ikan masak merah. Kini tiba giliran suami aku pula memasak. Dia masak sayur sawi masak sos tiram.

"Okay, done." kata suaminya. Qashaff membawa kuali itu ke arah mangkuk yang tersedia. Lalu isi dalam kuali itu dituang ke dalam mangkuk itu. Aroma masakan Qashaff benar-benar menusuk ke rongga hidung ku.  Sedapnya....

Ting!

Tepat itu juga cupcake buatan ku siap. Sebanrnya cupcake ini untuk hidangan dessert. Aku mendekati oven itu dan mengeluarkan cupcake itu. Hm... Cuma nak dihiasi lagi. Ku ambil Pastry beg yang sudah terisi pelbagai warna untuk pembuatan cake.

Sambil-sambil aku menghias. Ada baiknya aku berbual dengan suami ku. Taklah bosan sangatkan? "Sejak bila abang pandai memasak ni? Ana tak tahu pun?"

Qashaff menyimpan makanan yang telah dimasak oleh mereka di tepi kabinet panjang itu. "Dah lama dah. When i'm teenager. Kenapa Honey tanya? " Qashaff berdiri kembali tepat dihadapan isterinya. Tangannya yang basah, dilap dengan kain kering sebelum kedua belah tangan itu diletakkan meja seperti sebelum ini.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now