"Risau pula umi. Dari tadi adik kamu tak turun-turun lagi. Makan pun tak nak." risau Datin Haida ke hulu ke hilir. Sudah sejam lebih anaknya tidak turun ke bawah.
Hanafi mengeluh. Dia pun turut risau sebenarnya. "Macam ini umi, biar angah pergi hantar makanan Ana dalam bilik. Lepas itu, angah pujuk dia. Manalah tahu berkesan pujukan angah?" yakin Hanafi. Datin Haida mengangguk lemah.
"Kau rasa dia termakan ke pujukan kau?" serba tak yakin pula Si Haiqal ini. Hanafi menjeling adiknya ini.
'Dia ini... Bukan nak bagi semangat pula. Nak meruntuhkan semangat orang aje kerja dia. Aku lepuk juga dia ini kang!'
"Belum cuba belum tahu kan?"
"Nah. Umi dah siapkan makanan adik kamu. Pujuk dia. Dia tak makanan lagi tu. Nanti masuk angin pula perut adik kamu." kata Datin Haida datang bersama dulang yang berisi makanan bersama beberapa lauk lalu dihulurkan pada Hanafi.
"Thanks." ujar Hanafi sambil menyambut pinggan itu. 'Okey, Han. Semoga kau berjaya pujuk hati adik kesayangan kau.'
⚜️❣️⚜️
TOK! TOK! TOK!
Pintu bilik itu aku pandang dengan malas. Rasa sakit dihati masih terasa. Hampir sejam juga aku berkurung melayan perasaan sendiri. Sampaikan perut ku yang mendendangkan lagu pun aku tak endah. Atas sebab merajuk!
"Can I come in?" suara disebalik pintu itu.
Aku diam tidak berkutik. Orang tengah merajuk masih nak tanya lagi?
Pintu terkuak dan wajah Hanafi bersama senyuman terjengul disebalik pintu itu. Aku menjeling wajah Hanafi. Geram!
"Say--" Hanafi terdiam seketika. 'Kalau dia dah tahu yang kau ini abang dia, buat apa nak bersaya-awak? Panggil ajelah gelaran angah ke abang ke.'
Hanafi menarik nafas sedalamnya sebelum dihembuskan dengan perlahan.
"Abang ada bawakan makanan untuk Ana. Ana makan ye. Jangan dibiarkan perut tu kosong. Nanti jatuh sakit pula." ujar Hanafi lalu meletakkan dulang berisi makanan itu di meja sisi katil itu. Melihat tiada respon dari adik perempuannya itu membuatkan dirinya mengeluh lagi.
'Haih, kuat merajuk juga adik aku ini.'
Dia menghampiri katil adiknya itu kemudian punggungnya dilabuhkan disisi adik. Belakang lehernya diusap beberapa kali. 'Er... How to start with it?'
"Look, kitorang betul-betul mintak maaf sebab perlekehkan Hanna tipu Hanna kecewakan hati Hanna. Kitorang tak bermaksud pun semua ini. Kitorang cuma nak bagi Hanna selesa je dengan kehadiran kitorang." jelas Hanafi. Sejujurnya dia pun kurang yakin pasal pujuk memujuk ni. Sebelum ini, belum pernah lagi dia pujuk mana-mana perempuan. Biasalah hati kaldu kan...
Melihat Hanna yang masih membisukan diri membuatkan dirinya semakin yakin untuk memujuk. Dia tahu walaupun adik dia tengah merajuk, sekurang-kurangnya dia mendengar.
"Ingat tak masa mula-mula kita jumpa dekat seoul?"
Aku diam. Membiarkan lelaki itu berbicara dengan angin. Siapa suruh tipu orang. Eee... Sakit pula hati kita!
"Masa tu, hati abang berfirasat yang Ana ini adik abang. Sebab nama adik abang. Hanna. Jadi abang betul-betul ingatkan yang Hanna ini adik abang. Tapi bila abang fikir balik, orang yang bernama Hanna ini banyak. Bukan satu aje dalam dunia kan? So, abang tolak firasat abang. Abang kata dalam hati abang yang Hanna ini bukan adik abang yang abang cari."
YOU ARE READING
Tolong Lindungi Dia
RomanceAdryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwatakan dingin serta kekacakan dia sering menjadi tumpuan para wanita. Malah ful pakej yang mana dia mempu...