BAB 59

700 20 1
                                    

Setelah selesai aku 'tawaf' satu mall pavillion. Kini dah tibanya aku harus pulang ke rumah. Barang hadiah umi pun sudah dibeli. Packing pun sudah. Tinggal diberikan pada umi lagi.

Aku mencek kembali mesej ku kepada Qashaff. Belum dibaca. Ceh! Ingat dah baca dah. Aku bangun dari bangku ingin pergi ke parking kereta. Namun laluan ku dihalang dengan tubuh sasa dihadapan ku. Aku mendongak siapa yang berani menghalang laluan dia.

Bagai ada petir memetir dirinya saat ini. Barang dia hampir terlepas dari genggaman dia. Wajah ku sekelip mata berubah keruh. Macam mana boleh aku terserempak dengan mamat ini dekat sini?!

"Hai." sapa Zafriel.

Aku mendengus kasar. Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki aku kena terserempak dengan mamat tak guna ni? Kenapa tak bagi aku terserempak dengan Malek Maccrone ke Jason Statham ke?

"Sorang je ke?" soal Zafriel.

"Tak nampak ada orang kiri kanan aku ni? Ke you ni buta? Aku rasa baik you pergi klinik mata. Mana lah tahu retina dalam mata you tu dah tak betul." sinis ku dengan sarkastik. Malas dia nak layan mamat tiga suku ni. Dah telinga aku sekarang ni dah panas dengar dia buat-buat gelak-gelak. Apa yang lawaknya?

"Aku malas lah nak layan you ni. Buat sakit hati je! Dah tepi!" aku menyenggol bahu Zafriel dengan kasar. Akan tetapi Zafriel pantas menarik tangan ku ke sebuah restauran berdekatan.

Aku terkejut dengan aksi spontan dia. Rontaan demi rontaan tetap tidak berjaya kerana genggaman lelaki itu amatlah ketat dan menyakitkan. Sehinggalah kami berada meja, Zafriel memaksa ku duduk. Sungguh kasar!

Wei! Sakit sia punggung aku!

"You nak apa?!" marah ku namun pada nada kecil.

"Rileks... I just nak bawa you makan je. Salah ke?" jawab Zafriel dengan selamba.

Aku membulatkan mata. "Salah ke?! You tahu tak aku ni siapa, Zaf?! Aku ni isteri orang, Zaf! Isteri Qashaff! And You pun ada tunang, Zaf! " bentak ku. Kalau dia bukan berada di dalam restauran sekarang ini, sudah lama mamat depan dia ini makan kerusi!

"Ye, I tahu you isteri Qashaff. Tapi tujuan I bawa you lunch bersebab." jelas Zafriel.

Kening kanan ku terangkat. Bawa aku bersebab? Ke sebenarnya dia pasang perangkap? Zaman sekarang kalau orang dendam ke cemburu ke apa je diorang akan buat. Malah sampai membunuh sekali pun mereka sanggup.

"Sebenarnya I nak mintak maaf dekat you for all what i've done to you. I sincerely want to apologize on it." ucap Zafriel.

Aku mengerut dahi. "Apa dah nak mati ke you ni nak mintak maaf bagai dengan aku ni? Buang tabiat?" sinis ku.

"Ana... "

"Apa you ingat aku ni termakan kata-kata you lagi? Menangis sampai satu bakul airmata you? Lepas tu kata, Oh... Ana... Tolong maafkan I. I janji I takkan buat semua tu lagi. Bagi I peluang. I ikhlas nak minta maaf dengan you..." senghaja aku melakonkan kembali gaya orang penipu nak minta maaf. Ku lihat Zafriel mendengus perlahan.

"You ingat I percaya? Sorry it won't be happen."

"Saya ikhlas Hanna. Saya dah ikhlas pun terima takdir that you're Qashaff's wife. Okay, I know I've done too much already  hurting you so many time until I can't even counting how many mistake I did to you. Saya tahu saya salah. Saya berdosa tak terima takdir Allah. Saya manusia yang tak guna." kesal Zafriel.

Aku hanya mendiamkan diri. Sedikit tersentuh dengan kata-kata lelaki itu. Namun aku tetap keraskan hati aku agar tidak termakan kata-kata dusta dari lelaki itu.

Tolong Lindungi Dia Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang