BAB 34

913 29 0
                                    

BUKK !

"Hei ?! You takde mata ke ?!" Herdik perempuan itu akibat tubuhnya dilanggar oleh Hanna. 

Amboi, dia yang langgar kita. Dia pula yang marah kita. Dah lah badan dia tu macam besi. Sakit tau tak !

"Hei, you dengar ke tak apa I cakap ?!"

Hei, hei, hei aku cepuk kepala kau kejap lagi kang. Tak pasal pasal kau biul nanti. Aku mengeluh. Nak tak nak terpaksa aku pandang wajah dihadapan ku itu. Makaih... Seksanya...Dengan baju baby-T pendek. Sendat. Menonjolkan sedikit kulit pusat dibawahnya dan mengunakan skinny jeans. Rambut panjang mengurai. Diwarnakan dengan merah perang. Nak tertonjol biji mata aku tengok. Perempuan ni tak reti nak pakai pakaian cukup kain ke ? Tak malu ke ?

"Maaf." Balas ku dengan bersahaja.  Malas aku nak cakap dengan minah ni. Dia yang salah tak reti nak minta maaf.  Sampaikan aku pula yang minta maaf.  Baru aku nak melanjutkan langkah ku, tiba-tiba tangan ku direntap dengan kasar. Seluruh badan ku berpusing menghadap perempuan itu kembali.

"Hish ! Apa lagi awak nak ? Kan saya dah minta maaf tadi. tak cukup ke ? " Cepat-cepat aku menarik tangan ku dengan kasar. Dia ni...

"Tak ! I nak you melutut depan I sebagai tanda maaf !"

Cewah...sesedap Maggi cukup rasa je kau arah-arahkan orang melutut depan hang kan ? Ni dah melampau ni. Dia ingat aku ni hamba abdi dia ke ?!

"Pardon me ? Buat apa saya kena melutut depan awak sedangkan yang salah tu awak sendiri ? Siapa yang tak pandang depan semasa jalan ? Awak ke saya?  Siapa yang main phone semasa berjalan ?  Awak ke saya ? Dah tahu salah, tak nak mengaku ! Sori, aku takkan melutut orang macam kau." Hamekau ! Kalau ikutkan hati, nak je aku bagi lempang dekat perempuan tak sedar diri ni. Dia siapa nak arah orang melutut depannya. Tapi aku masih boleh bersabar. Waras lagi. Kang tak pasal-pasal hospital ni jadi tempat wrestling.

"Ergh ! I tak kira !"  Protes perempuan itu sambil menghentak kakinya. Aku berharap sangat yang heel dia pakai tu patah. Biar dia rasakan !

"Kisah pula aku." Balas aku sambil menayangkan wajah dingin ku. Eee... Bila la perempuan ni nak blah. Aku ni dah naik kematu melayan kerenah dia yang serupa orang gila ni. Kang dengan aku-aku sekali daftar nama masuk wad gila. 

"Ada apa ?" Tiba-tiba ada suara yang menyapa dari arah belakangnya. 

Kusss semangat. Nasib baik aku tak 'jalan'. Aku menoleh ke arah suara yang menyapa itu. Gulp ! Terlihat Qashaff dengan wajah bekunya merenung kami berdua. Yang tak lepas pandang dia.  Perempuan tu. Pakej dengan senyum sinis lagi. Eh bukan ke dia dekat depan ke tadi ? Asal patah balik ? Mungkin dia dengar kami bertengkar kot.

"A--Ad" Terketar-ketar suara perempuan itu menyebut nama Qashaff. Aku mengerut dahi ku. Bersilih ganti memandang wajah Qasahaff dengan perempuan di hadapannya. Kenal ke ? Apa hubungan dia dengan suami aku ?

"Damia, you buat apa dekat sini ? Nak cari jantan ?" Perlinya. Perghhh ! Menyakitkan tu ayat dia. Aku mengerling wajah suami ku. Dingin. Serius kecut wei perut aku tengok dia ni.

"Eh mana ada. You ni kan...Hati I ni untuk you tau. I balik pun sebab I rindu you." jawab Damia.

Terjegil mata ku apabila perempuan dihadapannya ini selamba meluahkan perasaan di depan dia. Adeh...ada yang makan kasut lepas ni. Rindu tengkorak kau ! Yang kau luahkan tu dekat suami aku. Ku ulangi sekali lagi S.U.A.M.I. Suami aku ! Lu siapa nak rindu-rindu bagai ?!

"Pwwff.. seriously ? You came here just because of missing me ? Hei, kau datang sini dah tengok cermin ke belum ? Kalau sekali baik kau tambah empat kali. Damia Damia you knew already my answer. Aren't you ? Listen to me carefully. Sebab I tak akan cakap berulangkali. Sampai bila-bila pun. Sampai I mati pun. I takkan terima you.  I takkan cinta you. I takkan sayang you. And I won't be your husband. Please mark it. Simpan kata-kata I dalam kepala otak you." Dalam pesanan terselit sindiran yang disampaikan oleh Qashaff.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now