BAB 21

1.2K 38 0
                                    

Angin senpoi meniup lembut pada kulit wajah Qashaff. Dia mendongakkan wajahnya memandang langit yang indah bersama bintang-bintang yang menyinari malam itu. Qashaff tersenyum sendiri mengingati pertemuannya bersama Hanna sebentar tadi. Tak sangka dia ditakdirkan berjumpa dengan gadis itu lagi. Kecil sangat dunia ni.

"Bro, menung apa tu ?" Tegur Hadif lalu menghulurkan secawan kopi kepada Qashaff. Dia turut melabuhkan punggung disisi sahabatnya itu.

"Assalamualaikum. Jangan main redah je." balas Qashaff dengan tenang namun sinis pada pendengaran Hadif. Dia mengambil cawan yang dihulurkan oleh Hadif lalu diminum kopi itu. Pandangan dia masih melekat memandang keindahan langit malam itu.

Hadif menggosok lehernya perlahan-lahan. Lupa nak bagi salam tengok dah kena sedas dia. Qashaff memang pantang nenek dia kalau orang tak bagi salam. Silap-silap hari dia panggil orang tak jawab salam tu ahli kubur.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau kenal diorang tu ? And macam mana kau boleh jadi cucu tokma ?" Tanya Hadif.

"Sebab itu keluarga bakal isteri aku."

"Si Hanna tu ke yang bakal isteri kau ?"

"Dah tu takkan Si Damia Saiko tu pulak bakal isteri aku ?" Qashaff menghirup kopi itu lagi. Hadif melopong. Kalau betul gadis itu yang Qashaff maksud jadi bakal isteri dia memang cun meletop ! Dia akui Hanna memang seorang gadis yang cantik yang boleh membuatkan mana-mana lelaki turut tergoda dengan kecantikannya itu. Dia seorang yang lembut dan sopan. Menutup aurat. Memang ideal pakej si Hanna ni.

"Aku kenal tokma pun semasa aku tolong selamatkan tokma yang hampir kena ragut dekat kedai hari itu. Masa tu aku tengah pergi tapau makanan untuk Qhalish." jelas Qashaff tanpa memalingkan wajahnya ke arah Hadif.

Dia teringat peristiwa itu. Dimana dia menyelamatkan seorang perempuan tua yang beg tangannya diragut oleh peragut lelaki yang bertopengkan binatang. Kenapa dia kata binatang ? Sebab dia ragut beg orang tua tu sampai orang tua tu jatuh. Nasib baik dia sempat selitkan kaki dia semasa lelaki itu berlari menuju ke arahnya. Peragut lelaki itu jatuh bagaikan nangka busuk bergolek. Peluang dia mengambil beg tangan daripada peragut itu dengan kasar dan diserahkan kepada perempuan tua itu. Namun dia terasa ada sesuatu yang tak kena di arah belakangnya. Dia berpaling dan...

Zappp...

Penumbuk peragut itu sempat dia pegang. Dengan kasarnya, dia memulas tangan peragut lelaki itu kebelakang. Pelipat kaki lelaki itu ditendang kasar sehingga terduduk lelaki itu. Qashaff tersenyum sinis ke arah lelaki itu. Setelah beberapa minit, barulah polis datang dan tangkap peragut itu. Qashaff kembali ke arah orang tua itu dan terkejut apabila dia melihat ada kesan bengkak yang membiru di pergelangan orang tua itu.

"Makcik, tangan makcik bengkak ni." Kata Qashaff sambil membelek-belek pergelangan orang tua itu. Perasaan sayu dan amarah bertandang didalam hatinya. Sayu bila melihat orang tua itu diperlakukan sebegitu dan marah sebab peragut tu mencederakan orang tua yang tidak bersalah.

"Eh, takpe nak. Bengkak sikit je ni." kata tokma dengan lajunya dia menarik tangannya dari Qashaff.

"Eh, tak boleh makcik. Kalau makcik tak bagi rawat sekarang ni, nanti makin menjadi lagi bengkak ni. Makcik tunggu sini kejap saya pergi pharmacy dulu." Qashaff melangkahkan kaki dia untuk pergi ke pharmacy. Mujur pharmacy itu berdekatan disebelah kedai orang tua tu masuk. Usai dia membeli ubat, dia kembali kepada orang tua itu.

"Makcik, sini biar saya rawat makcik." Qashaff mengambil perlahan tangan orang tua itu. Krim itu disapu disekitar pergelangan orang tua yang bengkak itu. Kemudian dia bandage pergelangan orang tua itu.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now