BAB 37

1K 27 1
                                    

"Hanna, Qashaff."

Kami berdua menoleh ke arah suara itu. Terlihat Puan Haida bersama Afieq sedang berjalan ke arah mereka. Aku pandang Afieq disisi Puan Haida itu. Terlihat lelaki itu sedang senyum dengan lesung pipit yang dalam.

"Umi, kami nak berangkat ni. Umi dengan Afieq jaga diri ya." Tubuh Puan Haida aku peluk.

"Hm, korang berdua jaga diri juga. Hati-hati abang Qash bawak kereta." Afieq juga turut memeluk tubuh abang iparnya itu. Mesti dia rindu akaknya. Tak jumpa sehari baginya bagaikan satu tahun tak berjumpa. Apalagi empat hari. Confirm demam rindu.

"Qay, kau hantar Afieq dengan umi kan ?" Soal Qashaff lalu memandang adiknya itu. Lelaki itu lengkap berpakaian santainya.

"Ye ye. Kau tak perlu risau lah. Kau tu bawak kereta jangan macam orang bawak kereta formula 1. Kang terbabas tak pasal-pasal kau kena tahan dekat hospital lima bintang. Lagi-lagi kau bawak anak orang. Ingat itu !" Pesan Qayrel kepada abangnya. Dia kenal sangat perangai abang dia. Nak ikut dia ? Cukup sekali dia merasa nyawa dia melayang.

"Assalamualaikum." Sapa seorang membuatkan kami menoleh ke pintu utama. Terlihat Hadif dan Zadz tersenyum memandang kami.

"Aik ? Kamu berdua tengah buat apa dekat sini ?" Soal Qayrel dengan hairan.

"Tuan Syukri hantar kitorang untuk jaga Qhalish. Bodyguard Qhal kan tengah cuti balik kampung. So, on the spot Tuan Syukri replace bodyguard Qashaff.

"Oh...Aku fikir korang dah buang tabiat tadi." Kata Qayrel.

"Ikut kereta aku sekali ?" Soal Qashaff.

"Tak. Kita orang ikut belakang kereta korang aje." Balas Zadz.

"Baiklah. Dah lah kita orang nak berangkat ni. Qhalish ! Jom. Salam dulu semua orang. Mak, Tolong jagakan rumah Qashaff eh." Sempat lagi dia memberi pesanan kepada Mak Tijah pembantu rumahnya itu.

Mak Tijah hanya tersenyum lalu kepalanya diangguk kecil.

"Qhalish, jom." Panggil Qashaff seusai anaknya itu menyalam semua orang. Qhalish terus berlari dan melompat ke arah Qashaff. Lelaki itu cepat-cepat menangkap Qhalish dan diperkemaskan dukungannya.

Kini giliran kami lagi menyalam Puan Haida dan Mak Tijah. Seusai kami bersalam, terus kami melangkah masuk ke dalam kereta Jeep Wrangler milik Qashaff yang sudah terpakir di hadapan laman rumahnya. Sementara Hadif dan Zadz menggunakan satu kereta dan convoi dari belakang kami.

Sepanjang perjalanan hanya radio yang berkumandang. Sementara Qhalish, sudah terlentok tidur di belakang. Mungkin kerana masih mood tidur anaknya itu. Kan dia orang berangkat subuh. Aku memandang sekilas wajah suami ku itu. Lelaki itu masih fokus dengan pemanduannya. Aku mengeluh perlahan. Jam pada dashboard dikerling. Dah pukul 5.54 minit.

"Honey bosan ke ?" Selepas beberapa jam barulah suara suaminya itu keluar. Aku menoleh ke sisi.

"Bosan jugalah. Asyik dengar bunyi radio aje. Abang, kenapa Ilham dengan Zafrin balik kampung ?" Aku memulakan sesi perbualan kami. Tak salahkan kalau kita mulakan. Lagipun bosan giler asyik dengar radio.

"Ibu Ilham ada buat kenduri arwah ayahnya dekat kampung dia. Zafrin pula nak jaga ibu dia. Sebab adik dia tengah pergi oversea sambung belajar." Jelas Qashaff. Aku membulatkan mulut ku tanda faham.

"Ibu Zafrin sakit apa ?"

"Kancer payudara. Stage 3."

Aku terjeda. Ya Allah... Kesiannya. Kancer payudara tahap ke ketiga dan ke empat bahaya tahu. Bila-bila masa sahaja penyakit itu menyerang. Dan boleh menyebabkan kematian.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now