"Hanna !"
Mampus ! Nak lari ke tak ni ? Aku memandang sekeliling, orang ramai mula memandang ke arah aku. Adui...kenapalah aku perlu hadap macam ni ?
"Tya...sopan lah sikit !" bisik ku dengan nada tegas. Namun Tya buat tak endah sahaja. Minah ni...
"Wei, aku rindu gila dekat kau tau !" Tya memeluk tubuh ku dengan erat.
"T--Tya le--lemas lah !" Tercungap-cungap aku dibuatnya. Ketat gila minah ni peluk.
"Sori sori, terlalu rindu sangat." Tya melepaskan pelukannya tadi.
"Baru tiga hari kot aku cuti temankan Qhalish. Takkan lah dah rindu aku ?"
"Gila weh ! Tiga hari tu macam tiga tahun tahu ! Dah lah pergi Korea dengan husband tercinta. Balik takde pula dia bawakan aku jodoh lelaki korea." Tya menarik mulutnya muncung 14. Aku menjulingkan mata aku ke atas. Ceh ! Menyampahnya aku dengar ayat jiwang Tya. Jodoh...jodoh...carilah sendiri !
"Kau ingat aku ni pencari jodoh kau ? Kau pergilah cari sendiri 'jodoh' kau tu. Dah-dah tepi, aku nak ambil air kopi. Dah lah besar, halang laluan orang pula."
Tya menjegilkan matanya.
"Hello...badan aku langsing okey, kau tu yang gemuk !" Balas Tya sambil mengekori ku masuk ke dalam dapur.
"Beb, how was your first night ?" Pertanyaan Tya itu membuatkan aku hampir tersembur air kopi yang dihirupnya itu. Aku memandang Tya dengan tajam. Soalan apakah...
"Kau ni...takde soalan lain ke kau nak suruh aku jawab ? Soal lah macam mana dengan Qashaff ke Qhalish ke journey aku ke ?"
"La...Sekadar nak tahu je. Salah ke ?" Tya mengambil tempat di sisi ku.
"Kalau kau nak tahu, kau kahwin la !" Haish ! Kenapalah dalam banyak-banyak soalan, soalan ni juga yang kau pilih Tya...Kau tahu tak malu ? Nyeh... Tya manalah tahu apa erti 'malu'.
"Yela yela. Macam mana dengan khabar Qhalish ?" Tanya Tya.
"Kau nak tahu tak, Qhalish sekarang ni dah boleh bercakap ?" Ujar ku membuatkan Tya melopong besar. Mungkin dia terkejut dengan penjelasan ku.
"Seriouslah beb ? Alhamdulillah...tapi macam mana dia boleh bercakap ? Qhalish kan disahkan Nonverbal Autism. Jarang berlaku kalau kanak-kanak seperti dia berubah 360 darjah boleh bercakap." Tya mengerut dahinya. Pelik.
"Kuasa Allah, Tya. Lagipun ini juga berkat usaha aku dan Qashaff pujuk Qhalish supaya bercakap. Awal-awalnya aku pun terkejut juga bila dia sebut 'papa' , 'mama' tu. Jangankan aku, Qashaff sendiri pun terkejut. Tapi aku bersyukur yang dia boleh bercakap sekarang." Aku tersenyum mengingati pertama kalinya aku mendengar suara Qhalish. Merdu, lembut dan halus di halwa telinganya.
"Borak apa ?"
Kami berdua tersentak mendengar suara yang menyapa secara tiba-tiba. Pantas kami memoleh ke arah pintu dapur itu. Terlihat Danish sedang bersandar pada pintu. Pergh ! Drooling !
"May I join you, guys ?" tanya Danish lalu kami berdua serentak menganggukan kepala. Danish melangkah masuk dan mengambil tempat disisi Tya.
"Tak keluar lunch ke Doktor Danish ? Selalunya waktu macam ni doktor pergi lunch dengan kawan-kawan." Tya memandang pelik ke arah Danish.
Aku juga sedikit hairan. Kata-kata Tya memang aku setuju. Pelik. Semenjak dia berbaik dengan Qashaff, Danish tidak lagi pergi lunch bersama rakan sepejabatnya. Sebaliknya, rajin pula mamat ni pergi dapur.
YOU ARE READING
Tolong Lindungi Dia
RomanceAdryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwatakan dingin serta kekacakan dia sering menjadi tumpuan para wanita. Malah ful pakej yang mana dia mempu...