"Ala... Dah nak balik ke?" sedih Datin Haida bila anak dara dah nak balik.
"Awalnya akak nak balik? Asal? Laki akak lari ke?" selamba badak aje Afieq menyindir.
PUK!
Kan dah dapat habuan dengan aku! Nasib aku libas dengan tangan. Kalau nak ikutkan hati aku yang tengah geram ini mahu je aku lepuk dengan kerusi.
"Auch! Sakitlah sengal!" Afieq menggosok kepalanya yang perit itu. Berbisa sungguh! Ini kalau kali kedua dia buat, konfom hilang ingatan terus!
"Banyak hensem muka Fieq. Cakap baik sikit eh. Kang tak pasal-pasal tak cukup tanah Fieq lari." amaran ku.
"Ish! Gurau sikit pun sensitive! Sejak bila akak sensitive tahap dewa ni? Selalunya tak macam ni pun." bidas Afieq.
"Apa gaduh-gaduh ni? Afieq? Ana?" Harraz berdiri ditengah-tengah kedua adik-beradik itu sambil berpeluk tubuh. Wajah Hanna dan Afieq dipandang bersilih ganti.
"Ni hah, tanya aje akak ni hah. Dia yang mulakan dulu." mulutnya dimuncungkan ke arah Hanna. Seperti biasa Afieq akan bela diri dia dahulu.
Aku melopongkan mulut. Aku yang mulakan dulu??? Woi! Main kasar nampak.
"Kau ni.... " kecik besar kecik besar aje aku tengok adik aku ini. Kalau boleh sekecik semut, biar mati dipijak oleh aku! Ada aje idea nak sakat aku.
"Sudah! Besar-besar pun nak bergaduh ke? Tak malunya korang..." cepat-cepat Harraz meleraikan pertelingkah adik-aduknya jtu. Jika dibiarkan, mahu rumah ini jadi gelandang tinju. Harraz menggeleng kecil.
"Sama aje along dengan acik. Besar-besar pun nak bergaduh. Paling teruk, siap kejar mengejar lagi macam kanak-kanak riang tak cukup gula-gula." sinis Hanafi yang baru sahaja selesai mendampingi Hadif, Qayrel, Qhalish dan Zadz keluar dari pintu rumah mereka. Dipandang wajah Harraz yang memandangnya seperti membunuh.
"Woi! Kau jangan nak mulakan dulu Han. Kalau aku dapat kau... Siap kau! Aku tenyeh-tenyeh muka kacak kau tu." geram Harraz dengan adik dia yang seorang ini. Sudahlah dia malu! Adik dia yang dua orang itu dok seronok gelakkan dia.
"Tak takut pun. Setakat korang berdua, takkan goyang la kaki gua." kata Hanafi dengan angkuh.
"Eee... Sudah! Kenapa anak-anak umi ni asyik bergaduh aje ni? Tak nampak ke umi tengah sedih ni." sampuk Datin Haida dicelah mereka. Dato' Arman tergeleng-geleng kepala dia.
"Alah. Gaduh-gaduh manja aje kan. Kan cik." Harraz menyiku lengan Haiqal yang disedari hanya jadi penonton tak berbayar itu.
"Ingat dah tak perasaan lagi yang aku ni masih wujud lagi kat sini." sindir Haiqal tetapi Harraz tidak memperdulikan sindiran lelaki itu.
"Kamu ni Aida. Anak kamu bukannya nak terbang luar negeri pun. Dia nak balik rumah dia aje. Lagipun suami dia risau nanti isteri dia tak balik-balik lagi." tenang aje Dato' Arman menjawab. Apalagi mencebik lah Datin Haida. Ini mesti kes tak puas hati dengan suami dia. Bukan nak pujuk anak dara dia tapi dibela pula.
"Abang ni... Aida tak puas lagi tahu nak bermanja dengan anak dara Aida ni. Afieq pun bukan selalu ada dalam rumah ni. Asyik kat asrama dia aje. Padahal rumah kita ini dekat aje dengan kolej dia." bebel Datin Haida dan Dato' Arman sudah pasrah. Tunggu nak kibar bendera putih aje lagi. Hohoho... Siapa yang tak takut isteri wo.
Afieq jadi bengang. 'What??? Dia yang diam-diam pun diheret sekali juga?'
"Ala umi... Janganlah macam ni... Okey kalau macam tu esok Ana datang sini lawat umi lagi. Nak?" pujuk ku. Kesian tu... Kesian lah juga. Tapi aku tak nak risaukan laki aku. Lagi-lagi waktu macam ini. Sedang dalam peperangan dingin.
YOU ARE READING
Tolong Lindungi Dia
RomanceAdryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwatakan dingin serta kekacakan dia sering menjadi tumpuan para wanita. Malah ful pakej yang mana dia mempu...